Alhamdulillah di bulan mulia yang penuh keberkatan ini dimaklumkan bahawa isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,36 Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam,27 selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Rabu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman Diraja yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan cucu perempuan baginda dan puteri serta waris Tunku Mahkota Johor keempat yang diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April lalu.
Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam melangsungkan pernikahan pada 2014 dan dikurniakan tiga anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.
Tunku Khalsom Aminah Sofiah, diputerakan pada 25 Jun 2016, diikuti Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang juga pewaris takhta Johor pada 14 Oktober 2017 dan Tunku Abu Bakar Ibrahim pada 17 Julai 2019.
Baca Lagi Di Sini:
Bersyukur Dibesarkan Ibu Tunggal, YM Che Puan Khaleeda Luah Rasa Hati Buat Mama Tersayang
MW: Alhamdulillah, merafak sembah dan ucapan tahniah buat Tengku Mahkota Johor dan Che Puan Besar Khaleeda, serta seluruh anggota kerabat Di Raja Johor Darul Takzim atas kelahiran puteri kedua ini pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Sumber: Hmetro, Instagram YM Che Puan Khaleeda
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita