Setiap kali tiba bulan Ramadan, maklah orang yang paling sibuk dan penting. Apa tidaknya, mak yang akan uruskan segala persiapan bersahur dan berbuka.
Bukan bermakna suami langsung tidak membantu tapi dalam hal yang berkaitan dengan menyediakan juadah bersahur dan berbuka di bulan Ramadan, mak jadi orang terpenting.
Tidak kurang juga, mak akan rasa bersalah kalau ada masakan yang kena dengan selera keluarga, rasa masin, terlebih manis dan sebagainya. Ini belum lagi periuk nasi yang lupa nak ditekan, sampai berbuka puasa baru sedar nasi tak masak.
Ada juga mak-mak terlajak bangun sahur atau tak sedar langsung. Maknanya satu rumahlah hari itu tak bersahur. Itulah oentingnya tugas seorang mak dan perkara yang dilalui oleh mak pada bulan Ramadan.
Inilah rutin yang harus dilalui oleh seorang mak. Walaupun penat, hati mak akan sejuk bila pasangan tahu hargai pengorbanan. Tak perlu barang kemas besar pun, cukup dengan ucap terima kasih pun buat mak-mak sejuk hati.
Antara perkongsian oleh Noraini Haziq yang ada betulnya tentang apa yang dilalui oleh mak-mak sekarang ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doktor Ini Kongsi Cara Nak Elak Mulut Berbau Pada Bulan Ramadan
Satu Jam Selepas SAHUR, Ini Perlu Kita Buat Untuk Dapat Keberkatan RAMADAN
Info Lebih Menarik DI SINI
Fenomena yang sedang ibu-ibu lalui..
Seronok…walau agak penat
Hargailah pengorbanan mereka.
Tatkala kunci jam 3 pagi.
Terus tersedar jam 2 pagi.
Termenung seketika, kepala memikirkan nak sambung tidur, bimbang takut terlajak.
Akhirnya, ralit sekejap melayan mata.
Aduhai, mengantuknya!
Mula fikir, tak pelah, tidur sikit lagi.
Bila jam berbunyi pukul 3 pagi, mata melekat macam kena gam.
Akhirnya, tutup jam dan tidur semula.
Sedar-sedar, jam 4.30 pagi.
Mulalah fikirkan nasi belum dimasak, terus ke dapur.
Alhamdulilah, jam 5 pagi semuanya isap terhidang.
Tiba misi untuk mengejutkan suami dan anak-anak bersahur.
Boleh tengok macam-macam ragam bila dipaksa bangun.
Anehnya, yang penat memasak tak mengeluh tapi yang tukang makan macam-macam karenah. Ada yang mengamuk, mencuka dan tak kurang yang hadap saja. Sabarlah mak.
Begitulah…
Saban hari perjalanan Ramadan, rutin seorang isteri dan ibu.
Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
Ada orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Ramadan masuk dah ni…mari tanya diri
1. Sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
2. Terima kasih Yang – masakkan yang sedap untuk abang.
3. Terima kasih mama – nasib baik mama kejutkan sahur.
Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadan.
MW: Memang betul pun. Tiap-tiap hari, mak-mak pening fikir nak masak apa untuk berbuka nanti. Lepas bersahur dah fikir menu apa untuk keluarga berbuka nanti. Begitulah mak-mak!
Sumber: Noraini Haziq
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita