Siapa sangka disebalik kecantikan Bunga Siti Zubaidah atau lebih dikenali Hydrangea, rupanya getahnya mengandungi racun berbisa. Bahaya kesannya boleh akibatkan masalah kesihatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun, ada tanam pokok ini semoga lebih berhati-hati iya.

Berikut pendedahan Trivia yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negara sebagai rujukan;

TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

IKLAN

Kesannya

Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Cara Kendalikan

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

Soal/Jawab

1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?
TIDAK, jika terkena cecair/getah baru ada risiko keracunan.

2 . Jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?
Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena sebersih-bersihnya dengan air dan sabun terutamanya sebelum makan dan minum.

Baca Lagi Disini:

Rumput Tepi Rumah Ini Rupanya Herba Penawar Demam Denggi, Memang Tak Sangka!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok Hydrangea semoga lebih berhati-hati iya. Elakkan terkena cecair atau getahnya. Segera cuci tangan sebersihnya dengan air sabun selepas mengendalikan bunga atau pokok ini.

Sumber: Pusat Racun Negara