Allahu inilah dikatakan satu keajaiban. Jika takdirkan ajal belum tertulis, maut masih belum datang menjemput. Fizikal bayi yang baru dilahirkan sewajarnya memiliki tubuh yang masih kecil dan lemah, namun ditemui masih bernyawa meskipun dicampak dari tempat yang tinggi.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui selamat selepas dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, Kajang, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bayi yang dicampak tersebut terjatuh di atas jalan raya sebelum diselamatkan orang awam.Difahamkan, bayi itu terselamat dan masih bernyawa meskipun cedera di bahagian kepala.
Ads
Wanita Indonesia Ditahan
Susulan kejadian ini seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Kajang, di Kajang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, hasil risikan dan maklumat, pihaknya menahan wanita warga Indonesia berusia 20-an di perkarangan Hospital Kajang, 11.30 malam tadi.
Ads
“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sabri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.32 petang.
Bunyi Dentuman Kuat
“Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang.
“Sebelum itu, dia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah,” katanya.
Beliau berkata, pemilik restoran berkenaan kemudian membalut bayi itu dengan kain dan membawanya ke klinik berhampiran.
Ads
Mengucap panjang, bila baca berita pembuangan bayi sebegini. Berulang kali diingatkan bayi ini tidak berdosa dan turut mempunyai nyawa.Jangan dibuang mahupun dibunuh sesuka hati, bagaikan tidak punya hati dan perasaan.
Untungnya Lisa Surihani, Yusry sentiasa disisi beri inspirasi. Berkahwin dan hidup bahagia selamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri.
Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Begitulah beruntungnya empunya diri selebriti jelita, Datin Lisa Surihani kerana suami tercinta Datuk Yusry Abdul Halim sentiasa disisi menjadi penyokong utama dalam setiap langkahnya. Sama ada dalam bidang seni mahupun apa jua bidang yang mahu diceburi.
Untungnya Lisa Surihani, Yusry Sentiasa Disisi Beri Inspirasi
Sentiasa yakin dengan aturan Allah SWT, ibu kepada tiga cahaya mata ini baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan.
Lisa kini muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri yang diberi nama Suri.
Sementara itu bercakap mengenai penglibatan suaminya, Lisa tidak menolak banyak keputusan yang dibuat juga berdasarkan pandangan Yusry.
“Bila saya beritahu niat untuk memulakan perniagaan, suami menjadi penyokong pertama.
“Malah bukan soal perniagaan sahaja, Yusry memang akan memberi saya semangat dalam apa juga yang saya lakukan sejak awal perkahwinan lagi.
“Bercakap mengenai Suri, memang dia suka akan bau produk ini selain turut bertanya sama ada dia juga boleh guna.
“Sebagai seorang pengarah, tambahan idea khususnya dalam sudut yang lebih kreatif dia akan kongsikan bersama.
“Jujurnya perjalanan saya sebagai seorang usahawan ini cukup indah sebab sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami,” katanya mulai bicara.
Mudah Diingati
Memilih nama Suri sebagai pengenalan buat perniagaannya, jelas Lisa selain lebih dekat dengan namanya, dia juga yakin Suri mudah diingati.
Akur agak lambat berbanding rakan-rakan yang lain menceburi bidang perniagaan Lisa punya alasan tersendiri.
“Saya tidak rasa lambat untuk baru belajar selok belok dunia perniagaan, sebab saya yakin ini masa yang sesuai.
“Selain sokongan keluarga, bantuan yang diberikan Nori Malaysia juga membuatkan saya lebih berani membuat keputusan.
“Melalui perbincangan dan pertukaran pandangan kita tahu banyak yang perlu saya mahir, walaupun sekecil-kecil perkara tetapi pertimbangan yang baik perlu dalam memastikan keputusan yang dibuat itu tepat.
“Selain itu saya sentiasa mengambil maklum balas pengguna dalam memastikan produk Suri menepati keperluan mereka, Insya-Allah Suri juga akan mempunyai produk berbeza pada masa hadapan,” ungkapnya.
Lepas Bersalin Anak Ketiga Alami Masalah Keguguran Rambut
Berkongsi kisah dirinya, wanita berhijab yang mempunyai masalah keguguran rambut terutama selepas bersalin anak ketiga.
“Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan malah lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut C Michael of London.
“Perbincangan dengan beliau membawa kepada kewujudan Suri. Lebih penting saya mahu produk ini juga menepati keperluan pengguna.
Model Iklan Sejak Usia 11 Tahun
“Ternyata pengalaman menjadi model iklan sejak berumur 11 tahun tidak memberi banyak kelebihan.
“Membawa jenama sendiri memerlukan lebih banyak proses, bermula dari pemilihan bahan dalam produk malah bungkusan juga memerlukan keputusan sendiri.
“Jadi melalui Suri merupakan langkah awal saya dalam bidang perniagaan sebenarnya,” luahnya yang akui tidak mahu mencari keuntungan dalam perniagaan, prinsip Lisa untuk memastikan setiap produknya memberi manfaat buat pengguna.
Mengakui suami dan anak sebagai keutamaan, jawab Lisa walaupun sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu ketika ini namun dia tidak pernah melupakan status sebagai anak seni.
“Cinta saya terhadap bidang ini tidak pernah bernoktah.
“Bagi saya, seorang anak seni akan terus bergelar anak seni selamanya.
“Melihat keadaan semasa terutamanya selepas negara makin pulih dalam tempoh pandemik saya juga turut menerima tawaran.
“Buat masa ini lakonan memang ada cumanya kalau ikutkan saya lebih suka dunia pengacaraan.
“Saya yakin dengan rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada di sini selagi diperlukan,” jelasnya.
Mingguan Wanita : Suka dengan penampilan Lisa Surihani dari awal kemunculan dalam bidang seni. Wanita yang cantik, cerdik dan serba serbi sempurna. Aura wanita yang lengkap ada pada diri selebri ini.
Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa! Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.
Peminat masih belum move on dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2 M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.
Ya, anda tidak salah membaca atau silap mendengar. Dato’ M. Nasir akan kembali dengan sebuah konsert di tahun 2025 ini.
Paling mengujakan, pemiliki nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, ini hadir dengan sebuah konsert yang tidak pernah dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.
Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL.
Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya dibikin khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.
“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.
“Dari situ timbul ilham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.
“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya.
“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya lagu popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau dan juga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.
“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir dan akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!”ujar Iman Tang lagi.
Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rumah Terbuka M. Nasir
Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaja akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya sebelum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak.
“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” ujar M. Nasir.
Jumpa di Zepp Kuala Lumpur:
📍PEMBELIAN TIKET:
www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya
mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam 11:00 pagi
Tiket kategori seperti berikut:Sate dan kuah kacang (seating) – RM 588
Rendang dan Ketupat (standing) – RM 258
Lontong dan Kuah Kacang – RM 388
Lemang dan Serunding – RM 588
VIP Box – RM 10,000
KONSERT DATO’ M. N46IR ‘CIPTA RAYA’
13 APRIL 2025 (AHAD)
20:00 MALAM
ZEPP KUALA LUMPUR
KALI INI JANJI SEMUA AKAN DAPAT SAMPUL DUIT RAYA!
Tiket Cipta Raya boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my mulau 5 Februari 2025.
Juadah raya akan mula disajikan bermula jam 6 petang sebelum konsert bermula pada pukul 8.30 malam.
Maka, sepanjang Aidilfitri boleh simpan duit raya untuk beli tiket Cipta Raya!
PU Riz kena jerit baring dalam masjid, “ada hadith Nabi sebut soal iktikaf. Ingatkan hanya kanak-kanak dijerkah dalam masjid tapi nampaknya orang dewasa pun sama kena jerkah.
Inilah pengalaman dilalui oleh pendakwah selebriti, Haris Ismail yang mengakui terkilan apabila dijerit agar tidak berbaring di dalam masjid ketika dirinya sedang menunggu masuknya waktu solat Isyak.
PU Riz Kena Jerit Baring Dalam Masjid
Mesra disapa PU Riz, pihak masjid sepatutnya tidak mengambil pendekatan menjerit kepada pengunjung masjid kerana berehat sementara menunggu waktu Isyak atau disebut iktikaf ada disebut dalam satu hadith Nabi dan ianya dituntut di dalam agama.
“Nak Balas Nanti Kata Biadap Pada Hal Ada Hadith Nabi Sebut Soal Iktikaf…
Jelasnya, ahli kariah sepatutnya tidak menjerit kepada jemaah kerana ia satu perbuatan tidak sopan.
“Sedih jugalah kerana dijerit begitu.Bukan orang tidur pun, cuma berbaring.
“Bukan selalu pun berkesempatan jemaah waktu Maghrib ini kerana sedikit jam dan sebagainya.
“Tapi rupanya kena jerkah dengan seorang pakcik yang marahkan orang berbaring. Katanya dia berkongsi hal ini kerana beriktikaf itu ada disebut dalam hadith Nabi.
Nanti kalau kata balik pada pakcik tu, dikata biadap pula,” katanya yang berkongsi hal ini.
Nampaknya pakcik-pakcik di masjid kena belajar soal adab dengan mereka yang mengunjungi masjid. Sebelum ini seorang pelajar berbekas dilibat dengan rotan hingga kes ini tular.
Masjid dibina untuk menyatukan ummah, bukan sekadar satu binaan semata.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...