Kunyit hidup baik ubinya mahupun daunnya memang banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, masak lemak dan sebagainya sebagai penambah aroma. Boleh dikatakan bahan wajiblah beli setiap beli barang dapur di pasar.
Padahal bukan susah pun nak tanam kunyit hidup sendiri di rumah, dua minggu lebih dah boleh petik daunnya, guna dalam masakan. Jimat belanja dapur.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Cikgu Shariful Fadzli ini, sebagai salah satu aktiviti bercucuk tanam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dua minggu tanam dah boleh dapat hasilnya.
Berikut perkongsian tersebut;
Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni!
Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan. Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!
Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide. Cikgu Sho telan je. Hehe
Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi.
1. Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying plak!
Ads
2.Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.
3.Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu. haha. Kesian dia nampak macam sunyi kan? Nasib baik beli kunyit 2 ketul. Boleh lah buat teman.
Ads
4.Pastu masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti.
5.Kambus. Tanam dan kebumikan dia.Lepas tu jirus air tau.
6. Siram lah air paling kurang 2 kali sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akan ganggu pH tanah. Rosak nanti.Baja apa nak guna, paling takde baja, guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.
Ads
Kena jaga betul betul. Siput babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho.
Setiap tanaman ada cara dan kaedahnya yang tersendiri.Rupanya tanam kentang tak perlukan tanah yang luas. Jika mak-mak nak cuba tanam kentang, sebaiknya tanam dalam pasu dan guna pasu yang lebih tinggi. Bila naik anak pokok, atau pucuk baru barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit. Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dan boleh tuai hasilnya. Segar dari kebun sendiri.
Boleh ikut tip tanam kentang dalam pasu seperti yang dikongsikan oleh Puan Zienie G-nie ini;
“Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya”
Cara-Caranya:
Potong separuh kentang dan rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bagi cepat keluar akar. Cucuk dengan lidi supaya tak terendam habis, nanti busuk tak keluar akar. Saya guna 4 biji kentang dibelah dua.
2.Bila dah naik tunas tanamkan dalam pasu, letak tanah 1 inci lepas tu letak kentang.
3. Tutup dengan tanah sikit, bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Saya siram sehari sekali dan saya tak letak baja cuma masa tanam saya ada campurkan tanah sawit.
Info Ekstra!
Waktu terbaik tuai ubi kentang sebaiknya tunggu daunnya mula menguning di bahagian bawah. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar.Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.
Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
Mula-mula tanam tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba tanam kentang sendiri di rumah. Seronok bila tanam menjadi. Tuai segar dari kebun sendiri.
Kulit pisang dan kulit telur banyak kegunaannya yang ramai terlepas pandang. Kedua-dua bahan yang dianggap ‘tidak berguna’ ini boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Siapa sangka disebalik kecantikan Bunga Siti Zubaidah atau lebih dikenali Hydrangea, rupanya getahnya mengandungi racun berbisa. Bahaya kesannya boleh akibatkan masalah kesihatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun, ada tanam pokok ini semoga lebih berhati-hati iya.
Berikut pendedahan Trivia yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negarasebagai rujukan;
TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Kesannya
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Cara Kendalikan
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Soal/Jawab
1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?
TIDAK, jika terkena cecair/getah baru ada risiko keracunan.
2 . Jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?
Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena sebersih-bersihnya dengan air dan sabun terutamanya sebelum makan dan minum.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok Hydrangea semoga lebih berhati-hati iya. Elakkan terkena cecair atau getahnya. Segera cuci tangan sebersihnya dengan air sabun selepas mengendalikan bunga atau pokok ini.
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...