Cabaran terbesar bila seorang ibu bekerja ialah mencari pengasuh untuk menjaga anak. Tolonglah faham semua ibu memang akan memilih anak berbanding kerjaya tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ini mak-mak terpaksa cari duit poket tepi.
Jangan disindir dan diperli kata tak tak sayang anak sebab kalau mampu, semua wanita yang punya anak nak jaga anaknya sendiri.
Ada sesetengah wanita terpaksa membuat pilihan sehingga ada antara mereka yang terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak demi mengejar kerjaya dan tidak kurang pula yang berhenti kerja semata-mata ingin memenuhi tanggungjawab kepada keluarga.
Sebenarnya tak salah pun jika seseorang wanita itu mahu mengutamakan kerjaya, tetapi kaum wanita perlulah bijak membahagikan masa tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
Dilema Waktu Keluar Bekerja
Pergi kerja otak asyik pikirkan anak, siap mesej pengasuh berkali-kali tanya pasal anak. Kadang kalau anak tak sihat, otak sampai tak boleh fokus hal kerja sebab asyik fikir kesihatan anak. Cuma mampu tengok gambar dan video anak lepaskan rindu, kemudian sambung kerja macam biasa. Punyalah sayang anak! Itu belum kira lagi mak-mak yang baru ajar anak minum susu botol.
Pagi hantar anak, tengah hari berlari-lari pergi rumah pengasuh sebab nak hantar susu badan. Allah… betapa gigihnya seorang ibu demi anak tersayang.
Bila pengasuh cuti, terpaksa seret anak ke ofis. Apa orang pandang, mak-mak dah tak kisah. Asal anak depan mata. Jadi janganlah anggap mak-mak bekerja hanya fikirkan pasal duit. Kita tak pernah duduk dalam kasutnya, mungkin dia terpaksa keluar cari pendapatan sebab nak bantu cukupkan ekonomi rumah tangga.
Usah ditanya kenapa wanita itu masih tak boleh tinggalkan kerjaya.
Niat Nak Berhenti Kerja
Mungkin ada sesetengah ibu bekerja pernah fikir nak berhenti dan jadi suri rumah sepenuh masa, tetapi risau pula takut tak mampu sediakan yang terbaik buat anak-anak. Ini bukan sebab nak mewahkan anak-anak dengan kehendaknya, namun bab pendidikan tebaik dan persekitaran yang elok buat anak. Untuk diri sendiri itu memang jadi nombor dua. Kalau ada lebih, baru mak-mak berhabis untuk diri sendiri. Itulah realiti hidup ibu bekerja. Keluar pagi balik malam demi masa depan anak-anak tersayang.
Me Time Kena Ada
Namun macam mana sibuk pun, mak-mak harus sedar bahawa kesibukan dalam menguruskan kerjaya haruslah diseimbangkan dengan tanggung jawab dalam menguruskan rumah tangga.
Agak-agak dah lelah, cuba curi masa bebaskan diri dari tekanan. Bukan nak kena joli sampai duit gaji entah ke mana tetapi cukuplah sekadar meluangkan masa di spa, membeli-belah, atau keluar bersama rakan-rakan.
Percayalah perkara ini akan membuatkan kaum isteri bekerja sentiasa rasa ‘gemuk hati’ untuk terus bekerja walaupun mempunyai tanggung jawab di rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI