BUNGA KANTAN Tumis Belacan, Makan Dengan Nasi Panas Mak Mentua Lalu Pun Tak Nampak

Share

Rupanya bunga kantan yang dah kembang juga boleh dimasak dan dijadikan menu yang sangat sedap. Apatah lagi dimakan dengan dengan nasi panas memang membuka selera. Tak perlu cari menu lain dah. Cara-cara membuatnya pun cukup mudah.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Jatye Atie Christie
ini.

Hasil dari tuaian tadi kekawan.Kita masak bunga kantan goreng/tumis belacan dan ikan bilis goreng.Resepinya ada dlm gambar bagi kawan yang nak resepi tadi ya.Makan dengan nasi panas,mak mertua lalu pun aku tak nampak.

Bunga kantan masak goreng/tumis belacan bersama ikan bilis.

Bahan-Bahan:

Goreng ikan bilis hingga garing toskan.
Bunga kantan yang dah kembang dibasuh bersih dan diracik ambil yang muda sahaja.
Hiris nipis bawang merah,bawang putih dan cili padi.
Belacan secukupnya.

Cara Membuat:

1.Basuh bunga kantan terlebih dahulu kemudian racik bunga kantan buang dari tangkai mcm dalam gambar. Ambil yang muda sahaja baru lembut.

2.Goreng bawang merah,bawang putih,belacan dan cili padi hingga garing.Kemudian masukkan bunga kantan tadi kacau hingga sebati.

3.Masukkan perasa secukup rasa gaul sebati biarkan seketika sehingga masak.

4.Akhir sekali ikan bilis dah digoreng gaul sebati.Dah siap digoreng belacan.Makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba kekawan semua.

Baca Lagi DI Sini:
Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas
Cara Simpan Bunga Kantan Tahan Lama, Bau & Rasanya Tetap Fresh!

MW: Menarik juga resipi bunga kantan tumis belacan ni, simple je cara membuatnya. Ingatkan bunga yang dah kembang tak boleh digunakan, rupanya boleh dimasak dijadikan menu yang sedap. Makan dengan nasi panas memang boleh bertambah-tambah.

Sumber: Jatye Atie Christie

Published by
Suhaidah Abd Wahab