Buat para suami, bukan hanya anda sahaja ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan, isteri juga mahu. Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini.

Bulan Ramadan Suami Jangan Kutip Pahala Seorang Diri Saja

Bulan Ramadan Suami Jangan Kutip Pahala Seorang Diri Saja, Berilah Juga Peluang Pada Isteri

Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.

Berikut perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;

Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadhan ini.

Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.

Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.

Bulan Ramadan Suami Jangan Kutip Pahala Seorang Diri Saja, Berilah Juga Peluang Pada Isteri

Ads

Lubuk Pahala Suami

Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.

Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.

Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.

Ads

Berilah Juga Peluang Pada Isteri

Bulan Ramadan Suami Jangan Kutip Pahala Seorang Diri Saja, Berilah Juga Peluang Pada Isteri
Kredit foto: Pexels

Emosi & Fizikal Terbeban

Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.

Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.

Ads

Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.

Sumber: Muhammad Hassan

Artikel berkaitan: Hijrah Ramadan, Maryam Bersyukur Terima Hidayah Lepas Jadi Model Tudung  

Persiapan Ramadan, Carilah Buah-Buahan Kering, Baik Untuk Badan Semasa Puasa

Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak, Balik Kampung Usahlah Menunjuk-Nunjuk

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI