Air mata Ustazah Asma’ Harun mengalir pada 1 Ramadan kerana terharu dengan kisah ibu tunggal ini yang begitu nekad memberi infaq gelang emas.
Menurut perkongsian Pengasas Bersama & Penaung NGO Sahabat Amal Care ini juga dia sudah lama mengenali ibu tunggal ini dan mengetahui kisah hidup wanita tabah ini dalam mengharungi hidup membesarkan anak-anak secara sendirian selepas suaminya meninggal dunia.
Ibu Tunggal Ini Nekad Infaq Gelang Emas, Sumbangan Yang Tidak Ternilai
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita umat Islam apatah lagi dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh berkat. Sumbangan ikhlas ibu tunggal ini membuatkan Ustazah Asma’ terharu sedangkan wanita ini bukanlah senang hidupnya.
“Air Mata 1 Ramadan
“Pagi-pagi saya ke pejabat hari ni, daripada jauh lihat seseorang yang dikenali melambai. Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tunggal, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia dan anak-anak yang masih kecil.
“Beberapa ketika kami berbual, dia memang seperti selalu, sebak menangis sahaja. Katanya, kalau jumpa saya, mesti rasa sayu dan menangis. Saya faham, banyak beban yang ibu ini tanggung seorang diri.
“Selepas itu, tiba-tiba ibu ini membuka satu gelang emas yang dipakainya, terus diserahkan di tangan saya. Dia betul-betul nekad.
Ads
“Ustazah, ini gelang kesayangan, saya tiada simpanan duit tunai, gelang ini biasa saya akan pajak gadai bila memerlukan duit untuk biaya anak belajar dan apa-apa keperluan”
“Bertambah berat saya nak terima, “kak, jangan begini, kami terima apa sahaja bentuk sumbangan walaupun kecil, gelang ni sangat besar jumlahnya, inikan untuk backup akak dan anak-anak” (berat 28.1 – nilai hampir 6k)
Terharu, Air Mata Ustazah Asma’Mengalir
“Sungguh ketika ni saya dah mengalirkan air mata, sebab saya tahu kisahnya, bagaimana struggle ibu ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang baik buat anak-anak. Saya menangis bukan kerana terharu dapat infaq gelang, tapi pada hatinya yang luar biasa. Memberi bukan kerana ada, tapi kerana cinta.
Kemudian beliau berkata sesuatu yang terus membuatkan hati terkesima dan tertampar,
“Ustazah, tolonglah ambik, bukan gelang ni yang mencukupkan keperluan saya dan anak-anak, tapi Allah, bukankah Allah suka kita beri apa yang kita sayang, saya yakin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik, cukuplah Allah jaga anak-anak saya..
“1 Ramadhan jadi saksi, moga Allah terima pemberian saya ni,” luah ibu tunggal ini lagi.
Ads
Sedikit Infaq Saksi Sumbangan Jalan Dakwah
“Ustazah, akak follow usaha-usaha dakwah dan kebajikan ustazah, tim dan NGO SAC . Akak tak boleh nak bersama turun padang, moga sedikit infaq ni boleh jadi saksi sumbangan untuk jalan dakwah ini.
“Allahu Akbar, terus saya bacakan firman Allah swt di dalam al Quran :
Firman Allah SWT:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
(Surah Ali-Imran: 92)
Sambung saya, “kak, semoga Allah gantikan dengan gunung² emas di Syurga kelak, Allah limpahkan rezeki barakah sentiasa mengalir seperti air zamzam, Allah berikan segala yang akak dan anak² perlukan di Dunia dan Akhirat”
Kami sama-sama menangis di pagi 1 Ramadan, saya sendiri seolahnya ditegur oleh Allah swt melalui insan yang istimewa untuk berikan saya pengajaran yang berharga,” kongsi Ustazah Asma’.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Dalam hidup, jangan sesekali berkira untuk memberi kepada yang memerlukan. Kita tidak tahu dengan berkat sedekah itu, apa yang kita hajatkan sebelum ini akan termakbul.
Walau bagaimanapun, untuk memberi sedekah tidak perlu tunggu kita menjadi kaya atau duit yang banyak. Sebab macam-macam cara yang boleh kita beri selain daripada duit, mungkin juga dengan makanan.
Berkat sedekah yang kita anggap tidak seberapa inilah boleh menajadi asbab apa yang kita mohon dan hajatkan termakbul. Kita tak tahu semua ini, hanya Dialah Yang Maha Mengetahui.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Uwais madinah tentang kisah benar yang berlaku di kota Mekah. Mungkin ia memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua.
Ada seorang pemuda Arab ni. Dia menghidap penyakit jantung. Cukup kronik. Doktor pun tak mampu nak bagi harapan palsu lagi.
Setiap hari dia resah memikirkan nasib anak isteri.
Satu hari, dia pergi keluar ke pasar untuk belikan daging buat santapan keluarganya. Kebetulan, semasa di kaunter pembayaran, ada seorang lelaki tua juga beli daging yang sama dengan timbangan tak sampai setengah kilo (kg).
Pemuda tersebut saja lah beramah mesra:
“Pakcik beli sikit ni, pakcik tinggal sorang diri ya?”
Pakcik tersebut pun tersenyum:
“Eh takde lah. Pakcik ada 6 orang anak. Cuma ini saja yang pakcik mampu.”
Pemuda tadi rasa kesian, lalu dia belikan untuk pakcik tersebut 2kg daging untuk dibawa balik.
Sempat juga pemuda itu pesan pada peniaga kedai daging:
“Kalau pakcik tadi datang lagi, kau berikan padanya 4kg daging setiap bulan. Nah, aku bayarkan siap-siap.”
Maka pakcik ini bersungguh hati mendoakan rahmat & barakah bagi pemuda tersebut.
Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, doktor sahkan keajaiban telah berlaku. Pemuda itu sihat, seperti tidak pernah sakit pun sebelumnya.
Sebenarnya kisah sebegini tak pelik. Mungkin dalam kalangan kita pun pernah merasakan keajaiban ini. Manfaat sedekah ni pun memang sangat banyak.
Sebab tu Nabi pun pesan:
داووا مرضاكم بالصدقة
“Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah.”
[HR. Al-Baihaqi]
Tak Perlu Duit Banyak
Mungkin musim ramai orang susah ini lah Allah nak mudahkan kita untuk mencari orang yang susah di sekitar kita.
Tak perlu besar-besaran pun tak apa.
Tak perlu jauh-jauh.
Alang-alang pergi kedai beli lauk, tak salah belikan extra. Kemudian hulurkan kepada jiran-jiran. Itu pun dah mampu membuatkan air mata sesetengah di antara kita berhenti mengalir.
Kawan,
Sedekah ni tak perlukan duit yang banyak,
ia cuma memerlukan jiwa yang besar.
Mudah-mudahan, Allah berkati sedekah kita itu, Allah sembuhkan diri kita yang sakit, mak ayah yang sakit, anak yang sakit. Allah keluarkan kita daripada masalah yang kita sedang hadapi.
Walaupun dengan sebutir tamar.
Pintu 21, Masjid Nabawi.
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
#MadinahDiHati
MW: Pun begitu, kalau nak bersedekah kita jangan berkira-kira. Tak kisah walaupun sedikit, asalkan ikhlas.
Secara jujur, apa perasaan anda bila Ramadan berlalu pergi? Kita terpaksa menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadan yang akan datang. Banyak perkara boleh terjadi dalam tempoh setahun ini. Adakah kita bakal diberi kesempatan untuk bertemu Ram adan yang akan datang atau inilah Ramadan kita yang terakhir?
Muhasabah ini patut dinilai pada diri masing-masing. Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk umat Nabi Muhammad s.a.w, yang dianugerahkan khas oleh Allah SWT sebagai tanda kasih sayang-Nya.
Sesungguhnya agak malang bagi jiwa-jiwa yang tidak merasai apa-apa bila Ramadan berlalu pergi. Agaknya jiwa sebegini merupakan jiwa-jiwa yang dimatikan oleh Allah SWT lantas nikmat dan keagungan Ramadan langsung tidak berbekas di dalam hati-hati mereka. Jika kita dalam kelompok ini maka cepat-cepat lah beristighfar agar kejahilan dan kelalaian itu diampunkan dan hati ini dihidupkan kembali dengan sinaran cahaya iman dan takwa daripada-Nya.
Makna kehidupan sebenar
Mana mungkin Ramadan selama sebulan itu tidak memberi bekas kepada diri individu muslim mukmin kerana Ramadan dan segala keistimewaan yang ada di dalamnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kehidupan dunia hanya sementara serta sebagai jambatan menuju ke alam yang kekal abadi tersebut. Pecutan kehidupan Ramadan adalah pecutan menuju kehidupan akhirat dengan segala keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah SWT.
Matlamat kehidupan sebenar inilah yang diingatkan kembali oleh Allah SWT dan Rasul-Nya bila bulan Ramadan menjelma saban tahun. Peluang pengampunan segala dosa diberi seluas-luasnya. Kesempatan meraih ganjaran kebaikan untuk bekalan ke akhirat dilipat-gandakan hingga tidak terhitung banyaknya. Allah SWT melimpahkan segala sifat kasih-sayang (al-Rahman dan al-Rahim) dan keampunan-Nya untuk direbut oleh hamba-hamba-Nya yang sudi menerima tawaran yang sangat luar biasa.
Bila ditanya, apa kerinduan kita setelah Ramadan berlalu pergi? Kita sepatutnya sentiasa merindui rahmat, keampunan dan keselamatan daripada azab api neraka sepertimana hadis tentang Ramadan yang sering diperdengarkan, “Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka.”
Sudah tentu kita sentiasa merindui malam Lailatul Qadar kerana ganjarannya melebihi seribu bulan. Mana mungkin seseorang pasti boleh hidup hingga 1000 bulan!, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 – 3)
Maka fahamlah kita kenapa Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan bahawa sekiranya umat ini mengetahui tentang kebaikan-kebaikan yang Allah SWT sediakan pada bulan Ramadan, nescaya mereka mengharapkan agar sebelas bulan yang lain dalam setahun itu dijadikan seperti bulan Ramadan.
Budaya Beribadah
Bila mana berlalunya Ramadan, maka berlalulah juga segala keberkatan bulan ini. Namun perjuangan hidup perlu diteruskan. Apa yang tinggal untuk dihayati pastinya semangat positif serta hasil tarbiah yang dilalui sepanjang Ramadan, yang perlu dijana sebaiknya sebagai bekalan kehidupan.
Semangat positif inilah yang ingin dikekalkan. Individu menjaga anggota lahiriah dan batiniah daripada terjebak dalam tindakan negatif dan mungkar. Semangat untuk beramal amat tinggi. Terasa ringan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan menjadi budaya. Istiqamah beramal tanpa rasa letih dan jemu tidak kira siang atau malam.
Tarbiah Ramadan fokusnya adalah mendidik hati setiap insan supaya menjadi bersih dan lembut. Hati yang bersih akan dilimpahi sifat-sifat mulia dan positif. Hati yang lembut akan tersentuh dengan pancaran cahaya Ilahi hingga tunduk patuh mentaati-Nya sepenuh keikhlasan. Semoga Ramadan kali ini benar-benar terkesan dalam sanubari kita semua. Mudah-mudah kita direzekikan untuk bertemu Ramadan yang akan datang, insya-Allah.
Artikel disumbangkan oleh Dr. Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ Holistic Solution, yang juga penulis tetap ruangan Mencari Keredaanmu di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya. Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan masalah kesempitan hidup, dugaan dengan sikap suami mahupun anak-anak.
Surah Ghafir Ayat 44
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan segala masalah dapat diselesaikan.Pujuk hati agar tenang atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan baca Surah Ghafir ayat ke 44 ini.
Menurut Ustazah Asma Harun, apabila diuji sesuatu yang tidak dapat ditanggung menyebabkan hati tidak tenang bacalah ayat ini berulang kali sehingga hati benar-benar lapang. Sehingga sampai tahap walaupun dalam keadaan hati sedih dan terluka namun tetap boleh senyum dan bahagia, kerana menyerahkan bulat-bulat segala urusan kita kepada Allah.
Potongan doa daripada ayat Quran ini dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’Harun dalam Muhayya Telekung Talk yang dianjurkan Prof Dr Muhaya didalam Instagram beliau.Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat, mahupun dibaca setiap kali ketika sujud di dalam solat.
Bila hati rasa sedih, tak tenang.. Pesan Ustazah Asma Harun, amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 dalam sujud ketika solat. pic.twitter.com/GUAEA0nZbS
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.