Bukan senang ya perjalanan IVF! Kuatnya Fila nak jadi ibu, tak kecewa gagal hamil. Kisah percintaan Youtuber terkenal Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik.

Terbaru menerusi perkongsian Fila yang sudah tiga tahun bernikah dengan warganegara Afrika mendedahkan usaha untuk peroleh cahaya mata bukanlah perjalanan yang mudah.

Bukan Senang Ya Perjalanan IVF!

Malah dia juga menerangkan ikhtiar yang dijalankan untuk melakukan IVF terpaksa melalui beberapa ujian seperti pembuangan fallopian tube, treatment, injection dan transfer embryo.

Video yang dikongsikan pasangan ini mendedahkan perjanan IVF membuatkan mereka berdua menjadi lebih kuat. Kasih sayang antara mereka juga semakin mendalam.

“Akhirnya selepas 7 bulan berulang alik ke pusat perubatan berkenaan, tibalah masanya untuk mendapatkan keputusan adakah segala perih jerih yang dilakukan selama ini berhasil.

“Walau bagaimanapun keputusan HCG menunjukkan penurunan sekaligus menjawab penantian IVF tidak berjaya,” kongsi Fila menerusi video. Paling penting, pasangan ini reda dengan keputusan berkenaan serta bersyukur telah diberi peluang untuk menjalani proses IVF.

“Doakan Kami” 

“Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dah banyak doctoc kami jumpa, sampai la doc ni ❤️ InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dr 2019 dlu. dah lama ni simpan sorang-sorang.

“Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya,” begitulah luahan Fila di ruangan kapsyen.

Ads

Meneri komen ramai yang memberikan kata-kata positif buat Fila dan pasangannya. Semoga pasangan ini akan didipermudahkan untuk memperolehi cahaya mata.

Bukan Senang Ya Perjalanan IVF! Kuatnya Fila Nak Jadi Ibu, Tak Kecewa Gagal Hamil

Bukan Senang Ya Perjalanan IVF! Kuatnya Fila Nak Jadi Ibu, Tak Kecewa Gagal Hamil

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Bukan Senang Ya Perjalanan IVF! Kuatnya Fila Nak Jadi Ibu, Tak Kecewa Gagal Hamil

Ads

“Paling Penting Sentiasa Positif” Warganet 

Menerusi ruangan komen di Instagram Fila, netizen mendoakan agar urusan Fila dan suami untuk mendapat anak dipermudahkan. Malah ada yang meminta agar pasangan ini terus kuat.

Bukan Senang Ya Perjalanan IVF! Kuatnya Fila Nak Jadi Ibu, Tak Kecewa Gagal Hamil Bukan Senang Ya Perjalanan IVF! Kuatnya Fila Nak Jadi Ibu, Tak Kecewa Gagal Hamil

Baca Disini : Ovari Membesar 3 Kali Ganda, Wanita Meninggal Mengejut Ketika Jalani Prosedur IVF

Kajian: UMUR Ayah Mainkan Peranan Penting Peluang Dapat Anak Menerusi IVF

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan urusan pasangan ini untuk mendapatkan zuriat!

Sumber / Sumber Foto : Instagram fila Amir 

 RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI