
Isi Kandungan
ToggleMenu petang yang paling syok buat adalah sajian yang mampu pikat hati anak-anak dan suami. Lagi cun kalau bahannya cuma guna 3 bahan utama, ok jom godek resepi istimewa yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Halim ini…
Siapa nak resipi?
Sesuai sangat untuk ibu-ibu hebat.
Anak-anak pun mudah tertarik lihat hasilnya. Bentuk ros yang comel dan cantik.
Resipi ini dapat hasilkan sekitar 6 biji bunga ros.
Cara-caranya boleh tengok di gambar ya!
Bahan-bahannya:
1 keping roti paratha- saya guna roti paratha Tishas
Sosej secukupnya
1 biji telur
Ya! 3 bahan sahaja. Mudahkan?
Cara Membuat:
1. Saya guna roti paratha Tishas. Roti paratha ini berasaskan pastri. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!
2. Hiris nipis sosej. Ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.
3. Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.

4. Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.
Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peguam Perjelas Kes Nik Elin, “Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”

Isi Kandungan
TogglePeguam perjelas kes Nik Elin, “kemenangan bukan untuk menjatuhkan martabat mahkamah syariah.
Di media sosial, rata-rata bercerita mengenai kemenangan seorang peguam bernama Nik Elin yang mencabar proses dan kuasa DUN Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan beberapa peruntukan Enakman Syariah Negeri.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Ia boleh menjadi modal politik bagi yang kurang faham asas tuntutan ini. Ia telah diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.
Kata bekas Ketua Hakim Syarie ini, kemenangan Nik Elin tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan kepada umat Islam bahawa Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin kewujudannya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Peguam Perjelas Kes Nik Elin
Untuk lebih beri kefahaman, dikongsikan penjelasan dari bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki yang memberikan penjelasan mengenai hal ini.
Apa yang kita semua kena tahu? Apa yang dituntut?
“Habislah, lepas ni Mahkamah Syariah buat kes nikah kahwin saja”.
“Apa nak jadi di Malaysia la ni, Mahkamah dah hilang kuasa”.
Itu propaganda yang anda baca di media sosial hari ini. Berikutan kes Nik Elin.
“Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”
Kalau anda jenis membaca, anda tahu mereka melabun saja. Ini beberapa perkara yang mereka taknak anda tahu, saya senaraikan di sini.
- Ada 68 seksyen dalam Enakmen Syariah Kelantan. Ada macam2. Tak berpuasa, khalwat, minum arak dan murtad. Itu peruntukan standard. Peruntukan ini tidak dicabar oleh Nik Elin. Ni ok saja. Ada 48 seksyen Nik Elin tak masuk dalam kes dia, maknanya ini dah elok belaka.
- Yang Nik Elin cabar hanya 20 seksyen. Di mana banyaknya BERTINDIH dalam undang2 yang dikuatkuasakan di peringkat persekutuan. Itu yang dimasukkan dalam kes.
- Separuh jalan Nik Elin tarik balik 2 seksyen iaitu kesalahan mengenai (1) Orang Mengaku jadi Rasul, Imam Mahadi dan Keramat (2) Orang yang berada di tempat judi. Nik Elin keluarkan dari senarai yang dia cabar, sebab percaya DUN ada kuasa untuk buat kesalahan. Mahkamah pun sahkan.
- Dari 18 seksyen yang tinggal, Mahkamah hanya istihar 16 sahaja terbatal. Lagi 2 Mahkamah tak bersetuju dengan Nik Elin. Kerana mereka percaya DUN ada kuasa buat kesalahan itu. 2 kesalahan tu ialah mengenai larangan perkembangan agama lain ke atas orang Islam. 2 seksyen ini Mahkamah ishtihar sah.
- Seterusnya, 16 seksyen lain terbatal kerana ada pertindihan dengan undang2 Persekutuan dan DUN tiada kuasa untuk adakan. Ini 16 seksyen berkenaan.
Seksyen 11 merujuk kepada memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat,
Seksyen 14 iaitu liwat,
Seksyen 16 membabitkan persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17 merujuk kepada persetubuhan dengan bukan manusia.
Seksyen 31 (Gangguan seksual),
Seksyen 34 (Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu),
Seksyen 36 (Apa-apa yang mengkhayalkan),
Seksyen 39 (Mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan)
Seksyen 40 (Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak).
Seksyen 41 (Melakukan transaksi muamalat secara riba dan lain-lain),
Seksyen 42 (Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal),
Seksyen 43 (Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 44 (Perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 45 (Perbuatan sebagai persediaan melakukan maksiat),
Seksyen 47 (Perbuatan sumbang mahram)

Seksyen 48 (Muncikari)
*******************
- Bukanlah bermaksud seksyen ini terbatal bawah undang2 syariah, di Kelantan penjenayah boleh bersuka ria. Mereka masih lagi boleh dikenakan tindakan bawah Kanun Keseksaan dan Akta yang berkenaan.
- Ironinya, hukuman bawah Kanun Keseksaan lagi berat pula. Contoh kes liwat, sumbang mahram, beastiality (hubungan seks dengan haiwan) dan hubungan seks dengan mayat boleh kena sampai 20 tahun penjara. Bawah Enakmen hanya 3 tahun sahaja.
- Seksyen lain seperti kesalahan tipu timbang dan sukat, guna benda mengkhayalkan, memiliki dokumen palsu, semua ini bawah Akta lain hukuman lebih dari 3 tahun. Tidak sama hukuman dengan Enakmen. Jadinya orang Islam dapat hukuman ringan dari yang lain pula.
- Satu saja kita kena percaya, apa pun 16 seksyen di atas. Bukan hukum hudud dan qisas yang ada dalam Al Quran atau ditetapkan oleh Tuhan. Ia kesalahan Takzir atau hukum buatan manusia. Yang boleh diperbetul jua. Tambah kalau melanggar prinsip keadilan. Lain agama jadi lain hukuman.
- Ini yang mereka taknak anda tahu. Sebab mereka nak menunggang isu. Jangan pajak otak pada mereka. Banyakkan membaca. Iqra itu ayat pertama.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lelaki Dimadukan, Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri
Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah
Pasangan Curang Susah Nak Diheret Ke Mahkamah, Peguam Ini Terangkan Penyebabnya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ellie Suriaty Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah “Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”

Isi Kandungan
ToggleEllie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.
Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah
Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.
Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.
“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.
“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.
“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”
Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.
“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.
“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.
Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.
Baca Disini : ‘Keputusan Ini Bukan DiBuat Dalam Masa Singkat.’ Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai
Ellie Suriaty Akui Sudah Divaksin Tanda Hormat Pada Suami “Saya, Anak Mengambil Vaksin Sinovac”

Mingguan Wanita : Semoga Ellie tabah harungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
Sumber : Kosmo Online
Sumber Foto : Instagram Ellie Suriaty
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Som Tam Epal Ala Thai, Cara Buatnya Gaul Semua Bahan Sekaligus!

Isi Kandungan
ToggleSiapa suka makan Som Tam bolehlah cuba Som Tam Epal Ala Thai. Biasanya buah betik muda adalah bahan utama dalam membuat Som Tam. Apa kata kali ini kita tukar kepada buah epal.
Cara buatnya senang sahaja. Hiris epal dan kemudian masukkannya ke dalam bahan-bahan lain yang telah ditumbuk hancur. Gaul semuanya sekali. Siap boleh dimakan.
Boleh Cuba Buat Resipi Som Tam Epal Ala Thai Yang Dikongsikan Oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim Ini.
“TERIMA KASIH Bunga Sakura atas perkongsian resepi, habang pakai apa yg ada jer. Niat lah memasak kerana Allah,in Sha Allah dipermudahkan, kerabu dapat pahala pun dapat.
#CookingFromHeart. Alhamdulillah,terima kasih sentiasa follow habang di Facebook Boleh juga ke Instagram habang di @muhamadmuktaminabdulkarim . Semoga persahabatan terus dirahmati Allah,amiin.”
Sila like & follow page di, “Resipi & Dekorasi Muhamad Muktamin” untuk lebih lagi idea masakan beserta resipi bergambar dan juga ilham deko kediaman.
Resipi Som Tam Epal Ala Thai
Bahan-bahan
3 biji epal (resipi ni habang tak guna betik muda)
3 sudu besar kacang digoreng *habang goreng tanpa minyak
3 sudu besar udang kering halus *direndam sekejap
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *ini habang yg taruk,takde pun takpe
5 biji cili padi merah *cili besar pun boleh je kalau tak tahan pedas
2 biji cili padi hijau *boleh tambah
Sedikit kacang panjang dipatah-patahkan/dikerat 1 inci
3 sudu besar gula kabung Siam (habang guna gula melaka je)
3 sudu besar jus limau nipis *kurang/lebih ikut selera
2 sudu sos ikan
5 biji tomato *habang pakai tomato cherry potong dua
Garam sedikit
*Boleh juga tambah air asam jawa
Artikel Berkaitan:
KERABU SOTONG Segar, Cukup Masam Manis, RATAH Macam Tu Pun Sedap!
Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda, Ya Ampun SEDAP Amat!
CARA PENYEDIAAN
1.Tumbuk semua bahan di atas kecuali sos ikan dan jus limau nipis.

2.Parut epal ke dalam mangkuk dan gaul dengan semua bahan tumbuk,sos ikan,jus limau,garam dan gula Melaka.
3.Siap
Sumber / Foto : Muhamad Muktamin Abdul Karim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI