zumba

Zumba merupakan program kecergasan aerobik yang mendapat perhatian ramai khususnya golongan wanita. Ia menggabungkan senaman serta tarian rancak yang mampu membuatkan kita mengeluarkan peluh. Ramai yang melakukan Zumba kerana beranggapan tarian ini bermanfaat untuk menurunkan berat badan.

Hakikat sebenar tujuan utama Zumba dicipta bukanlah untuk menurunkan berat badan. Menurut Beto Perez, pengasas seni tarian itu, Zumba dicipta untuk mencari keseronokan dan membuatkan rasa gembira sahaja.

Namun katanya, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari itu juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka.

Aktifkan Hormon Endorfin

Menurut Perez, aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira.Kata Perez lagi, kalau buat senaman biasa agak bosan. Dengan Zumba, dapatlah kita semua melakukan aktiviti yang bukan sahaja sihat malah boleh memberikan kegembiraan.

IKLAN

Sebenarnya ada empat teras utama dalam Zumba iaitu Salsa, Merengue, Cumbia dan Reggaeton.Setiap teras ni pula mempunyai 16 pergerakan dengan 25 variasi.Dalam kesemua teknik pergerakan itu, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.

“Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan”

“Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join,” katanya ketika sidang media dalam lawatannya ke Jakarta di Zumba Instructor Network (ZIN) Academy.

IKLAN

Bukan Untuk Turunkan Berat Badan, Tapi Ini Sebenarnya Tujuan Asal Tarian Zumba Dicipta!

Zumba Sewaktu Hamil

Menurut Perez, selebriti seperti Shakira turut menyertai aktiviti Zumba sewaktu hamil.Namun, dia menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan pergerakan berisiko tinggi, sebaliknya hanya memilih rentak tarian biasa sahaja demi menjaga kandungan.

IKLAN

Sebenarnya, selain ke studio tarian, mak-mak boleh juga berzumba hanya dari rumah. Banyak CD tarian zumba dijual di kedai, malah boleh juga mengakses video tarian Zumba di Youtube.

Jadi betulkan persepsi selama ini, berzumba bukanlah untuk menurunkan berat badan. Tujuan asalnya adalah untuk memberi keseronokan dan rasa gembira ketika melakukan tarian ini.Namun jika dilakukan secara konsisten dan betul, disamping menjaga kalori mengawal pengambilan makanan, tak mustahil mak-mak boleh menguruskan badan dengan berzumba!

Sumber: The Jakarta Post

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI