Semalam netizen dikejutkan dengan satu kes kematian bayi 4 bulan, Yusof Al-Baihaqi Zainal Abidin yang dikatakan disebabkan tersedak susu di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Bukit Baru Melaka, tetapi selepas dibedah siasat sebenarnya mangsa meninggal berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.
Laporan itu diterima selepas bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Melaka yang dijalankan selama kira-kira lima jam yang berakhir sekitar 1.05 pagi tadi, selesai dilakukan ke atas bayi tersebut.
Menurut kenyataan daripada pihak polis, tiada sebarang unsur jenayah mahupun berpunca dari tersedak susu seperti didakwa sebelum ini.
Apa pun pihak perubatan hospital masih meneliti rekod perubatan bayi tersebut untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mempunyai sebarang masalah sejak lahir.
Ads
Selamat Dikebumikan Di Kelantan
Jenazah bayi berkenaan telah diserahkan kepada kedua ibu bapanya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di negeri Kelantan.
Bayi malang itu menurutnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Mahligai Bachok, Kelantan kira-kira 9.40 pagi tadi.
Ads
Pihak polis juga akan merakam percakapan ibu bapa bayi tersebut yang merupakan anggota polis dan guru, bagi mengetahui sejarah kesihatan anak mereka itu.
Ads
Namun proses itu akan dijalankan selepas kedua-dua mereka pulang dari Kelantan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bayi terbabit, meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fatin Afeefa minta bekas suami bertanggungjawab. Pelakon yang kini sedang hidup bahagia dengan suami tercinta Aliff Awang berasakan tidak adil jika suaminya terpaksa menanggung perbelanjaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9.
Walaupun Aliff menganggap Ivy seperti anaknya sendiri namun Fatin berasakan tidak adil buat suaminya menanggung anak perempuannya Ivy sedangkan Ivy merupakan anak hasil perkongsian dirinya dan bekas suami, Adam Shahz.
Fatin Afeefa Minta Bekas Suami Bertanggungjawab
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Fatin memberitahu bekas suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuan mereka dengan sempurna.
“Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak.
“Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.
“Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan,” ungkap Fatin.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan kerdil. Mungkin nampak pelik dan tak kurang juga uniknya bila melihat pasangan seperti ini. Mulalah terbayangkan akan anak yang bakal dilahirkan itu sempurna atau mewarisi dari mak ayahnya.
Ada sesetengah berpendapat untuk tidak mempunyai anak bimbang seperti dirinya. Tapi mampukah pasangan kerdil seperti ini membina bahagia tanpa cahaya mata.
Tidak sesekali mengalah, itulah yang berlaku pada pasangan kerdil yang unik di tinggal di Australia. Kehidupan mereka bahagia bersama 3 anaknya, di mana anak pertama mewarisi genetik ibuny,a anak kedua mewarisi genetik ayahnya dan anak ketiga sempurna tiada masalah genetik.
Charli Worgan dan suaminya, Cullen Adams adalah pasangan dari Australia yang sangat unik.
Mereka berdua ditakdirkan jatuh cinta dan apabila berkahwin, mereka tahu bahawa mempunyai anak akan membawa kepada pelbagai kesusahan dalam hidup mereka.
Charli mempunyai achondroplasia, sejenis dwarfisme dan suaminya pula mengalami dysplasia acromicric, sejenis masalah pada tulang yang menyebabkan gangguan pertumbuhan dalam tubuhnya.
Seperti pasangan lain, Charli Worgan dan Cullen Adams mempunyai impian untuk menjadi ibu bapa, tetapi sekumpulan doktor menghalang dan dilarang keras untuk mereka menjadi ibu bapa.
Memandagkan pasangan ini tidak dilahirkan normal, pakar perubatan bimbang anak-anak akan mewarisi penyakit genetik dan menderita.
Salah satu daripaa pendapat yang negatif dari para doktor ialah kerana mereka berdua sangat pendek disebabkan oleh beberapa masalah genetik.
Jadi, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan satu atau dua masalah tersebut. Malah, ada juga mengatakan anak ini tidak akan hidup lama. Bukan setakat pakar tapi masyarakat sekeliling juga turut memberi reaksi yang buruk ketika Charli disahkan hamil.
“Kami berdua menerima banyak kritikan negetif kerana saya dan suami menghidap penyakit kerdil. Jadi, mereka mengatakan saya telah membuat pilihan yang mementingkan diri sendiri, mahu anak mewarisi kerdil dan kecacatan anak yang bakal lahir,” katanya.
Teruskan Kehamilan
Syukur, ketika disahkan hamil, Charli melalui prodes kehamilan pertama dengan baik. Namun, anaknya turut mengalami masalah yang sama. Tilba adalah anak perempuan pertama pasangan ini, dia mewarisi jenis dwarfisme dari ibunya
Walaupun anaknya mewarisi penyakit genetik tetapi Charli dan Cullen tetp berhasrat untuk menambah cahaya mata. Mereka membuat keputusan untuk mempunyai dua anak lagi.
Tully, anak perempuan kedua pasangan ini adalah anak yang sangat ceria, walaupun diua telah mewarisi masalah genetik dari bapanya.
Sesuatu yang luar biasa berlaku kerana Rip, anak ketiaga Charli dan Cullen tidak mewarisi genetik dari kedua ibu bapanya. Dia membesar, sempurna, tinggi seperti orang biasa.
Bukanlah Negatif
Walaupun dikatakan mengalami dwarfisme atau sebarang masalah genetik, ini bukanlah penentu nilai diri seseorang dan jangan sesekali melihat sesuatu yang negatif.
.
Seseorang yang mempunyai kecacatan fizikal atau tidak berhak untuk memenuhi impian bersama. Kini, Charli dan Cullen memilih untuk bahagia dan sekarang mereka mempunyai sebuah keluarga yang indah dan unik.
Kalau pergi ke negeri Kelantan, seronok tengok makanan murah-murah dan macam-macam barang menarik nafsu mak-mak ada dijual.
Tambah kalau ke Kota Bharu, dari kuih manis-manis, periuk, pakaian batik, dan sampailah barang rumah. Dijual dengan harga yang cukup berpatutan.
Bila tengok penjual, ramai lagi yang umurnya masih mudah tetapi gigih berniaga. Malah peniaga-peniaga ini akan sentiasa menjaga hubungan baik dan bertimbang rasa sesama mereka.
Jarang dilihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan peniaga yang berniaga di sebelahnya.
Ini 10 tip daripada saudara Baharuddin Mohamed tentang mengapa peniaga Kelantan boleh berjaya dan kota bharu pusat peniagaan yang hebat…
1. Saya sempat pergi ke beberapa kedai kecil penjaja dan kedai makan di tepi jalan bila bila saya di Kelantan. Mereka tidak mementingkan tempat berniaga tetapi asalkan barang laku. ‘ Bisnes mereka mudah’.
2. Mereka kuat beragama, asas itu menyebabkan barangan mereka jual dengan murah dan tidak mengambil banyak untung. Ramai orang beli dengan banyak.
3. Mereka peramah berniaga. Mereka menganggap semua orang yang datang kekedai mereka orang kaya.
4. Faktor kepadatan penduduk. Kelantan hanya dihuni hanya 1/3 dari tanah besar mereka. Bandar kecil semuanya menyokong kepesatan kota bharu. Perkara ini tidak berlaku pada kota negeri lain. Mereka membantu sama sendiri .
5. Ekonomi kota bharu bukan hanya datang dari industri tempatan . Ianya juga sumber datangnya dari anak mereka yang merantau mencari duit dan memberi balik ibu bapanya di kampung.
6. Orang kelantan merantau akan berpencen dann pulang semula di kelantan. Itu sudah budaya mereka dari turun menurun. Mereka yang pulang membawa idea dan duit dan melabur dikelantan. Indastri perumahan cemerlang disini.
7. Kegiatan berkumpul-kumpul menyebabkan mereka kuat dalam bidang ekonomi dan menyokong antara satu dengan yang lain.
8. Mereka pandai pusing duit. Duit runcit mereka dipusingkan beberapa kali dan membuat untung berganda.
9. Berniaga sebahagian dari hidup seharian mereka.
10. Mereka berazaman tinggi kerana sejarah kehidupan mereka. Oleh itu keyakianan diri mereka tinggi.
11. Kaya itu biasa, gagal itu pelik bagi mereka. Rumah besar – besar kereta menjalar, pandai berlaku… berniaganya hanya menjaja minyak gamat.
Tetapi bab harga itu jelas, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah.
Apa yang ketara, sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan. Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan. Ini realiti.
Hah, golongan mak-mak suri rumah pun berniaga dari rumah, nampak sangat jenis pandai cari duit!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!