Mudah je sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri burger home made di rumah. yang pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada sebarang bahan pengawet dan rasanya sedap lagi menjimatkan berbanding jika dibeli.
Boleh rujuk perkongsian resipi oleh Shafique Shahareen ini yang telah mendapat perkongsian lebih 76,000 di laman sosial facebook. Apa yang menarik, selain mencipta resipi daging burger, dia turut menghasilkan resipi sos istimewa bagi melengkapkan rasa sempurna burger ini. Burger tersebut dibuat untuk isteri tersayang, perkongsian secara santai namun dia tak sangka ia boleh menjadi viral.
“Macam mana nak cerita iya. Ok macam ni, wife saya sekarang ni pelik sikit.Dulu beliau peminat tegar burger McD. Tapi lepas je saya buat burger home made ni, minat beliau terhadap McD kian memudar.Ini yang merisaukan saya.Bila kami jalan depan restoran McD, beliau buat donoo je.Selalunya dah melenting-lenting dah suruh singgah.Korang tengok la ye sama-sama bahan-bahannya dekat bawah ni.Khas untuk suami yang tak de keje nak buat time cuti.”
Bahan-Bahan:
(Perapan Daging)
800gram Daging kisar Ramly
Dua sudu Lada Putih/ Sulah
Satu sudu kecil Lada Hitam
Setengah kiub Stok Daging
Satu Sudu Besar Sos Worcestershire
4 ulas bawang putih (hiris/cincang)
2 biji Bawang Merah (hiris/cincang)
(Sos Istimewa)
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Mayonis
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar Sos Worcestershire
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan dalam daging kisar dan gaul sebati.
Ads
2.Bahagikan daging tersebut kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan daging burger yang diingini.
3.Lapikkan dengan plastik atau baking paper, leperkan ia seperti bentuk daging burger.
4.Lapiskan secara bertindih (seperti dalam gambar) bagi memudahkan untuk memasak.
5.Boleh juga terus digoreng atas kuali.
Ads
6.Sementara itu, untuk menghasilkan sos istimewa pula, hanya perlu campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau rata.
Ads
Bolehlah masak burger seperti biasa. Tambahkan dengan keju, sos istimewa, sayur-sayuran seperti kobis, timun jeruk, tomato dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Siap! selamat mencuba!
Menurut Shafique, bermula suka tengok rancangan masakan di saluran Asian Food Channel (AFC), resipi burger dan sos yang dihasilkan pula merupakan idea ketika hasil pengalaman kerja di hotel. Jelas beliau, anggaran 800 gram daging kisar tersebut boleh dapat 9 kepingan daging burger home made.
Hadir Penyondol “Stay Atau Chow”. Sejak akhir-akhir ini isu penyodol dalam rumahtangga sangat ‘hot’. Ada isteri yang sanggup maafkan suami walau suami yang sepatutnya menjaga dan melindungi wanita selingkuh.
Namun tidak semua wanita boleh mengharungi kehidupan bermasalah. Apatalah lagi masalah tersebut dek kerana hadirnya orang ketiga.
Hadir Penyondol “Stay Atau Chow”
Menerusi perkongsian tulisan dari saudara Syafiq Ridhwan menerusi Facebooknya apa yang dikongsikan sangat bermanfaat.
Bukan sekadar buat kaum isteri yang teraniaya dek kerana kehadiran orang ketiga, nasihat yang dititip juga buat kaum suami.
Hargailah isteri anda ya, berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan isteri selama ini.
“Pagi tadi sewaktu perjalanan pergi ke tempat kerja, saya terdengar luahan hati seorang pemanggil di radio Zayan. Tajuk yang dikupas pagi ini adalah mengenai “Stay or Chow” yang dikupas bersama dengan Puan Fynn Jamal.
“Pemanggil merupakan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai 2 orang anak. Bila saya dengar suara dia meluahkan segala rasa terbuku di dada, rasa kasihan ada, rasa sebak pun ada.
“Tahu apa yang diluahkan?
“Beliau meluahkan bahawa suami beliau ini seolah-olah mempunyai orang ketiga. Walaupun perkara ini tak nampak jelas di depan mata, tapi beliau mengetahuinya apabila mendapati si suami telah memuat turun apps pihak ketiga untuk mencari jodoh. Firasat hati seorang isteri itu rasa semacam. Seolah ada sesuatu yang tidak kena.
“Persoalan Yang Dilontarkan, Adakah Beliau Perlu Stay Atau Chow?
“Namun mengenangkan diri yang sedang mengandung serta memikirkan kedua orang anak yang sedang membesar, fikirannya menjadi buntu dan tidak tenteram.
“Saya tak ingat kesemuanya tapi saya suka mendengar kata jawab yang diberikan oleh Puan Fynn Jamal. Ia lebih kurang beginilah.
“Pertamanya, puan tersebut perlu kuat kerana beliau sedang mengandung. Anak ini ia dapat rasa juga semua perasaan yang dialami oleh ibunya. Justeru, si isteri perlu terus kuat.
“Kedua, jangan pernah jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kali. Kalaulah perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan sudah ditegur, tapi berlaku lagi. Beritahu diri untuk pergi. Andai boleh memaafkan, silakan. Tapi ia tak akan pernah mudah untuk sesetengah daripada kita.
“Saya kira ia sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan kesedihan dan kerisauan yang dialami oleh si isteri tadi.
Usahalah Hargai Segala Jasa Dan Pengorbanan Isteri
“Saya tiada kata-kata buat si isteri. Tapi kalau si suami baca apalah yang saya tulis ini, anggaplah ia satu nasihat dari seorang adik kepada seorang abang. Atau mungkin kalau sebaya, nasihat dari seorang kawan kepada sahabatnya.
“Isteri kita ini, kalau dia masih ada dengan kita sehingga hari ini, sentiasalah menitipkan rasa kesyukuran kepada Tuhan. Berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan dia selama ini.
“Kalau dulu kita susah dan sekarang dah senang, lihatlah semula perjalanan kesusahan yang kalian alami dan lalui sama-sama satu tika dulu. Ia tak akan pernah sama dengan orang lain. Sewaktu kita melewati kesusahan itu, dia kekal setia di sisi menemani. Tak pernah terdetik pun untuk dia meninggalkan.
“Kalau kalian memang dah senang sejak dari awal perkahwinan. Duit, harta bukanlah satu masalah. Tetaplah juga mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana si isteri masih kekal setia sehingga hari ini. Dia boleh saja merungut untuk mengatakan dia kekurangan masa bersama kalian dek kerana kesibukan kerja/berniaga atau apa jua alasan sekalipun.
“Kerana ujian untuk pasangan miskin dan pasangan kaya itu tetap ada meskipun berbeza. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk. Kalau ujian itu hanya ada untuk pasangan yang tidak berduit dan berharta, kenapa mereka yang kaya juga melalui masalah yang sama kan?
“Isteri ini, satu hari dia tetap akan tua. Kalau kita hanya melihat dari kaca mata yang kasar, kecantikan dan keayuan yang dimiliki pada akhirnya akan pudar. Kalau itu semata yang kita lihat, percayalah satu hari kelak kita sebagai suami akan bosan. Dan atas alasan itu, mulalah kita cuba mencari kecantikan yang lain untuk memenuhi semula pandangan kita.
“Namun sentiasalah belajar untuk melihat kesemua ini dari mata hati. Cuba belajar dari hari ke hari. Wajah yang dulunya cantik, muda berseri inilah yang meletakkan dirinya bersama-sama kalian untuk bersusah senang bersama sehingga hari ini.
“Benar, ia tak akan pernah sama secara luaran. Namun, bukan itu yang dicari semata atas dunia ini. Ia lebih dari sekadar paras rupa, harta dan wang ringgit semata.
“Jangan pernah curang. Jangan pernah menidakkan kesetiaan. Jangan pernah menghina orang yang pernah mengetepikan kemahuan diri berkali-kali hanya untuk memberi kita sebagai suami ruang untuk bahagia. Jangan pernah sekali-kali.
“Kerana isteri ini adalah amanah. Dan selepas itu datangnya anak-anak juga adalah amanah. Amanah ini apa? Amanah bermaksud menyampaikan hak kepada pemiliknya, atau tidak mengambil sesuatu melebihi haknya, dan tidak mengurangi hak orang lain.
“Isteri itu ada hak dia. Anak-anak juga ada hak dia. Kesemua ini adalah datang dari Tuhan dan tanggungjawab kita sebagai seorang suami untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.
Begitulah.
“Akhir kata, saya doakan semoga pemanggil tadi dapat menemui jalan penyelesaian yang lebih baik untuk beliau dan suami. Semoga suami juga dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab.
“Dan semoga kita semua tidak kira yang sudah berkahwin mahupun bakal mempunyai suami/isteri, Allah akan berikan segala jalan kemudahan buat kita dalam melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga yang dibina.
“Kerana kita hamba kepada Dia Yang Maha Agung, pasti Dia akan menjaga kita dengan sebaik-baik penjagaan. Sentiasa pegang dan simpanlah seerat-eratnya di dalam hati. Wallahu’alam,” kongsia Syafiq Ridhwan.
Allah Lebih Menyayangimu “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah binti Raisuddin,” luah Shuib.
Siti Sarah Raissuddin, 37, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia
Allah lebih menyayangimu Siti Sarah, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Berita sedih dan penuh duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi yang juga ibu kepada empat orang anak ini, Indigital Music.
Allahyarham Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Siti Sarah Meninggal Dunia 5.13 Pagi
Sesungguhnya perkhabaran ini mengundang sebak dan air mata penulis sendiri mengalir ketika membaca mesej yang dihantar.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” tulis pihak pengurusan Indigital Music.
Penyanyi ini, terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. Dan selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Mingguan Wanita : Salam takziah diucapkan buat Shuib dan keluarga. Semoga Allah ampunkan dosa dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Akhirnya terlerai jua desas desus mengenai hubungan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel apabila mereka memilih mengumumkan majlis pertunangan menerusi laman sosial, Instagram.
Sebelum itu, kedua-dua penyanyi popular tanahair ini telah memberi bayangan mengenai perhubungan mereka bulan lepas, mereka akhirnya telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana, pada petang sabtu.
Seperti mana yang dipetik menerus Sinar Plus, Ernie, 28, mengakui majlis yang diadakan secara tertutup selepas waktu Zuhur itu hanya dihadiri kaum keluarga sahaja.
“Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan privasi dengan kehadiran kaum keluarga sahaja. Malah kawan-kawan pun tak ada yang hadir kerana kami lebih selesa begitu.
“Persiapan juga diadakan seringkas mungkin dengan bantuan perancangan perkahwinan,” ujarnya.
Pada majlis tersebut juga Syamel telah menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada pihak Ernie.
Menyambung hal perkahwinan pula, Ernie berkata, belum ada tetapan tarikh setakat ini, namun majlis dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.
“InsyaAllah kami akan disatukan tahun hadapan. Cuma bila itu belum ada tetapannya lagi. InsyaAllah selepas semua telah pasti menerusi perbincangan kedua-dua belah keluarga, kami akan kongsikan butirannya,” luahnya.
Ernie juga akui Syamel sememangnya mempunyai ciri-ciri suami idamannya, antaranya menghormati kedua-dua ibu dan bapa.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...