Macam-macam bunyi pasal isu PTPTN bila, ada yang mampu OK lah. Tetapi bagi golongan yang banyak tangunggan dan gaji cuku-cukup makan, pasti rasa terbeban.
Memang lah hutang wajib dibayar, namun mungkin ramai netizen ada dalam situasi macam yang Cikgu Mohd Fadli Salleh gambarkan ini. Baru merasa gaji mahal, tetapi terpaksa potong jumlah yang agak banyak. Tambah pula, campur dengan hutang lain lagi.
Patutlah Mengeluh Dengan Isu PTPTN
Jika pun mahu mengejar yang liat, tidak sepatutnya menzalimi yang taat.
Kecoh betul sejak semalam tentang pengumuman dari PTPTN bahawa bermula tahun depan potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual di bawah.
Aku faham, kerajaan perlu kutip balik hutang yang dipinjam oleh peminjam. Namun cara paksaan begini tidak patut memandangkan tiada perjanjian hitam putih ini caranya kutipan hutang akan dibuat semasa hutang diberi dulu.
Mengejar yang liat membayar itu bagus. Namun pemotongan secara paksa ini sangat tidak adil kepada mereka yang konsisten membayar setiap bulan.
Yang dah menjadualkan Potongan Gaji Bulanan melalui pakej Ujrah yang diperkenalkan dahulu, golongan ini dah pun membayar secara konsisten.
Aku tidak terlibat pun dengan PTPTN. Tidak pernah meminjam dari PTPTN walau seringgit. Namun keluhan dan rintihan kawan-kawan dan sanak saudara itu turut aku simpati sama.
Ads
Jika benar mahu buat jadual, sepatutnya selaraskan peratusan potongan. Bukan makin meningkat dan mencekik seperti ini.
Selaraskan semua pihak bayar 3% dari gaji. Yang gaji RM3000, bayarlah RM90. Yang gaji RM5000, bayarlah RM150.
Bukan Tak Nak Bayar Tapi…
Umum tahu, kerja kerajaan kenaikan gaji tahunan tidaklah besar. Kerja hampir 10 tahun baru dapat merasa gaji RM4000-RM5000.
Masa gaji begini ramai yang membeli rumah. Potongan pinjaman peribadi untuk baiki rumah mak ayah, bantu mak ayah pergi haji pergi umrah, bebanan segala bil utiliti, kenderaan dan sebagainya masih sarat dibahu.
Malah, 10 tahun selepas kerja ni bilangan anak-anak mulai bertambah. Kalau pun gaji RM4000, anak pula 5 orang. Hidup pula dikotaraya. Memang terasa sangat sesaknya. Yang merasa, pasti faham.
Ads
Jika sebelum ini mereka telah pun membuat PGB sebanyak RM150 sebulan, tiba-tiba bermula bulan depan terus naik kepada RM479, ini sangat-sangat membebankan.
Potongan lebih RM300 ringgit berbanding sebelumnya pasti sangat dirasai oleh golongan yang baru sahaja nak stabil kehidupan mereka.
Isu PTPTN jika tidak diselesaikan dengan berhemah, aku berpendapat akan memberi pandangan buruk pula pada kerajaan.
Seperti aku kata, tidak salah mengejar yang liat. Namun tolonglah jangan menzalimi yang taat.
Realiti Hidup Di Kota
Ini ialah jadual berdasarkan data dari Bank Negara Malaysia tentang anggaran awal gani kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016.
Ads
Pendapat wajar ini adalah berdasarkan kos minima yang memenuhi 3 ciri utama kehidupan di Kuala Lumpur iaitu :
1. Bersosial bersama masyarakat.
2. Mempunyai perkembangan hidup, individu dan keluarga.
3. Bebas daripada tekanan kewangan.
Katakan jumlah pendapatan isi rumah RM6500 dan punya anak 4 orang.
Selepas tolak semua bil, sewa rumah, ansuran kereta, ansuran motor, potongan angkasa, nafkah isteri, tabung haji, bagi mak ayah kat kampung, PGB Ujrah PTPTN, duit pengasuh, hutang Coway, kos barang make up bini, ansuran tupperware, duit kutu, minyak kereta, tol, duit dapur, dan seribu satu mak nenek lagi yang perlu dibayar secara tetap setiap bulan, maka baki akhir yang ada untuk kehidupan kadangkala tak cecah seribu pun.
Anak-anak ajak pergi Legoland, bini ajak pergi bercuti pun menung panjang memikirkan baki di bank.
Tambah-tambah cuti sekolah banyak pula jemputan kahwin, jenis salam kaut pula tu. Lagi haru.
Kehidupan di kotaraya tidak seindah yang disangka. Sungguh!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan Drama Nur menjadi fenomena lantaran memaparkan jalan cerita yang berbeza yang berjaya menarik perhatian ramai.Malah Drama Nur telah memenangi pelbagai anugerah dalam Anugerah Skrin ke 22 dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6, yang berlangsung baru-baru ini.
Susulan kejayaan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Shahrulezad Mohameddin telah menyambung Nur 2 sebanyak 15 episod dan ia mula ditayangkan pada 2 April lalu.
Namun setelah beberapa episod disiarkan, penonton yang menyaksikan drama ini mendakwa bahawa terdapat kandungan babak yang ditayangkan dalam Nur 2 dianggap ‘panas’ dan ‘over’.Malah merasakan ia tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.
Menjawab persoalan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Drama Nur 2 telah memberi penjelasan berikut;
“Mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur2 diklasifikasikan sebagai PG13 untuk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U dan ada sebab jugak kenapa drama Nur2 ditayangkan pada slot Samarinda jam 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang.”
“Terus terang cakap Nur2 yang mengisahkan dunia pelacuran yang sama sekali tidak sesuai untuk tontonan kanak kanak. Remaja maybe itupun mak bapak kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak anak especially berkaitan tentang sex education dan sebagainya. Abam bukan buat drama Nur2 ini untuk kanak kanak.”
“Mak bapak kena bertanggungjawab sama dalam mengawal content untuk anak anak mereka. Content untuk kanak kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan orang dewasa especially pada jam 10 ke atas.”
“Jangan bandingkan dengan Nur1. Nur1 watak utamanya ialah seorang pelacur yang membenci kariernya sebagai pelacur dan sehabis baik untuk keluar dari dunia itu sebab tu ianya mendapat kategori U.”
“Manakala dalam Nur2 watak Juita sebagai antagonis adalah seorang yang merasakan tidak apa jadi seorang pelacur. Apa yang Juita lakukan dalam kereta tu adalah lumrah dan normal bagi seorang pelacur. So kalau kita rasa tak selesa dengan imej sedemikian abam cadangkan pada penonton budiman sekalian sila jangan tonton. Itu adalah sebaik baik tindakan. Pilihan di atas diri kita sendiri.Harap maklum.”
MW: Ini penjelasan panjang lebar daripada Pengarah dan penulis skrip Shahrulezad Mohameddin. Jadi mak ayah buatlah pilihan bijak, meskipun sarat dengan pelbagai pengajaran drama ini tidak sesuai ditonton bersama anak-anak yang masih kecil.
Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” begitulah antara komen yang diberikan oleh warganet apabila Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi kisah gembira menerusi hantaran foto di Instagram apabila menerima menantu sulung.
Pengacara dan penyampai radio popular itu menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir,25, selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan dikenali Sham semalam.
Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung
Tuan punya badan juga berkongsi ramai yang pihak terkejut apabila dia sudah menerima menantu di usia 48 tahun selain ada kenalan yang mengalirkan air mata ketika majlis pernikahan berlangsung.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Shiera bersyukur anak sulungnya, Allisya sudah bernikah.
Untuk rekod Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.
“Apabila Allisya minta izin untuk berkahwin, saya bersama ahli keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Tapi sejak semalam ramai yang terkejut apabila saya sudah menerima menantu.
“Saya bersyukur dan seronok apabila majlis pernikahan berjalan lancar. Walaupun ramai kenalan yang hadir menjangkakan saya akan menangis, tapi semua itu tak berlaku.
“Sebaliknya rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata dan berkongsi debaran mereka apabila perlu melepaskan anak dan menerima kehadiran menantu satu hari nanti,” kongsinya.
Anak dan menentunya juga bakal berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga suaminya yang memiliki inap desa selain menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.
“Allisya memang sudah buat pilihan untuk tinggal di Pulau Tioman bagi menguruskan perniagaan kakak kepada suaminya yang mempunyai inap desa.
“Menantu saya ini memang orang pulau. Dia lahir dan dibesarkan di Kampung Salang, Pulau Tioman.
“Jadi dia sendiri pun memang memandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling,” sambungnya.
Jika anda masih ingat tentang kisah seorang pemuda bernama Acap, atau nama penuhnya Mohammad Ashraf Hassan yang hilang ketika mengikuti larian Gopeng Ultra Trail 2019, di Gua Tempurung.
Kehilangannya yang penuh misteri sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) jasad Acap dilakukan berbulan-bulan lamanya. Baik oleh unit penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), badan bukan kerajaan (NGO), orang awam yang turut melibatkan mereka yang ahli dalam kehilangan ghaib ini.
Denny Lang masih setia mencari adiknya, Acap yang masih hilang.
Ramadan kali ini sudah masuk tahun kedua Acap hilang. Begitu pun abangnya, Denny Lang masih tetap setia, mencari adiknya di Gua Tempurung tanpa sedikitpun putus harap.
Apabila negara dilanda wabak Covid-19 dan mula melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, ibu Acap, Siti Maznah Khamis juga dalam kesibukan membantu negara menghadapi kekalutan wabak pandemik.
Malah pertengahan April lalu, Denny Lang kongsikan ibunya sibuk dengan menyediakan baju PPE untuk dipakai petugas-petugas hospital pada waktu itu.
Abah lipatkan baju tu.. pergh! untung.
Jahit Baju PPE, Cara Mak Luahkan Rindu Pada Acap
Kata Denny, mungkin itu salah satu cara untuk ibunya lepaskan rindu pada anak yang sekian lama tak dapat didakap lagi.
Sebelum ini, adiknya itu pernah bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor.
“Mungkin ni antara cara mak nak lepaskan rindu. Petugas-petugas hospitak dijahitkan baju PPE kepada mereka. Mak ambil raw item dan jahitkan untuk kegunaan jururawat dan doktor secara sukarela. Tak perlu bayar.”
Bukan saja tidak mahu terima upah, malah ketika menghasilkan baju berkenaan tahap kesihatan ibunya ketika itu diuji dengan masalah jantung. Membuatkan kondisi kesihayan ibu tak berapa memuaskan.
“Semangat mak betul-betul menginsafkan saya.” Luahnya sebak. Dalam pada itu, Danny juga berkongsi perbualan wasap antaranya dengan ibu tentang usaha yang ibu lakukan ketika itu.
Isteri dan anak Acap.
Kehilangan Acap ini juga meninggalkan seorang isteri, Hamizah Mohd Ali dan anak perempuan, Aisyah.
MW : Mendoakan semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian kehilangan yang getir.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...