“Bunyi Dentuman Kuat, Ingat Kilang Terbakar,” Saksi Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina

Share

Bunyi dentuman kuat yang disangka kilang terbakar rupanya pesawat ringan yang terhempas dan terbakar di laluan masuk kawasan kediaman Elmina, di Seksyen U16, di sini sebentar tadi.

Menurut saksi yang berada ditempat kejadian menyedari keadaan pesawat yang senget disusuli bunyi dentuman kuat.

“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Ingat Kilang Terbakar

Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.

“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.

“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan merempuh penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Terdahulu, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.

Adun Pahang Salah Seorang Mangsa

Salah seorang mangsa insiden pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.

Difahamkan Adun terbabit yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang itu menaiki pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV petang tadi.

Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Difahamkan pesawat itu membawa enam penumpang dan dua kru terhempas menyebabkan seorang penunggang motosikal turut terkorban.

Mesti Baca:Pelajar Parah Perut Tertusuk Buluh, Anak Yatim Kematian Ibu Dijaga Datuk & Nenek Sejak Usia 10 Bulan

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan semoga dipermudahkan urusan pasukan penyelamat dalam insiden ini.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab