Burger Daging Sos Lada Hitam “Janji Pekat Likat” Buat Sendiri Pun Boleh! Burger Prosperity menu bermusim yang biasanya dijual setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Iaitu burger daging oblong yang disalut kuah lada hitam berkrim dengan hirisan bawang holland.
Bagi peminat Burger Prosperity mahupun mak anak ramai sebenarnya boleh buat sendiri di rumah, lebih puas hati makan dan jimat. Paling penting ialah untuk hasilkan kuah lada hitamnya yang sedap seperti Burger Prosperity Ala McD .
Boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Hasbullah Ahmadini. Memang pekat, likat dan kaw rasa sosnya.
Rasanya sekarang kalau buka FB atau waktu jalan-jalan kat luar selalu jumpa iklan beger ni kan?
Buat sendiri pun boleh. Patty daging dan roti saya beli yang dah siap. Patty daging kalau boleh kena cari yg takda campur dengan binder/filler yang banyak. 100% daging lagi bagus.
Sos lada hitam je saya buat sendiri. Dah siap sos, goreng patty daging & sediakan roti. Letak sos & hirisan bawang besar banyak-banyak baru puas.
Cara Membuat:
1. Buat patty daging sendiri, guna daging kisar pun boleh. Kalau beli yang dah siap, pastikan isi daging dia banyak atau lagi bagus, 100% isi daging.
2. Patty daging tak perlu garing-garing sangat. Takut kering. dDa kena ada “juicy-juicy” sikit baru umphhh.
Ads
3. Lada hitam kisar sederhana halus.
4. Saiz cun-cun begini.
5. Bahan-bahan lain untuk sos: Bawang putih & besar (dicincang halus), stok daging, tepung gandum, air & garam/msg.
Ads
Tumis bawang dengan minyak, masukkan tepung dan gaul. Masukkan bancuhan stok dan ejas-ejas rasa. Kalau nak letak gula, kicap, dan sebagainya terpulang.
6. Hasilnya janji pekat likat.
7. Burger Daging Sos Lada Hitam siap. Yang bawah tu isi ayam goreng. Menu tambahan.
Mingguan Wanita:Memang berbaloi buat burger daging sos lada hitam ini sendiri di rumah berbanding beli. Puas hati makan, memang pekat likat sosnya , jimat dan sangat berbaloi.
Nasi lemak cukup sinonim digandingkan dengan sambal ikan bilis bersama telur rebus, ayam goreng, rendang, sambal kerang dan sebagainya.
Kali ini cuba kita alih selera dengan gabungkan bersama rendang telur. Asyik rendang daging dan rendang ayam saja. Perkongsian Ameera ini untuk sediakan resipi rendang telur cukup menarik. Siap ajar satu persatu cara nak buat.
“Teringin nak makan nasi lemak. Biasa nasi lemak dengan lauk ikan bilis sambal aje. Tukar selera dengan rendang telur pula. Berselera juga.”
Bukan mudah sebenarnya bagi seorang penjual berkongsi rahsia dan ramuan resipi yang dibuat untuk meniaga. Apatah lagi bila ia mampu menjadi sumber pendapatan sampingan. Namun keterbukaan hati wanita ini, tidak ‘berkira’ dan sudi berkongsi resipi dan ramuan Ikan Tenggiri Jeruk yang dibuat dan dijual sendiri amat dihargai.
Khas buat peminat ikan Tenggiri Jeruk, berikut merupakan perkongsian daripada Puan Yuss Aisya sebagai rujukan. Digoreng bersama cili, bawang dan diperah limau nipis, tak perlu cari lauk lain dah!
Assalamualaikum semua. “Saya tak pernah janji nak bagi resepi ikan jeruk ni sebab saya berniaga. Ramai yang minta resepi dan saya tak reply. Namun saya fikir semula rezeki kita semua Allah yang tentukan. Saya tak akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat saya rasa ‘kaya’. Dengan rendah hati saya kongsikan resepinya. ~#Tenggiri Jeruk~
Bahan-Bahan:
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus seperti mancis
*Lengkuas hiris halus seperti mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage untuk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Cara Membuat:
1.Bersihkan Ikan tenggiri segar.
2.Perap ikan dengan semua bahan bertanda * dan hendaklah kuantiti yang secukupnya (garam mesti bersalut ikan) untuk awet ikan supaya tak busuk & tahan lama dengan izin Allah.
3.Simpan dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran pada bahagian peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.
Mengapa Daun Sage?
Daun sage ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri – bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum.
Boleh beli di pasaraya terpilih.
Jika biasanya buah naga kita makan begitu sahaja, apa kata kali ini kita buat puding. Puding memang antara hidangan pencuci mulut yang boleh dikatakan penyeri meja hidangan. Tidak lengkap meja hidangan tanpa sajian pencuci mulut.
Seperti yang kita ketahui buah naga kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
Puding Buah Naga Elok Cantik Licin Macam Cermin
RESIPI PUDING BUAH NAGA
Bahan-bahan:
LAPISAN PUDING:
2 setengah cawan air
7g serbuk agar agar ( guna yg 1 paket 10g tu sahaja)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (100g)
1/2 cawan dairy whipping cream (optional)
1/2 cawan buah naga yg dikisar halus
Sedikit garam
LAPISAN JELI:
3 gm serbuk agar agar
2 setengah cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan buah naga yang dikisar
Ini Resipi Cara Nak Buat
Cara membuat:
LAPISAN PUDING:
1. Masukkan ke semua bahan lapisan ini, kacau sampai mendidih. Apabila sudah mendidih matikan api dan masukkan buah naga yang dipotong dadu. Sebatikan.
2. Tuang separuh sahaja dari adunan ke dalam loyang 8 inci. Bagi suam dulu baru masuk dalam peti sejuk sekejap sementara buat lapisan jeli.
LAPISAN JELI:
1. Masukkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan- lahan ke atas puding tadi. Jika puding sudah mengeras sepenuhnya wajib cucuk-cucuk dengan garpu.
2. Jika puding anda masih separuh set (boleh nampak tekstur puding berkedut-kedut sikit jika digoyangkan, itu bermakna separuh sejuk jadi tidak perlu cucuk.
3. Tuang perlahan-lahan dan sejukkan dalam peti sejuk selama lima minit.
4. Adunan puding pastinya akan mengeras semula. Lebihan untuk lapisan puding tadi panaskan semula di atas dapur dan tambah air suam sedikit. Kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan-lahan ke atas jeli tadi.
5. Sejukkan selama empat jam dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.