Hiburan

Buku Amalan Shea Rasol, Diketahui Selepas Pemergiannya Di Dunia Ini – Heliza Helmi

Share

Penuh kerinduan selebriti Nurheliza Helmi yang lebih dikenali sebagai Heliza Helmi catatkan sebuah amalan sahabat baiknya, blogger Shea Rasol. Yang mana amalan baik ini cuma diketahui selepas arwah tiada di dunia ini.

 

 

Tulisnya, “Tak tahu kenapa semalam (ketika catatan ini dimuatnaik pada 9 Jun), Ija teringat betul kat Shea.”

“Rupa-rupanya 9 June adalah tarikh Shea pergi bertemu Ilahi buat selamanya pada hari cukup mulia Hari Jumaat, Bulan Ramadhan.”

“Betapa Allah kasih pada Shea, Allah detikkan hati untuk kongsikan kembali amalan Shea lakukan. Paling MasyaAllahhh ialah, amalan itu diketahui selepas Shea dah tak ada di dunia ini.”

Maklum Heliza lagi, kisah sahabatnya itu turut dikongsikan dalam buku Ayat-Ayat Cinda Dari Tuhan. Dengan doanya agar kebaikan sahabatnya itu kekal berpanjangan.

Terima kasih Shea untuk segalanya. Ija sangat RIN…. kat Shea. Moga dapat bertemu kembali di Syurga Allah.”

Dalam buku tersebut ada 33 kisah motivasi inspirasi, semua ada di @nurelhikmah.

 

Semoga Shea Rasol Berada Dalam Taman-taman Syurga Allah

Doa Heliza lagi untuk arwah sahabat baiknya ini, “IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga. Aaminn..”

“Selepas Shea meninggal dunia, adik Shea terjumpa catitan Shea, sepertinya perancangan sebelum bertemu sang Pencipta, ALLAH.”

“Ija kagum MasyaAllah dengan Shea, hati bersih dan mempunyai perancangan harian seperti ini.”

Kakja kongsikan kembali amalan Shea sebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini, pahala berpanjangan buat Shea. Amin.”

Jom kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui, Shea Rasol.

Kisah Shea, Heliza Catatkan Dalam Buku Motivasi Inspirasi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MW: Al Fatihah.. semoga roh arwah Shea Rasol di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Heliza Helmi

Published by
webadmin