Ismail Hamid

Jika ditakdirkan adakah anda sanggup merelakan pasangan anda berkahwin dengan salah seorang adik beradik? Begitulah persoalan yang begitu berat untuk diberikan jawapan oleh setiap wanita. Istilah ‘ganti tikar’ ini popular di kalangan masyarakat Melayu, dek kerana itu Mingguan Wanita Talkshow hari ini sempat menjemput beberapa tetamu untuk membincangkan mengenai topik ini.

Tetamu undangan yang juga seorang bapa yang berpengalaman berkahwin ‘ganti tikar’ Encik Ismail Hamid dan anak perempuannya Norshuhada Ismail berkesempatan bertandang ke studio dan berkongsi kisahnya.

“Bukan Sesuatu Yang Mudah, Saya Kahwin Dengan Adik Ipar Demi Anak-Anak” Ismail Hamid
Ketika bersiaran tengahari tadi..

“Anak-anak yang suruh saya berkahwin dengan Maksu mereka.Tapi bila dah berkahwin anak-anak tak dapat terima. Anak-anak tiri masih panggil saya Pak Teh lagi sampailah hari terakhir mak diorang meninggal dunia.

IKLAN

“Pada saya ‘ganti tikar’ bukan sesuatu yang kerap berlaku. Dengan kawan-kawan atau masyarakat tak ada masalah mereka sangat support. Bila datang pada famili lepas setahun berkahwin saya tak nampak kebahagiaan itu.

“Saya sendiri masih teringatkan arwah isteri pertama sememangnya susah nak lupakan sebabnya kami sudah hidup bersama selama 43 tahun. Apabila berkahwin dengan adik ipar paling bongsu, bukan sesuatu yang mudah. Saya mencuba demi anak-anak. Malah saya tak ada perasaan untuk sentuh dia, saya rasa bersalah pada diri sendiri. Saya cuma nak semua orang gembira. Saya tak minum atau makan seorang diri, saya lebih memilih jaga hati anak-anak. Saya tak gembira sebab anak-anak tak genmbira,” kongsi Ismail.

IKLAN

“Terasa Ayah Jauh Dengan Anak-Anak” Norshuhada

IKLAN

Salah seorang anak kepada Ismail iaitu Norshuhada, selepas ibu mereka meninggal dunia, dari kaca mata seorang anak merasakan bapa mereka tampak kesepian.

“Kami mempunyai empat orang adik beradik. Saya yang duduk dengan bapa jadi saya lihat bapa seolah-olah kesepian dan memerlukan seseorang untuk melayan. Bila abah demam jika dulu emak ada untu jaga bila emak dah meninggal dunia bapa seorang diri. Jadi saya cadangkan bapa berkahwin lain dan dia beritahu kalau nak kahwin dia hanya mahu berkahwin dengan orang terdekat.
“Saya tanya Maksu dan dia bersetuju bernikah dengan bapa. Pada permulaan semuanya OK, selepas setahun kami ibarat terputus kasih. Maksu ada bisnes sendiri dan ayah selalu ikut Maksu travel. Bila dah kahwin kenapa dijauhkan dengan ayah kami terasa lain. Bermula dari situ hubungan kami renggang. Selepas Maksu meninggal dunia, baru ayah datang dan duduk dengan saya. Kehidupan kami kembali normal seperti sebelum ini,” luah Norshuhada.
“Bukan Sesuatu Yang Mudah, Saya Kahwin Dengan Adik Ipar Demi Anak-Anak” Ismail Hamid
Ismail bersama anaknya Norshuhada..

Bagi anda yang mahu mengikuti kisah selanjutnya bolehlah ikuti ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 8 Malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI