“Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi” itulah luahan Sherry Ibrahim sewaktu ditemubual ketika di majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 23 & Raya 2023 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Akui dirinya kurang selesa menjawab soalan berkaitan peribadi dan jika mahu ke arah perkahwinan dia akan berkongsi dengan umum.
Sherry yang sudah menginjak usia 40 tahun sentiasa diajaukan soal bila dia akan mengakhiri zaman bujang.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya yang turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
Kekal langsing namun Sherry akui dia teruja kerana berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” kongsi Sherry.
Baca Disini : ” Hijrah Itu Kenalah Ikhlas Sikit…” – Sherry Ibrahim
Sumber Foto : Ihsan Instagram Sherry Ibrahim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.