Setiap kali tiba bulan Ramadan, maklah orang yang paling sibuk dan penting. Apa tidaknya, mak yang akan uruskan segala persiapan bersahur dan berbuka.
Bukan bermakna suami langsung tidak membantu tapi dalam hal yang berkaitan dengan menyediakan juadah bersahur dan berbuka di bulan Ramadan, mak jadi orang terpenting.
Tidak kurang juga, mak akan rasa bersalah kalau ada masakan yang kena dengan selera keluarga, rasa masin, terlebih manis dan sebagainya. Ini belum lagi periuk nasi yang lupa nak ditekan, sampai berbuka puasa baru sedar nasi tak masak.
Ada juga mak-mak terlajak bangun sahur atau tak sedar langsung. Maknanya satu rumahlah hari itu tak bersahur. Itulah oentingnya tugas seorang mak dan perkara yang dilalui oleh mak pada bulan Ramadan.
Inilah rutin yang harus dilalui oleh seorang mak. Walaupun penat, hati mak akan sejuk bila pasangan tahu hargai pengorbanan. Tak perlu barang kemas besar pun, cukup dengan ucap terima kasih pun buat mak-mak sejuk hati.
Antara perkongsian oleh Noraini Haziq yang ada betulnya tentang apa yang dilalui oleh mak-mak sekarang ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doktor Ini Kongsi Cara Nak Elak Mulut Berbau Pada Bulan Ramadan
Satu Jam Selepas SAHUR, Ini Perlu Kita Buat Untuk Dapat Keberkatan RAMADAN
Info Lebih Menarik DI SINI
Bulan Ramadan, Rutin Seorang Mak
Fenomena yang sedang ibu-ibu lalui..
Seronok…walau agak penat
Hargailah pengorbanan mereka.
Tatkala kunci jam 3 pagi.
Terus tersedar jam 2 pagi.
Termenung seketika, kepala memikirkan nak sambung tidur, bimbang takut terlajak.
Akhirnya, ralit sekejap melayan mata.
Aduhai, mengantuknya!
Mula fikir, tak pelah, tidur sikit lagi.
Bila jam berbunyi pukul 3 pagi, mata melekat macam kena gam.
Akhirnya, tutup jam dan tidur semula.
Sedar-sedar, jam 4.30 pagi.
Mulalah fikirkan nasi belum dimasak, terus ke dapur.
Alhamdulilah, jam 5 pagi semuanya isap terhidang.
Tiba misi untuk mengejutkan suami dan anak-anak bersahur.
Boleh tengok macam-macam ragam bila dipaksa bangun.
Anehnya, yang penat memasak tak mengeluh tapi yang tukang makan macam-macam karenah. Ada yang mengamuk, mencuka dan tak kurang yang hadap saja. Sabarlah mak.
Begitulah…
Saban hari perjalanan Ramadan, rutin seorang isteri dan ibu.
Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
Ada orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
Fikirkan pengorbanan Mak
Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Ramadan masuk dah ni…mari tanya diri
1. Sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
2. Terima kasih Yang – masakkan yang sedap untuk abang.
3. Terima kasih mama – nasib baik mama kejutkan sahur.
Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadan.
MW: Memang betul pun. Tiap-tiap hari, mak-mak pening fikir nak masak apa untuk berbuka nanti. Lepas bersahur dah fikir menu apa untuk keluarga berbuka nanti. Begitulah mak-mak!
Sumber: Noraini Haziq
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau ikutkan memang dah banyak kes anak tertelan objek, jadi mak-mak kena ambil tahu apa tanda-tanda yang berlaku dan apa yang patut dibuat.
Haaa… jangan kalut dan ragu-ragu sebab situasi ini akan jadi lebih buruk kalau mak ayah tak belajar tentang simpton anak-anak yang dah masukkan sesuatu dalam mulut.
Nak tahu lebih jauh, jemput baca perkongsian Dr Ezairy M.Sallih…
JANGAN BIAR ANAK ANDA TERTELAN OBJEK
Siapa berisiko tertelan objek? Bagaimana nak tahu anak kita tertelan objek asing? Apa tanda-tanda objek tersebut telah menyebabkan sekatan pada salur pemakanan? Adakah ia berbahaya kepada pesakit?
“Doktor, anak saya ni tiba-tiba saja mengadu tak boleh nak telan makanan. Sekarang ni air liur berkumpul dalam mulut dia, meleleh-leleh keluar. Saya perasan dia ada main dengan duit syiling dalam tabung dia tadi,” keluh si ibu.
Perkara seperti ini bukanlah asing dan jarang berlaku di kalangan masyarakat kita. Selalu pun dijumpai di klinik-klinik dan hospital.
Siapa yang berisiko menelan objek asing?
Kanak-kanak dan bayi merupakan suatu peringkat umur dimana mereka sering meneroka dan belajar tentang perkara-perkara baru. Jangan terkejut kerana salah satu daripadanya adalah dengan memasukkan sesuatu objek ke dalam mulut mereka. Kebanyakan mereka yang menelan objek asing berada di bawah umur 3 tahun.
Risiko menelan sesuatu di kalangan kanak-kanak adalah lebih tinggi apabila mereka ditinggalkan keseorangan atau tiada pengawasan. Risiko juga meningkat apabila objek tersebut berada dalam jangkauan mereka. Saya beri beberapa contoh yang biasa ditemui :
1. syiling
2. bateri kecil
3. butang
4. skru
5. pin
6. magnet kecil
Berhati-hatilah apabila anda menjumpai atau sedang menggunakan objek seperti di atas. Pastikan ia berada jauh daripada anak-anak anda.
Bagaimanakah saya tahu jika objek asing telah ditelan?
Gejala objek asing yang tertelan biasanya boleh dikenalpasti sejak di rumah lagi. Anda akan melihat tanda-tanda jika objek tersebut menghalang dan menyekat salur pernafasan. Simptom yang paling umum termasuk:
1. tersedak
2. kesukaran bernafas
3. batuk
4. berdeham
Sekiranya seorang kanak-kanak menelan objek dengan mudah dan tidak terperangkap dalam tekak dan berjaya sampai ke bahagian perut, ia biasanya tidak ada tanda-tanda membahayakan kepada pesakit. Objek itu biasanya akan terus melalui dalam saluran pencernaan. Ia akan bergerak secara semulajadi.
Gejala hanya akan muncul kemudian jika badan mempunyai masalah ketika melalui salah satu bahagian salur pencernaan tersebut.
Oleh itu, bagaimana mengenalpasti jika sesuatu objek yang tertelan itu tersekat pada bahagian bawah tekak dan salur pencernaan?
Gejala-gejala yang mungkin berlaku apabila sesuatu barang itu tersekat dalam esofagus atau usus termasuk:
1. muntah
2. air liur meleleh
3. sakit dada atau tekak
4. keengganan makan
5. sakit perut
6. demam jika jangkitan telah berlaku
Adalah penting untuk berunding dengan doktor jika anda atau anak anda menelan objek asing.
Menelan objek seperti bateri dan magnet adalah dikira sebagai perkara kecemasan. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda atau seseorang yang anda kenal telah menelan objek magnetik.
#SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga bermanfaat. Semoga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan semua orang yang faham konsep mak-mak menyusu anak, nampak mudah tetapi yang merasa situasi ini pasti pernah melalui beberapa masalah ini. Tambah pula kalau mak-mak memang berniat nak teruskan misi penyusuan ekslusif sampai 2 tahun.
Bayangkan kalau mak-mak menyusu ini keluar berjalan atau berada di rumah saudara mara atau mentua yang ramai lelaki, tidak ke itu satu cabaran?
Untuk membuka mata orang sekeliling, jemput baca perkongsian kali ini…
Ini realiti kehidupan kaum mak-mak yang menyusu anak sepenuhnya.
Pemalas! bangun lewat…phew~
Seorang ibu yang menyusu anak sepenuh masa bukan sengaja nak bangun lewat tau. Ok storynya begini, si ibu bgn subuh, pastu niat berkobar-kobar nak buat itu buat ini tetiba unluckily baby comel terjaga. Mulut nganga nangis-nangis, mata pejam maksudnya dia tak nak bangun lagi tapi dia nak nenen.
Maka si ibu pun nak tak nak kena lah baring smbil susukan baby. Eh eh lamanya baby menyusu haaa..elok baby macam dah diam, dicuba tarik nenen tu tapi anak tadi cepat-cepat hisap siap cengkam gigit-gigit lagi haa. Tanpa sedar si ibu terlena lah sekali ngan si anak..ibu nak bangun anak pun bangun..makanya ibu sekali la lena.
Eh,eh apa hal la bini hang ni dok lam bilik ja??laki nak makan kena amik sendiri?
Siapa yang tak faham mmg akan kata macam tu.. ingat suka ke nak biar laki makan sorang. Hello tak dak sapa tau suka?? Tapi baby lapar, merengek-rengek. Bulat mulut-mulutnya, nak biar ke? Ayah dan baby mana yg dah reti fikir? Baby confirm lah tak tahu apa-apa kan. Jangan la fikir negative. Ibu menyusu badan ni dah tolong savekan suami tu berpuluh-[uluh ribu tau.
Tertidur Sekali Dengan Anak
Malam-malam suami dok tggu nak manja-manja. Tengok-tengok bini dah lelap sekali ngan anak-anak yang disusunya..kah kah kah. Jangan laki cari lain dah. Tak ada maknanya sengaja tau..tapi fakta ada mengatakan akan terhasil satu hormon yang membuatkan baby dan ibu berasa calm (tenang) bila menyusui dan disusui. Haaaa… ingat tak dilema ka? Laki sedih bini lagi sedih oooo.
Pakaian Mak-mak Menyusu
Tengok jubah, tengok dress tengok blouse lawa-lawa la haiii tapi tak boleh pakai. Alasan sebab menyusu memang la sekarang ada yang bf friendly. Eh tapi korang percaya tak, kadang-kadang yang bf friendly tu nampak je friendly tapi tak pun. Cara biasa angkat-angkat tu juga lagi sopan. Zip tu kadang terdedah penuh u olls. Melainkan korang pakai tudung saiz XL. Sangat mencabar betul part baju nih.
Makan Pun Kena Tahan
Waktu nak makan, nak-nak makan ramai-ramai. Sedap kecur air liur tengok tau. Atau pun di kedai makan tengah nak menikmati hidangan si kecik super duper comel tu pun jaga nak makan juga dia pun. Maka berundur la si ibu ke bilik atau lam keta untuk menyusui sambil dalam kepala otak terbayang makanan yang sedap tu.
Tidur Tak Pandang Laki
Masa nak tidur malam, tok sah lah hampa berangan nak tidur peluk-peluk laki.. Sah-sah hampa akan beralih kat anak hampa 6/8 jam..haha. Tidur mengiring lenguh sakit badan. Hampa kena la abaikan, urat pinggang pun dah tak betui rasanya.. as me menyusu NON STOP 7 years.. Tandem nursing also.
Jadi jangan la ingat bf mother ni ngelat atau malas atau ap-apa je la. Berkorban everything..tak kira lagi nak makan supplement cantik kurus bagai. Memang TAK BOLEH LA..anak is priority. Nak makan kena tengok dulu effect kepaad anak.
Kredit info: Page Ibu Hamil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sayangkan anak biarlah berpada-pada.Anak yang dituruti segala kemahuan dan kehendak, biasanya tak tahu erti pengorbanan serta rasa susah payah yang perlu dilalui. Lebih malang, ia akan membentuk sikap pentingkan diri dan langsung tiada rasa simpati pada mak ayah yang dalam kesusahan serta perlukan perhatian bila meniti usia tua nanti.
Pilu hati seorang ayah apabila disisihkan anak sendiri sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan di sini sejak dua bulan lepas.
Anak Berubah Sikap
Bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu dikenali sebagai Awang berusia 46 tahun itu berkata, tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya lumpuh separuh badan akibat strok, dua tahun lalu.
Menurutnya, dia berhenti kerja awal selepas 10 tahun berkhidmat dalam Rejimen Artileri dan membesarkan anak dengan hasil menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda di Sungai Siput, Perak.
“Isteri meninggal dunia beberapa tahun lalu dan saya mula tidak berapa sihat selain ada lelah serta darah tinggi sebelum diserang strok hingga lumpuh separuh badan.
“Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.
“Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya lumpuh, anak-anak dah jadi lain,” katanya ketika ditemui pada program Masih Ada Yang Sayang dan Ihya Ramadan di Rumah Ehsan, kelmarin.
Ditinggalkan Sendirian
Awang berkata, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan sakit strok.Namun tanpa Awang menyangka rupa-rupanya dia ditinggalkan sendirian hampir setahun di hospital berkenaan.
“Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.
“April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.
“Kalau saya mati pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi,” katanya.
MW: Allahu..kasihan sungguh nasib lelaki ini, sampainya hati anak-anaknya buat sebegini.Lebih-lebih lagi hari raya tak lama sahaja lagi. Pesanan buat anak-anak, jika ingin keberkatan dalam kehidupan, hargailah kedua mak ayah dan taburlah sebanyak bakti buat mereka.Janganlah jadi anak yang derhaka. Sesungguhnya pengorbanan mereka takkan dapat terbalas sampai bila-bila.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI