Bulan Puasa Jin Dan Syaitan Kena Ikat, Tapi Kenapa Masih Buat Kemungkaran?

Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Dikatakan pada bulan ini, syaitan dan jin dirantai dan tidak dapat menghasut manusia melakukan kemungkaran. Tapi kenapa ada yang masih melakukannya? Ikuti perkongsian daripada Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Pendakwah Bebas. FB: https://www.facebook.com/yaakub73

Syaitan dan Jin Dirantai Di Bulan Puasa

Pada bulan Ramadan, syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain.

Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Ads

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini?

Bulan Puasa Jin Dan Syaitan Kena Ikat, Tapi Kenapa Masih Buat Kemungkaran?

Puncanya

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata: “Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” – Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Ads

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin daripada jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-Nya daripada hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T: “Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah al-Nas: 1-6.

Ads

Dalam Diri Manusia


Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk ‘berkenalan’ dengan spesies syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia.

Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

https://www.mingguanwanita.my/wanita-hamil-puasa-tak-salah-tapi-ikut-nasihat-doktor-ini/

https://www.mingguanwanita.my/sedapnya-air-berbuka-puasa-resipi-sheila-rusly-ni-terus-hilang-dahaga/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI