Bukan Tak Nak Cantik, Slim! Cuma Ada Keterbatasan Bila Mak-Mak Utamakan Keluarga

Share

Sememangnya bukan tak nak cantik, tampil slim, cuma akan ada keterbatasan bila mak-mak utamakan keluarga melebihi dirinya.

Begitulah mak-mak, sebelum memenuhi kehendaknya dia penuhi dulu keperluan dan kehendak keluarga terutamanya anak-anak dan suami. Hal berkaitan dengan dirinya jatuh nombor dua dan dianggap tidak penting.

Kongsi Puan Farizal Radzali ini dan khas buat bacaan wanita yang bergelar mak-mak.

Bukan Tak Nak Cantik, Slim!

Mak-mak ini bukannya tak nak cantik, malah bukan tak nak diet, bukan tak nak slim melim macam anak dara. Cuma ada keterbatasan tanpa disedari.

Nak diet. Waktu makan dia tak makan, nak diet kan. Tapi dia tak sedar, masa masak, dia rasa. Tawar pulak, lepas tambah garam, rasa lagi. Eh, sedap pula. Nak-nak pulak kuah laksa atau kuah yang dia suka, mahu semangkuk dia kaut untuk ‘rasa’ saja.

Kalau ada orang lain ambil merasa sesudu saja pun, dia boleh pergi tambah ganti lain lagi sesenduk, untuk rasa saja. Bukan makan.
Masa anak kecil, dia suap makan. Dua suap anak dia, sesuap masuk mulut dia. Memanglah tak banyak tapi dia makan.

Bila anak sudah pandai suap sendiri, kalau nasi anak tak habis, dia sayang sangat. Dia tolong perabih. Susah cari rezeki sekarang ni weh.
Itu dia tak makan betul-betul.

Cuma Ada Keterbatasan Bila Mak-Mak Utamakan Keluarga

Bila sampai bab exercise pulak, dia memang hendak exercise, bukan tak nak. Bangun awal pagi, hendak joging kononnya, tup tup teringat nasi sejuk banyak dalam rice cooker. Goreng nasilah dulu. Lepas goreng nasi, bancuh air, anak dah bangun. Minta itu minta ini, time joging lepas sudahnya.

Berjalan pun satu exercise kan? Tapi kalau nak ikut exercise berjalan kaki ni, rasanya para mak lah yang berjalan paling banyak. Ke dapur, ke bilik sendiri, bilik anak, bilik air, halaman, tengok pokok bunga dia, sidai kain, banyaklah perjalanan mak-mak dalam sehari. Tak cukup berjalan, dia berlari pun ada, bila kejar anak dia, bila kejar kucing ambil ikan dia. Kononnya dah bersenam la tu kan.

Tahu tak, bersenam memang elok untuk badan. Tapi bersenam pun ada syaratnya. Senaman, perlu dengan hati yang tenang, fikiran yang nyaman. Bukan dengan macam-macam dalam kepala, nak masak apa, nak buat itu, nak buat ini. Tenang setenang-tenangnya.

Baca Juga Di Sini :

Selepas Dapat GAJI, Suami Utamakan Keperluan Sendiri Dahulu, Dituruti Isteri, Anak, KEMUDIAN Keluarga

Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”

Isteri, Nampak Lembut Tapi Dalamannya Cukup LUAR BIASA, Berkorban Demi Keluarga, Hargailah

Selepas Kahwin, Suami Kena PIKUL AMANAH Utamakan Perbelanjaan Isteri Dan Anak Dulu

Utamakan Yang Penting

Bila keluar berjalan-jalan, bukan mak-mak ini tak teringin hendak melawa, pipi blusher, dengan eyeshadow, bibir bak delima merekah, baju match dengan tudung, baju terletak di bahu, dengan brooch cantik berklip dekat tepi bahu. Nak, mereka nak.

Tapi masa mereka habis menyiapkan anak, bukan siapkan diri. Kalau dah bersiap lawa kang pun, dekat tengah jalan, anak hendak beraklah, minum air tumpah la, baby mengamuk habis ditarik semua tudung baju bagai, sampai senget brooch ke mana, apa ke mana dah.

Dia berada di satu tempat di mana dia perlu memilih, kekemasan dirinya atau keselesaan anak-anaknya. Maka dia pilih keselesaan anak-anaknya.

Mak-Mak Perlukan Tenaga Mencukupi

Lagi satu, mak-mak ini kerjanya banyak. Dia perlukan tenaga yang secukupnya untuk buat semua kerja hariannya. Badan setiap orang tak sama. Cara diet paling mudah ialah elakkan makan atau minum bahan bergula.

Tapi ada sejenis orang yang perlukan lebih gula dari orang lain. Kalau kurang gula dalam badannya, dia mudah pening. Jadi, carilah diet cara lain. Jangan ikut cara orang lain, sebab lain badan lain ragamnya. Tak salah mencuba, tapi jika memudaratkan, hentikanlah. Cuba setakat mampu.

Lepas ini akan ada yang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Menipulah kalau kata seorang wanita berdalih untuk jadi cantik, sebab itu naluri semulajadi seorang wanita.

Tak Perlu Ikut Cara Orang

Andai kita seorang yang mampu, jangan diperlekehkan pada yang tak mampu. Kita boleh memberinya cara, dia nak ikut atau tak, dia yang tahu sebab dia yang menjaga keluarganya.

Ada yang kata tak kisah keluar tak mekap, pedulilah apa orang nak kata. Mungkin anda seorang yang sudah sedia cantik. Perasaannya tak sama dengan orang yang rasa dirinya tak cantik, walaupun cantik itu adalah sesuatu yang subjektif. Kerana namanya wanita, dia tetap sukakan kecantikan.

Biar Orang Lain Yang Sakit

Wahai mak-mak, jagalah diri kalian. Bak kata mak saya, biar ahli keluarga lain sakit, mak pasti boleh jaga semua. Tapi jangan mak yang sakit sebab tiada siapa boleh jaga semua sebagaimana seorang mak menjaga semuanya.

Saya doakan, moga semua mak-mak di luar sana, sentiasa sihat, dilindungi Allah dalam hidup dan hatinya, sentiasa kuat menangani kehidupan yang makin mencabar dan dianugerahkan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin.

Farizal Radzali

Mingguan Wanita : Sesungguhnya besar jasa dan pengorbanan mak-mak dalam membesarkan anak-anak. Semoga syurga balasannya pada setiap penat lelah yang selama ini mak-mak curahkan.

Sumber : Puan Farizal Radzali

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat