‘Bunting Pelamin, Alahan Santan Dan Ayam..’ Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

Share

Tahniah! buat pelakon Farah Nabilah, 28 dan suami, Mohamed Amirul Yunus yang berkongsi berita gembira kehamilannya di media sosial. Pagi tadi, Farah sudah pun membuat imbasan jantina bayi dalam kandungannya yang kini berusia 19 minggu.

Dan doktor menjangkakan, Farah akan melahirkan pada akhir Oktober atau awal November depan.

Kredit foto : instagram Farah Nabilah

Akuinya, yang tak menyangka dirinya bunting pelamin. “Alhamdulillah, rezeki datang awal.” Bagaimana pun, dia dan suami tidak kisah dengan jantina anaknya. Yang penting, bayi dalam kandungannya kelak membesar dengan sihat.

Alhamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak sambut kelahiran anak pertama kami.” Ucapnya yang juga memohon peminat mendoakannya agar segala urusannya dipermudahkanNya.

Kredit : instagram Farah Nabilah

Alahan Santan Dan Ayam

Seperti sesetengah wanita hamil yang lain, Farah juga alahan pada awal trimester.

Saya alah santan dan ayam. Saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun. Alhamdulillah, sekadang dah okay.”

Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKO, saya pernah menangis sebab tak dapat apa yang saya mengidam.”

Dalam pada itu, ada yang dapat mengagak apabila melihat gambarnya di media sosial yang nampak akan pertambahan berat badannya.

Walhal waktu itu, Farah belum mengumumkan berita kehamilannya, ada di kalangan peminat malah teman yang DM bertanyakan di instagram. Jawabnya tenang, agar meminta mereka bersabar. Pasti akan diumumkan juga berita gembira itu.

Tahu Hamil Mac Lalu..

Sebenarnya, Farah sedar akan kehamilannya sekitar awal Mac lalu. Waktu itu, sekitar 8 Mac lalu, dia sudahpun setkan plan mahu berbulan madu ke Maldives bersama suami.

Sebaik mendapat tahu dirinya hamil, iaitu beberapa hari sebelum berangkat. Hatinya dah jadi gundah gulana. Bimbang tak dapat pelepasan untuk ‘terbang’.

Takkanlah nak batalkan penerbangan dan percutian.” Apa pun dia bersyukur, dengan nasihat doktor, dia dibenarkan menaiki kapal terbang.

Farah yang popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta ini, mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.

Baca sini :

Sumber/Foto : Berita Harian, Mstar, Farah Nabilah

Published by
NETTY AH HIYER