‘Bunyi Keceng Keceng..’ Walau Derma Duit Syiling, Anak Ini Tetap Bersedekah

Share

Nak bersedekah ini tak perlu berkira-kira, fikir panjang-panjang. Bimbang diri sendiri tak cukup pula nanti. Sebenarnya, bila ada niat sedekah terus je buat. Walau pun cuma derma duit syiling yang ada masa itu.

Cikgu ini, Muhammad Yusof berkongsi kisah. Anak muridnya yang biasa-biasa saja orangnya, tapi dididik dengan sifat memberi yang baik oleh mak ayahnya. Dia tak tunggu duit banyak baru nak bantu orang lain. Sebaliknya, jika sudah berhajat, diteruskan saja niatnya itu.

Tiga Beradik Diuji Kehilangan Mak Ayah

Beberapa tahun lepas, ada anak yatim piatu 3 beradik masuk ke asrama sekolah saya.
Kesian saya tengok dorang. Disaat anak-anak membesar dengan kasih sayang mak dan juga ayah, dorang 3 beradik diuji dengan kehilangan mak dan ayah pada usia muda. Besar betul dugaan yang menimpa dorang.

Masa tu saya ada edarkan sampul surat kat budak-budak asrama untuk membantu seikhlas hati meringankan beban 3 beradik ni.

Sape nak derma, derma. Tak nak takpe.
Biasanya awal-awal masuk asrama, mak ayah akan bagi duit lebih sikit buat belanja, tapi itulah saya tahu kebanyakan mak bapak dorang bukannya orang senang.

Ada yang kerja kilang, ada yang kerja cleaner. Ada yang jualan kat pasar malam.
Masa saya nak balik ke rumah, ada sorang pelajar panggil saya. ‘Cikgu.. Cikgu..’.

Derma Duit Syiling Dari Sampul Putih

Saya kenal dia ni sebab saya pernah hantar dia ke rumah. Keluarganya nampak macam orang agak susah. Rumah pun rumah papan biasa-biasa.

Cikgu, saya nak derma..’ Dia pun keluar duit syiling masuk dalam sampul surat putih yang saya bawak. Saya tak tahu berapa jumlah dia yang saya tahu duit syiling sebab bunyi keceng, keceng..

Saya tanya awak ada duit tak ni? Nanti nak gi kantin makan macamana? Saya saje tanya sebab saya tahu latar belakang keluarga dia.

Takpe cikgu, bapak saya pesan kalau ada derma untuk anak yatim, orang susah, kita kena bagi derma. Saya syukur ada mak ayah lagi cikgu. Kesian dorang takde mak ayah dah. Lagipun duit syiling ni lama dah saya kumpul..’

Sebak saya bila dengar jawapan budak ni.

Nak Sedekah Tak Perlu Tunggu Senang..

Benar, kita jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila rasa senang baru nak sedekah.

Bila fikir-fikir balik, kadang-kadang kita yang dewasa, yang berduit ni pun kadang-kadang tak mampu nak jadi macam budak ni kan?

Saya belajar sesuatu dengan budak ni, kita kalau nak sedekah, sedekah je.
Sedekah ni bukan kira banyak ke sikit. Yang penting kita ikhlas. Selagi kita boleh sedekah, sedekahlah. Selagi kita boleh tolong orang, tolonglah.

Sampai masanya nanti, Tuhan akan mudahkan orang lain untuk bantu kita, masa kita betul-betul susah.

Kalau sudi boleh follow
Muhammad Yusof
yang selalu menulis kisah inspirasi cikgu-cikgu dan anak muridnya.

MW : Waktu hati susah, pun bagus untuk hulurkan sedekah. Mohon tuhan lorongkan kesenangan kembali kepada diri yang tengah susah itu. Walaupun cuma mampu derma duit syiling saja waktu itu.

Sumbar/Foto : Muhammad Yusof

Bahagiakan isteri sedekah terbaik seorang suami yang paling besar pahalanya.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Published by
Netty Ah Hiyer