Perkara yang sering menjadi perbualan bila sudah mendirikan rumah tangga adalah penerimaan mentua dan ipar duai dalam keluarga. Beruntungnya bagi kita mempunyai mentua baik dan layan menantu seperti anak sendiri. Namun, ia juga boleh jadi sebaliknya. Mungkin.
Menambat hati mentua dan ipar duai bukanlah sesuatu yang mudah. Punyai mentua baik sudah cukup bersyukur. Mungkin pada awalnya sebelum ‘masuk’ dalam keluarga itu, segalanya nampak baik. Tapi, bila dah kenal hati budi, mungkin ada yang dah berubah dan tidak sama seperti mula-mula kenal.
Walau bagaimanapun, tak semua mentua baik dan mempunyai menantu itu tak semuanya buruk pada pandangan mentua. Kena terima dan layanlah orang baru yang hadir dalam keluarga kita. Inilah yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin tentang hal ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mentua Jangan Pandang Rendah Bila Menantu Surirumah, Dia Berkorban Demi Anak Dan Keluarga
Mentua Jangan Pandang Silap Menantu Saja, Kalau Salah Beri Tunjuk Ajar!
Info Lebih Menarik DI SINI
Mentua Baik, Menangi Hatinya
Bukan semua mertua baik, tak semua menantu buruk dan bukan semua ipar boleh terima kedatangan orang lain dalam keluarga itu.
Ada saja mentua yang dengki dan iri hati dengan menantu sendiri. Malah ada juga mentua yang kawal dan buat keputusan dalam rumah tangga menantu. Sesetengah mentua ada yang cuba pisahkan menantu dari anaknya dan tidak kurang juga yang sihirkan menantu sendiri.
Mungkin ada juga menantu yang cuba untuk ikut kepala mentua, cuba menangi hati mentua. Ada menantu yang selalu mengalah dengan mentua, selalu bagi muka pada mentua dan ada menantu yang baik dengam mentua.
Begitu juga, ada ipar yang bersangka buruk dengan orang baru dalam keluarga itu. Ada saja ipar yang bercakap belakang, mengumpat tentang orang baru dalam keluarga itu, ipar yang menghasut sesama sendiri untuk membenci orang baru dalam keluarga itu.
Memang ada, bukan tak ada orang macam ini dalam masyarakat kita.
Usah Salahkan Menantu
Kita beranggapan, kalau mentua tak ngam dengan menantu, maka salah menantu dan menantu tak buat apa yang sepatutnya dia buat untuk memenangi hati mentua. Walhal menantu sudah buat macam-macam tapi sudah mentua tidak suka. Orang kalau tak suka, buat apa pun, dia tetap tidak suka dan tetap tak nampak.
Kalau menantu pulak tak boleh masuk dengan mentua, orang kata mentua salah, puaka, mentua tak terima seadanya, sedangkan ada mentua yang baik tapi menantu hantu.
Ada mentua yang baik, tapi menantu pandang seolah-olah ada udang di sebalik batu, sesetengah mentua yang layan menantu lebih dari anaknya sendiri, ada mentua yang excited bila menantu nak balik tapi menantu pulak yang banyak ‘cekadak’.
Pokok pangkalnya, baik mentua, menantu serta ipar, ini bergantung sepenuhnya pada sikap individu itu sendiri, Bukan taraf mentua, menantu atau ipar yang layak dipersalahkan, tapi individu yang menjadi mentua, menantu dan ipar.
Pembawakan Diri dalam Keluarga
Bagaimana kita sebagai seorang mentua, menantu dan ipar, pembawakan diri kita dengan kedudukan kita dalam keluarga.
Fikir-fikir balik, kita sebagai mentua, kenapa erlu tak suka menanti sebab menantu itu pilihan anak kita.
Begitu juga bila difikirkan balik, kita sebagai menantu tak boleh nak terima mentua kita sebab itu orang tua pasangan kita. Malah, kalau kita jadi ipar, kenapa dengki, iri hati. Tak puas hati dengan orang baru yang hadir dalam keluarga kita. Sebab itu, pilihan dan pasngan adik beradik kita.
Jangan jadi selfish dengan fikir tentang diri sendiri sahaja. Nak apa yang kita suka saja, yang boleh masuk kepala kita. Jika dia tidak macam itu, kita benci, tak suka, anggap seperti orang luar dan layan endah tak endah saja.
Jumud dah mentaliti macam ini, kuno. Simplekan hidup dengan tidak mengeruhkan keadaan. Buat baik dengan orang, orang akan baik dengan kita.
MW: Betul tu, tak perlulah rasa nak dengki atau benci. Dia sudah jadi ahli keluarga kita dan pilihan pasangan keluarga kita. Terima kelebihan dan kekurangan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru-baru ini media sosial dihujani dengan info tentang HFMD, sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya menyerang anak-anak berumur 10 tahun ke bawah.
Tetapi tak pelik ya, orang dewasa pun ada yang jadi mangsa penyakit ini. Kalau si kecil yang kena, kesannya anak sampai tak mahu menyusu atau makasebab kudis dalam mulut yang sangat menyakitkan.
Jadi sebelum anak-anak jadi mangsa, mak ayah sila ambil peduli macam mana tanda-tanda awal dan apa yang patut buat dengan menggali ilmu daripada Dr Ezairy M.Sallih ini…
Ramai antara kita yang amat risau dengan penyakit ini. Bagaimana langkah pencegahan dan apa pula rawatan terbaik? Apa bahayanya kepada anak-anak?
1. Sejenis jangkitan virus
Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71)
2. Simptom yang perlu diberi perhatian
Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD.
3. Hati-hati dengan kaedah jangkitan
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ini termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati!
4. Kawal dan asingkan anak-anak
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
5. Rawatan terbaik
Kes HFMD yang dikenalpasti peringkat awal dan biasanya akan mampu sembuh dengan sendirinya. Namun, sekiranya anda menemui gejala yang saya sebut di atas, segera bawa ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.
Jangan biarkan sendiri di rumah tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.
6. Kebersihan rumah sebagai pencegahan
Ini pun penting. Penyebaran jangkitan HFMD amat berkait rapat dengan faktor kebersihan diri dan persekitaran. Ia lebih mudah berjangkit pada persekitaran ramai orang dan sesak. Pastikan rumah bersih dan elak ke tempat ramai orang.
Haaa… jangan baca saja ya, mohon sebarkan kepada mak ayah yang lain untuk langkah berjaga-jaga. Jom sama-sama cegah sebelum anak-anak merana!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati isteri mana yang tidak kecewa, remuk apabila mengetahui pasangannya telah berlaku curang.
Dalam satu kes yang telah berlaku:
“Apa salah saya Encik, setelah 17 tahun kami berkahwin, dia mula buat perangai. Anak kami pun sudah besar remaja, dengan siapa lagi saya bergantung harap jika tidak dengan suami sendiri. Jika saya bersalah, tegur dan bimbinglah, saya sangat kecewa dengan perbuatan suami saya.”
Cinta Atau Nafsu
Skandal dan kecurangan dalam rumah tangga ini tidak berlaku sekelip mata, ia akan bermula dengan bibit perkenalan persahabatan biasa yang dianggap hanya sekadar kawan dan tiada apa-apa yang istimewa.
Namun di sinilah punca segalanya akan berlaku, perbualan demi perbualan ditambah pula dengan segala kemudahan gajet yang ada seolah-olah menjadi laluan mudah untuk berlakunya skandal kecurangan ini.
Sedar atau tidak, hati sudah mula bertaut, nafsu makin bertambah gelora, iblis melagukan lagu-lagu cinta dan mereka mula buta dan memandang cinta inilah cinta sejati. Isteri di rumah mula dipandang sepi.
Mohd Shariman Che Deris turut berkongsi beberapa sebab kenapa lelaki berperangai begini dan terdorong kepada skandal dan kecurangan :-
BOSAN DENGAN PASANGAN
- Lelaki yang tidak suka terikat dengan rutin yang sama akan terdorong untuk mencari kelainan dan mula merasakan tidak ada lagi cabaran dalam hubungan rumah tangga, akibatnya mereka mula meneroka pilihan kedua.
Kaya Dan Berduit
- Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemampuan kewangan lelaki akan meluaskan lagi peluang untuk mereka berpoya-poya dan mencari cinta sementara hanya dengan tujuan untuk bersuka-suka sahaja.
- Biarpun sebenarnya mereka akur dan tahu bahawa tindakan mereka ini salah dan bakal menyakitkan hati isteri, namun inilah sifat yang sudah jadi tabiat dan budaya hidup lelaki begini.
Ego Inginkan Yang Lebih Baik
- Lelaki yang ada ego begini tidak akan faham maksud perkataan setia, lelaki begini merasakan dirinya sangat baik, menarik dan bahawa dirinya berhak dapat yang sepadan dan setara dengannya, sehingga mereka dengan semudahnya meremehkan isteri yang dianggap tidak cukup padan dengan dirinya.
Benci Dengan Pasangan
- Perasaan benci ini akan mula wujud apabila adanya konflik diri yang dia melihat pasangannya sebagai pengkhianat, pembohong dan hipokrit. Bagaimana perasaan benci ini boleh wujud?
- Lelaki yang dirinya ada kekurangan sama ada kewangan, kemampuan seksdalam hubungan intim dan lainnya akan mempunyai self estem yang rendah, apa juga yang dibuat oleh isterinya akan dianggap sebagai satu ancaman dan ugutan untuk berpisah dengannya.
- Isterinya lambat masak sudah dianggap tidak mempedulikannya. Perasaan takut awalnya akan berubah menjadi benci apabila dia gagal untuk mengawal emosi dan tidak pula disedari pasangannya.
- Lelaki ini akan mula mencari rasa selamat dengan mencipta peluang-peluang kecurangan bagi membuktikan kemampuan dirinya sebagai lelaki untuk berbangga dengan isterinya konon-konon dia masih ramai peminat.
Kaki Chatting
- Hati-hati dengan lelaki yang suka bergaul dan bersembang di media sosial terutamanya tengah malam.
- Lelaki ini akan akhirnya tenggelam dalam dunia khayalan ciptaannya dan mula membayangkan keasyikan serta keindahan dalam sembang bual mereka.
- Lelaki sebegini akan semudahnya melihat orang lain lebih baik daripada isterinya, dia akan mula terdorong untuk bersikap dingin dan acuh tidak acuh dengan isterinya dan sering membayangkan wanita itu lebih memahami dirinya.
Nafsu
- Lelaki hidung belang ini hanya hidup kerana nafsu dan sangat sukar untuk kekal setia dengan hanya satu wanita, dia akan mencipta pelbagai alasan hanya untuk membenarkan kecurangannya dan menyembunyikan skandalnya.
Enam punca ini adalah antara yang utama di kalangan lelaki yang bersikap curang terhadap isterinya, namun asas kepada semua punca ini adalah kurangnya iman dan pengetahuan agama serta rendahnya akhlak dalam rumah tangga hingga semudahnya hilang pertimbangan.
Setiap orang yang berkahwin tentu saja inginkan rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, adalah sangat wajar untuk dikembalikan fitrah diri kepada agama, tingkatkan pengetahuan dan nilai iman dalam diri, kelak inilah akan jadi pendinding daripada jatuhnya seorang suami ke lembah kecurangan dan skandal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seorang isteri tentu sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi suami tercinta.
Apatah lagi saat ini rumah tangga pasangan ini diuji apabila suaminya sakit, sudah tentu gundah hati isteri apabila berjauhan dengan suami.
Kasih seorang isteri, sanggup tunggang motosikal tujuh jam semata-mata mahu jaga suami.
Walaupun takut menempuh perjalanan yang begitu panjang, namun kuatkan hatinya untuk bertemu suami yang jauh di mata.
Sanggup Tunggang Motosikal Tujuh Jam
“Saya sayangkan suami sebab itu saya sanggup menunggang motosikal sejauh 200 kilometer (km) dari Kampung Kemahang, Benta, Lipis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kelmarin.
“Perjalanan bermula 6.15 petang mengambil masa kira-kira tujuh jam. Perasaan takut melalui perjalanan waktu malam yang gelap kawasan hutan memang terasa namun kerana kasihkan suami saya kuatkan semangat,” kata suri rumah Rohaizan Rozama, 41.
Dia nekad berbuat demikian demi mahu menjaga suaminya, Razali Ismail, 45 yang dimasukkan ke HTAA sejak 12 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit kanser perut dan otak, tahap empat.
Menurutnya, dia terpaksa meninggalkan dua anaknya berusia empat dan lapan tahun dengan saudara di kampung.
Baca Juga Di sini:
Jangan Doa Minta Suami SAYANG, Lebih Berkesan Isteri Pohon Begini
‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah
Pengorbanan Isteri, SUAMI Buat TAK Nampak, Kekurangan Isteri BUKAN Main Dicanang
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Nekad Semata-Mata Mahu Jaga Suami
Katanya, tanggungjawab terhadap suami yang kini bertarung nyawa dengan penyakit dihidapi perlu diberi perhatian.
Wanita itu berkata, dengan pendapatan RM500 bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedikit wang simpanan dia perlu berjimat sepanjang menunggu suami di HTAA.
Bagaimanapun, dia tidak pasti tempoh rawatan.
Berterima Kasih Pada Yang Hulurkan Bantuan
“Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih pada mereka yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan kepada saya, hanya Allah sahaja yang akan membalas keikhlasan individu berkenaan.
“Saya mengharapkan orang ramai dapat mendoakan semoga suami saya sembuh dan dapat meneruskan kehidupan yang sempurna,” katanya yang menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Kemahang, Lipis.
Beliau berkata demikian selepas menerima bantuan segera daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitumal Dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, di sini semalam.
Rohaizan berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MUIP yang begitu prihatin dengan segera memberi bantuan kepadanya bagi meringankan beban dia sekeluarga yang dalam kesusahan.
MUIP Berikan Bantuan
Sementara itu, Asmadi berkata, MUIP akan memberi bantuan bulanan RM500 kepada Razali iaitu suami Rohaizan.
Kita juga akan menyediakan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM200 sebulan bagi meringankan beban keluarga terbabit yang kini bergantung sepenuhnya pada bantuan diterima.
“Saya berharap bantuan yang diberikan MUIP memberi sinar baharu kepada keluarga asnaf terbabit terutama selepas ketua keluarga mereka mengalami masalah kesihatan serius,” katanya.
MW: Pihak kami mendoakan suami kepada Puan Rohaizan Rozama cepat sihat dan pulih seperti sediakala. Demi kasih dan sayang kepada suami, isteri ini sanggup korbankan jiwa, raga.
Sumber: myMetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI