Bunyi dentuman kuat yang disangka kilang terbakar rupanya pesawat ringan yang terhempas dan terbakar di laluan masuk kawasan kediaman Elmina, di Seksyen U16, di sini sebentar tadi.
Menurut saksi yang berada ditempat kejadian menyedari keadaan pesawat yang senget disusuli bunyi dentuman kuat.
“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Ingat Kilang Terbakar
Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan merempuh penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Terdahulu, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.
Adun Pahang Salah Seorang Mangsa
Salah seorang mangsa insiden pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.
Difahamkan Adun terbabit yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang itu menaiki pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV petang tadi.
Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Ads
Difahamkan pesawat itu membawa enam penumpang dan dua kru terhempas menyebabkan seorang penunggang motosikal turut terkorban.
Hentikan body shaming dan jangan buli pelajar, ibu kongsi anak menangis diejek guru kerana bentuk fizikal. Tugas guru sangat mulia. Mendidik anak bangsa menjadi orang berjaya. Bahkan dengan ilmu diajarnya, ia juga bekalan untuknya di akhirat kelak.
Guru juga menjadi rujukan pelajar untuk banyak masalah dihadapi ketika di sekolah. Bahkan ada ramai guru menunjukkan sisi positif dan menjadi kesayangan pelajar kerana sikap ditunjukkannya. Hubungan itu adakalanya terbawa-bawa hingga tamat persekolahan kerana sikap hormat menghormati ini.
Hentikan Body Shaming & Jangan Buli Pelajar
Namun dalam tidak sedar, sebagai manusia yang banyak melakukan kesilapan ada ketikanya manusia terkhilaf.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Zura Kasih di Tik Tok @kasihgoldputrajaya membuatkan ramai sebak dan memberikan kata-kata sokongan buat anaknya yang menjadi mangsa buli di sekolah. Ia bukan dibuat oleh rakan sebaya tetapi guru yang mengajar hinggakan ibu ini mengakui anaknya menjadi kurang minat ke sekolah jika ada subjek cikgu tu.
Ibu Kongsi Anak Menangis Diejek Guru Kerana Bentuk Fizikal
Namun yang menjadi persoalan hal body shaming tu adalah berkaitan bab jodoh hinggakan anaknya menangis teresak-esak saat memasuki kereta kala dijemput ibunya dari sekolah.
Katanya lagi, dia sebagai ibu berasa keliru mengenai ejekan guru tersebut.
“Apa kaitan bentuk fizikal pelajar dengan pelajaran di sekolah. Confuse ini sekolah rendah ke sekolah nak train jadi pramugari atau model? tanyanya.
Dalam pada itu, ibu ini menyebarkan kempen positif agar para guru atau sesiapa saja menghentikan ejakan kepada orang lain. Paling utama kepada para guru.
Tulis ibu ini, “say no to body shaming. Stop bully your students. Please teacher. Lepas kejadian ni anak saya jadi dah kurang minat ke sekolah jika ada subjek cikgu tu. Kes dah selesai sebenarnya. Just nak share sebagai awareness body shaming kepada kanak-kanak. Mereka juga ada perasaan. Mereka juga nak dipuji. #stopbodyshaming.
Namun masa yang sama, ibu ini akui hal ini sudah diselesaikan denga guru besar sekolah dan guru terbabit dan perkongsiannya ini adalah berkaitan hentikan budaya membuli pelajar di sekolah kerana ia boleh merosakkan emosi anak-anak.
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang” Anita Baharom yang juga ibu tunggal tiga anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15; Mohamad Dhia Iskandar, 11; dan Mohamad Dhia Mikail, 8 bakal bernikah tidak lama lagi.
Selepas kematian suami, Allahyarham Mohd Ismadi setahun lalu, menyifatkan jodohnya dengan bakal suami iaitu Engku Isyamuddin Tuan Losin sudah ditetapkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, Saya Tak Berkahwin Dengan Suami Orang”
Jujur dan ikhlas begitulah perasaan Anita menerima bakal suami. Malah Anita dan pasangannya juga dijadualkan melangsungkan pernikahan pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Anita menerima dengan reda jodoh ketentuan Allah ini.
“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama.
“Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang.
“Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang.
“Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” kongsi Anita.
Calon Suami Sangat Baik & Positif
Bercerita lanjut tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya, Anita akui berbincang dengan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Kalau ‘mommy’ dah okay, mereka pun okay terutama anak kedua, Iskandar sayang sangat dengan Engku Isyamuddin kerana minat mereka sama terhadap bola sepak. Anak sulung, Syifa dan bongsu, Mikail juga menyayangi bakal suami.
“Apa yang saya harapkan agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan sampai syurga. Saya juga bersyukur hingga kini segala persiapan dan urusan perkahwinan berjalan lancar serta dipermudahkan Allah,” sambungnya.
Untuk rekod suami Anita iaitu Allahyarham Mohd Ismadi Ismail meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Pelakon Tak Ada Cinta Seperti Mu, pernah bertindak mengasingkan diri dalam satu tempoh yang agak lama. Malahan dirinya juga seakan-akan cuba berahsia tentang apa yang dilalui dalam hidupnya.
Tentu ramai di kalangan anda pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Namun hingga ke saat ini, Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, tidak pernah mengakuinya.
Sebaliknya hanya selesa berkongsi bahawa pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Dirinya lebih selesa untuk menyimpan seorang diri tentang penyakit yang dialami itu..
Bagi Ardell, dia enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dengan semua orang sebaliknya memadailah dengan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja. Melihat semangat Ardell, ternyatalah dia seorang wanita yang cukup kuat dan tabah, walaupun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah.
MW: Apa yang Ardell lalui bukan sesuatu yang mudah, apakah sumber kekuatan anda?
Ardell: Sebenarnya kekuatan tersebut diperoleh menerusi mama. Sekuat mana pun ujian melanda, saya sentiasa meletakkan wanita yang mengandung dan melahirkan diri ini sebagai penguat semangat.
Setiap kali saya sedih dan lemah, saya akan lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
MW: Menurut Ardell, kehidupan kecil suatu masa dahulu bukan sesuatu yang mudah, bagaimana anda laluinya?
Ardell: Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak, dia redha. Namun, Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali.
MW: Pernah anda menyalahkan takdir atas apa yang dilalui ketiak suatu ketika dahulu?
Ardell: Saya merupakan anak ke lima dari enam beradik, tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi.
Niat saya ketika itu tiada lain hanya mahu membantu mama yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan kami semua. Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tetapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni.
Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini, hanyalah untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
MW: Bagaimana anda memujuk ibu agar merestui anda dalam bidang seni?
Ardell: Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi, saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini.
Saya pujuk mama dan beritahu tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gaJi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk sampai hujung bulan. Tetapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah.
MW: Setelah melalui kesusahan sewaktu, kini Ardell diuji lagi. Apakah rasanya?
Ardell: Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku lagi. Biar pun orang cakap berdosa jika mempersoalkan apa yang berlaku, tetapi sebagai manusia biasa saya tidak lari untuk melakukan perkara sebegini.
Saya juga percaya bahawa jika ingin tahu tentang sesuatu, bertanyalah pada-Nya dan Allah akan beri petunjuk. Insyallah.
MW: Ketika Ardell kesusahan, siapakah yang hulurkan bantuan dan sentiasa dekat dengan anda?
Ardell: Alhamdulillah sepanjang saya di uji pada tahun lalu, mama sentiasa berada di sisi. Dialah yang selalu memberi dorongan dan membawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
Dari situlah, saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon. Saya kuat demi mama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...