Ada majlis kenduri kendara, kebiasaannya jika ada lebihan lauk pusat tahfiz, anak-anak yatim dan pusat-pusat kebajikan akan menjadi tempat untuk tuan rumah bersedekah. Niat untuk berkongsi rezeki dan mengelakkan pembaziran itu memang baik, namun perlu pertimbangkan juga ‘keadaan’ makanan itu sewaktu dihantar. Adakah benar-benar masih elok atau sebaliknya. Sebaik-baiknya jika ingin bersedekah adalah dalam keadaan yang terbaik.
Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir. Tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang, pukul 7 sudah basi dan berbuih.
Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dari lauk-lauk basi ini. Malah pagi-pagi buta lagi pelajar-pelajar tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?
Hampir tiap-tiap minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa, akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.
Saya pernah menyebut dalam kuliah-kuliah saya tentang perkara ini berkali-kali. Namun ada suara-suara mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul-betul ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan.
Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.
Alhamdulillah anak-anak tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang-kadang ada juga orang yang upah katering 2, 3 malam berturut-turut untuk jamu anak-anak syurga ni.
Tak kurang juga yang sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan macam-macam bahan mentah untuk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli-ahli quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri.
Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung-hujung hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan-tuan dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn
-Mudir TAHFIZ
Baca Lagi Di Sini:
Orang Suka BERSEDEKAH, Janji Allah Harta Tak Akan Berkurang Tetapi Makin Bertambah!
Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ambil iktibar teguran ini. Sebaik-baiknya jika ingin bersedekah, berilah yang terbaik. Tak salah beri lebihan lauk yang masih elok, dipanaskan terebih dahulu, bukan lebihan yang kita sendiri dah tak lalu nak makan.
Sumber: Rosya Mila