Burger Daging Sos Lada Hitam “Janji Pekat Likat” Buat Sendiri Pun Boleh!

Share

Burger Daging Sos Lada Hitam “Janji Pekat Likat” Buat Sendiri Pun Boleh! Burger Prosperity menu bermusim yang biasanya dijual setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Iaitu burger daging oblong yang disalut kuah lada hitam berkrim dengan hirisan bawang holland.

Bagi peminat Burger Prosperity mahupun mak anak ramai sebenarnya boleh buat sendiri di rumah, lebih puas hati makan dan jimat. Paling penting ialah untuk hasilkan kuah lada hitamnya yang sedap seperti Burger Prosperity Ala McD .

Boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Hasbullah Ahmad ini. Memang pekat, likat dan kaw rasa sosnya.

Rasanya sekarang kalau buka FB atau waktu jalan-jalan kat luar selalu jumpa iklan beger ni kan?

Buat sendiri pun boleh. Patty daging dan roti saya beli yang dah siap. Patty daging kalau boleh kena cari yg takda campur dengan binder/filler yang banyak. 100% daging lagi bagus.

Sos lada hitam je saya buat sendiri. Dah siap sos, goreng patty daging & sediakan roti. Letak sos & hirisan bawang besar banyak-banyak baru puas.

Cara Membuat:

1. Buat patty daging sendiri, guna daging kisar pun boleh. Kalau beli yang dah siap, pastikan isi daging dia banyak atau lagi bagus, 100% isi daging.

2. Patty daging tak perlu garing-garing sangat. Takut kering. dDa kena ada “juicy-juicy” sikit baru umphhh.

3. Lada hitam kisar sederhana halus.

4. Saiz cun-cun begini.

5. Bahan-bahan lain untuk sos: Bawang putih & besar (dicincang halus), stok daging, tepung gandum, air & garam/msg.

Tumis bawang dengan minyak, masukkan tepung dan gaul. Masukkan bancuhan stok dan ejas-ejas rasa. Kalau nak letak gula, kicap, dan sebagainya terpulang.

6. Hasilnya janji pekat likat.

7. Burger Daging Sos Lada Hitam siap. Yang bawah tu isi ayam goreng. Menu tambahan.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Resipi Burger Prosperity Ala McD SEDAP, Buat Sendiri Puas Hati Makan!
Baca Lagi Di Sini:Korean Garlic Cheese Bread’ MUDAH, Guna Roti Burger Bakar Dalam Air Fryer
Artikel Menarik:Lauk Daging Burger Simple, Sesuai Sangat Waktu Lauk Basah Dah Habis

Mingguan Wanita:Memang berbaloi buat burger daging sos lada hitam ini sendiri di rumah berbanding beli. Puas hati makan, memang pekat likat sosnya , jimat dan sangat berbaloi.

Sumber: Hasbullah Ahmad

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab