Bercinta dan kemudian berkahwin bertahun lamanya, sudahnya kasih, cinta dan sayang kepada pasangan makin subur. Namun hubungan perkahwinan ini melibatkan dua pihak, jika satu pihak bertahan dan lagi satu pihak seoral-olah tidak berusaha untuk mengukuhkan ikatan, maka pengakhirannya pasti “berpisah.
Sebenarnya bukan kita tak mampu berpisah dan move on, tetapi dalam masa yang sama kita masih meletakkan harapan pada suami, dia akan berubah suatu hari nanti dan kembali di sisi kita seperti dahulu.
Tanda-tanda sesebuah hubungan sudah sampai ke penghujung jalan…
1. Orang yang buat salah, tak nak mengaku kesalahannya dan mengalihkan kesalahan itu kepada orang lain yang dikatakan punca dia melakukan kesalahan.
Ads
2. Tiada komitmen dari dirinya untuk memperbaiki, memperbetulkan kesilapan itu lalu memanfaatkan peluang yang diberi.
3. Hilang kepercayaan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan sentiasa curiga, ragu-ragu serta waspada dengan setiap gerak-geri dan tingkah lakunya.
4. Masing-masing sudah tak bergaul seperti kebiasaannya. Masing-masing sudah tak mampu berhadapan sesama sendiri. Masing-masing lebih memilih untuk menyendiri.
Ads
5. Usaha untuk memperbaiki hubungan itu datang dari sebelah pihak sahaja.
Benda yang paling susah untuk dilakukan bila kita sudah sayangkan seseorang itu ialah berpisah… Berputus asa bahawa dia sudah berubah, dia sudah bukan dirinya yang dulu, dia sudah ada matlamat dan hala tuju yang lain, yang mana mungkin bukan kita yang akan terus berada di sisinya…
Pergi Dari Hidupnya
Sekiranya dia sudah menganggap kita bukan dari sebahagian dari rancangannya, maka saat itu kita perlu sedar untuk pergi dari hidupnya…
Ads
Kita tak boleh suruh dia stay sebab dia nak pergi… Kita tak boleh suruh dia ubah fikiran sebab dia memang tak akan ubah fikiran…
Kelemahan kita bukanlah tak boleh meninggalkannya, tapi kelemahan kita adalah masih meletakkan harapan terhadap dirinya…
Jika kita cukup kuat untuk mengubah hala tuju hidup kita, maka kita akan berjaya untuk hidup lebih baik dari sebelumnya…
A few months of sadness is better than a lifetime of pain…✌️
MW: Jika tak sayang sekali pun berterus-teranglah pada pasangan. Ingatlah bahawa sebelum ini, dialah yang anda puja dan sayang siang, malam. Bukan mudah setelah bertahun kahwin, tiba-tiba perkahwinan diuji dan suami rela memilih orang lain. Jadi wanita di luar sana, bila orang tak suka apa guna memaksa. Move on jika ia adalah jalan terbaik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya, rezeki suami isteri bukanlah terletak pada gaji hasil mereka bekerja. Kadang-kadang, ia datang dalam banyak bentuk. Anak yang ramai, tidak kedekut dengan keluarga dan bersedekah.
Ini mungkin menjadi salah satu rezeki semakin bertambah. Malah, tidak mustahi, gaji yang banyak boleh habis sekelip mata sehinggakan kita sendiri tidak tahu ke mana perginya.
Jika keadaan di mana, suami isteri merasa rezeki selalu tidak cukup, kena tengok kembali apakah hubungan kita dengan pasangan, anak-anak dan orang terdekat. Mungkin inilah yang boleh menjadi kaitan tentang hal ini.
Salah satu hilang rezeki suami isteri mungkin boleh dikatakan kerana selalu gaduh. Kita anggap ini mungkin perkara kecil tapi ia turut dikaitkan juga. Ada beberapa lagi perkara yang turut dikongsikan oleh megat naif. Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita.
Sebenarnya, ramai ustaz, ustazah & pakar perunding keluarga berkongsi tentang hal ini untuk peringatan bersama.
Jadinya, sebagai seorang suami, ayah & juga anak tiba-tiba rasa terpanggil nak berkongsi perkara yang sama supaya ramai yang dapat manfaat. Saya cuba kongsikan 7 perkara tersebut.
1. Selalu Bergaduh
Jangan gaduh-gaduh suami isteri. Lebih-lebih lagi hal duit. Bawa berbincang & duit boleh dicari. Bila suami isteri tidak ada persefahaman maka rezeki susah nak masuk.
2. Mengeluh & merasakan anak-anak sebagai beban hidup.
Anak-anak merupakan rezeki dari Allah. Ada orang tiada rezeki peroleh anak walaupun sudah lama berkahwin. Kita yang dah ada anak ni?
Anggap anak sebagai beban pula. Sepatutnya, kita sebagai ibubapalah yang perlu berusaha mencari rezeki untuk anak-anak. Ingat, doa anak-anak soleh & solehah membawa kita ke syurga.
3. Bakhil dengan isteri & anak-anak
Janganlah terlalu berkira untuk keluarga. Kena ada persefahaman. Rezeki kita bukanlah semuanya hal kita.
Sebahagiannya adalah rezeki anak dan isteri kita. Sebahagian lagi rezeki orang lain juga contohnya zakat, sedekah dan lain-lain. Allah beri rezeki untuk dikongsi bersama.
4. Gagal kawal emosi & suka marah
Pakar pesan, gunakan kata-kata & nada yang baik, lembut bila bersama suami, isteri & anak-anak. Ingat mereka inilah punca rezeki kita luas.
Tanam sifat kasih sayang dan layanan mesra bersama keluarga tercinta.
5. Lagi-lagi mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki
Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada & apa yang kita terima kerana syukur kunci pintu rezeki berganda.
6. Kurang sabar atau panas baran
Banyakkan bersabar dalam menangani karenah & perangai suami, isteri & anak-anak. Cuba fahami keadaan mereka.
Mungkin stress kerja, belajar atau lain-lain. Cuba cari jalan damai. Pasti boleh.
7. Kurang berdoa
Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Doakan yang baik-baik untuk diri & keluarga. Saling ingat sesama keluarga yang doa itu penting. Berdoalah! Mohon hajat.
Sekian,
Terima kasih
Si suami, ayah & anak
#MegatNaifShare
#MegatNaif
MW: Salah satu yang suami isteri kena ambil noted, tentang suka marah dan kawal emosi. Kadang-kadang, anak tak dengar dan buat perangai mulalah mak ayah naik darah. Inilah juga kena perbetulkan. Anak-anak ni, mereka sengaja cari pasal sebab nak perhatian daripada kita. Kena jaga-jaga mak ayah.
Siapa patut jaga suami terlantar & masa sama isteri kena keluar kerja cari nafkah? Mufti beri pencerahan. Tidak semua diuji dengan kesihatan yang baik. Ada diuji dengan sakit kronik dan terlantar sepanjang masa sebelum dijemput Illahi.
Dalam pada itu, jika suami yang sakit, siapa patut menjaganya dan di masa yang sama, isteri perlu keluar bekerja? Dan mungkin lebih teruk semasa sihat, suami tidak mempedulikan anak isteri dan baru kembali ke rumah selepas diuji dengan kesakitan.
Siapa Patut Jaga Suami Terlantar
Siapa yang harus menjaganya. Dengarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
Saya terpaksa bekerja menanggung 7 orang anak masih lagi kecil. Suami seorang yang tidak menunaikan tanggungjwab zahir dan batin terhadap isteri dan anak-anak semasa sihat dan berjaya. Malah suami juga menghilangkan diri tanpa melaksanakan tanggunjawab selama lebih setahun. Persoalannya, siapakah yang wajib menjaga suami ketika sakit saat isteri bekerja sedangkan suami masih mempunyai adik abang dan ibu atau pun perpisahan jalan penyelesaian?
Jawapan :-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Para fuqaha bersepakat menyatakan tanggungjawab memberi nafkah kepada ahli keluarga merupakan kewajipan suami [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/277]. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya:Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (Surah al-Talaq:7)
Berbalik kepada soalan yang diajukan, kami bahagikan kepada dua isu iaitu pengabaian nafkah oleh suami dan persoalan individu yang sepatutnya menjaga suami sakit saat isteri bekerja.
Merujuk isu pertama, suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin terhadap isteri dan anak-anak semasa tempoh sihat dan berjaya serta menghilangkan diri selama lebih setahun. Berdasarkan situasi tersebut, isteri layak untuk menuntut fasakh. Hal ini berdasarkan peruntukan AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 seksyen 52 (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun; (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan; (d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun.
Merujuk isu kedua, sekiranya pihak isteri ingin meneruskan perkahwinan ketika suami terlantar sakit. Maka, siapakah individu yang sepatutnya menjaga suami sakit? memandangkan isteri perlu bekerja bagi menggalas tanggunjawab pembiayaan nafkah keluarga. Oleh itu, kami nyatakan beberapa syor dan cadangan berikut:
Pihak isteri perlu mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga pihak suami yang melibatkan ibu mertua serta adik beradik suami untuk menyusun jadual waktu menjaga suami yang terlantar sakit.
Waris keluarga pihak suami mempunyai peranan untuk melangsaikan nafkah terhadap anak-anak yang masih kecil apabila suami tiada upaya dan jatuh sakit. Bahkan pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, mereka yang mempunyai pertalian darah dengan suami perlu turut mengembleng usaha membantu daripada sudut teknikal mahupun memberikan sokongan moral serta bantuan kewangan.
Pihak isteri memohon pengecualian kepada majikan untuk pulang awal bagi menguruskan hal ehwal anak-anaknya serta menjaga suami yang terlantar sakit.
Sekiranya gaji isteri tidak mencukupi untuk menanggung keluarga mahupun kos rawatan suami maka disarankan untuk memohon bantuan baitulmal. Namun, pihak isteri diharuskan mengambil duit simpanan suami bagi mencukupi kadar keperluan isteri dan anak-anaknya berdasarkan hadis yang telah dikemukakan .
Pada hakikatnya, tiada kewajipan isteri menanggung suami, namun ia hanya sebagai sumbangan ikhlas seorang isteri serta satu pengorbanan yang sangat besar. Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab menyara keluarga disamping menjaga suami yang terlantar sakit. Ia memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani dalam pengurusan hal ehwal rumahtangga yang hanya terletak pada bahu isteri. Tidak dinafikan, pasangan suami isteri mempunyai hak masing-masing namun atas dasar toleransi dalam perkahwinan pihak isteri memilih untuk terus berkhidmat pada suami yang terlantar sakit.
Bacaan tambahan berkenaan nafkah, sila rujuk beberapa artikel kami seperti berikut:
Al-Kafi #1290: Suami Membiarkan Isteri Menanggung Nafkah Keluarga Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-175: Tinggal Isteri Tanpa Nafkah, Adakah Jatuh Talaq Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-289: Hukum Suami Tidak Bekerja Dan Menjadi Suri Rumah
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bercerai, mula pasangan bawa haluan. Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami wajib beri nafkah dan tanggungjawab isteri seperti biasa.
Tapi bila ikut nafsu, perasaan masing-masing seakan membenci dan kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Sampaikan ada yang kena halau dari rumah sebab mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami isteri kena tinggal bersama, wajib beri nafkah dan lakukan tanggungjawab seperti biasa. Sebab inilah waktu untuk mengimbas kenangan manis bersama dan mungkin boleh membuatkan pasangan bersatu kembali.
Antara perkongsian video oleh Ustaz Azhar Idrus mengatakan perempuan itu masih lagi isteri dan wajib diberi nafkah seperti biasa dan tanggungjawab isteri tetap sama.
Semua ini masih boleh tinggal sebumbung dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Haram.
“Duduklah berdua ketika ini kerana masa ini boleh jadi hubungan bertambah baik dan rujuk kembali. Lakukan kehidupan seperti biasa KECUALI melakukan hubungan intim. Tidak boleh tidur bersama.
Mingguan Wanita : Suami isteri jangan terlalu mengikut perasaan. Fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Mudah-mudahan, dapat baik kembali.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...