‘Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia..’ 16 Tahun Farahdhiya Pegang Pesan Ayah

Share

Media sosial ini bukanlah medan untuk kita meluahkan segalanya. Bukan semua perlu diceritakan di laman sosial, perlu simpan juga untuk diri sendiri. Lagi-lagi kehidupan personal itu. Samalah macam penyanyi Farahdhiya ini, memilih untuk lebih berhati-hati dalam memaparkan kisah peribadinya.

Lagipun inilah pesan arwah ayahnya, Mohd Amin Zubir sejak 16 tahun dulu. Tak perlu nak dedahkan privasi diri tu sampai tak ada yang tinggal untuk diri sendiri.

I cherish my privacy. I keep my personal life private, been doing it for the past 16 years, ini antara pesanan arwah my dad untuk saya dari mula masuk bidang hiburan.

Social media is just 30% of my life that I choose to share that includes my work, cooking, workout sesh, friends, cats and a lil bit about my family too.”

Akui cerewet, lebih suka masak sendiri. Syarat ajak Farahdhiya berbuka di luar ini betul-betul wow.

Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia, Berjaya – Farahdhiya

Ketika dilanda ujian, masalah, kesusahan waima tak puas hati dengan seseorang, tak perlulah nak kongsikan di media sosial. Lebih baiklah mengadu pada Yang Esa di atas tikar sejadah. Ini yang dikongsikan lagi oleh Farahdhiya.

Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik. Talk to Him, God is the best listener.

“Yang penting on social media ni cuba lah kongsi benda yang baik-baik, yang positive, yang dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca. Sejujurnya saya sendiri tak suka/rimas dengan negativity, orang yang non stop mengeluh atau bergaduh di social media.

Yang mulut celupar pon ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow. Termasuk comment-comment yang tak manis memang saya akan block je. Sorry I just don’t like bad vibes.

“Seorang Muslim (yang bagus dan utama) adalah orang yang tidak menyakiti kaum Muslimin dengan lisan dan tangannya” ( HR. Al- Bukhari & Muslim) Have a good day everyone. #imstilllearningtoo

MW : Sebarkan yang baik-baik, insyaAllah yang baik-baik itulah nanti berbalik kepada diri kita jua.

Sumber/Foto : Farahdhiya

Published by
NETTY AH HIYER