‘Bukan semua orang cukup nak makan siang malam’. Allah bagi kita rezeki, bersyukurlah selalu. Janganlah mengeluh mahu itu dan ini, sedangkan kita masih cukup makan dan minum.
Sedangkan orang lain menghitung duit untuk menunggu gaji di hujung bulan. Kenaikan harga barang membuatkan ramai mak ayah yang terdesak meneruskan hidup.
Jadi bila mak ayah dikurniakan rezeki yang lebih bersyukurlah seadanya kerana masih ramai lagi di luar sana yang lebih susah hidupnya.
Artikel Berkaitan: Berapa Banyak Gaji Pun Susah Cukupkan, Kalau Harga Barang NAIK Setiap Bulan
Ikuti perkongsian Puan Annur Nida ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
3 malam lepas, suami beli nasi bungkus dekat kedai. Kedai dekat Kuala Perlis. Dia beli 3 bungkus. Lauk ayam dan kuah.
Anak-anak lima orang berkongsi 2 bungkus, sebab nasi pakcik ini jenis banyak so memang cukup saja.
Saya tanya suami berapa ringgit total, dia cakap 4 bungkus RM 19.
‘Eh, 4 bungkus?
Saya nampak ada 3 je ni’.
Hairan juga saya, takut tercicir sebungkus.
‘Saya belanja sebungkus dekat orang yang duduk di meja tu, awak perasan tak dia itu?
Masa kita meniaga di masjid dia selalu datang masjid solat’.
Saya jawab dekat suami tak perasan orang yang dimaksudkan itu, sebab malam hari lagipun jauh sikit jarak kereta kami dari kedai tu.
‘Abang kenal ke orang tu?’. Soal saya pada suami.
‘Tak kenal sangat, tapi tahu dia bekerja di jeti. Saya tanya dia, kenapa dia tak makan nasi’.
Saya dan anak-anak khusyuk menanti cerita dari suami.
‘Tidak ada duit bang’.
Baca Di Sini:
Harga Mahal, Tak Berbaloi, Lebih JIMAT Masak Sendiri Di Rumah, Tak Perlu Malu!
Kami anak beranak saling memandang, sayu rasa hati.
Masing-masing terdiam.
Saya yang tengah silih berganti suap nasi pada Adwa dan Imran, rasa bergenang air mata.
Syukur Allah masih bagi rezeki anak-anak makan dan belum teruji dengan ujian seperti saudara tadi tu.
Suami cerita lagi, orang tu minum teh o dengan makan roti saja sebungkus. Nak beli makanan lain, tak cukup duit katanya.
Allah. Sedihnya….
Lepas itu suami cakap pada anak-anak,
‘Bukan semua orang ada duit dan cukup nak makan nasi pagi petang siang malam’.
‘Jadi, Allah dah bagi kita rezeki ni, bersyukur selalu, jangan memilih makanan’.
Suami pesan lagi dekat anak-anak.
‘Ingatlah, syukur dan berkongsi itulah yang menjadikan jiwa hamba kita terus sedar bahawa kita tetaplah hamba, selamanya’.
Secebis cerita rakyat dari rakyat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan rezeki kita hari ini dan hari-hari yang mendatang.
Mingguan Wanita : Dalam hidup ini jangan kita terlalu mendongak ke langit. Kadang-kadang renunglah ke bawah kerana lebih ramai yang hidupnya lebih susah daripada kita.
Sumber : Puan Annur Nida
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita