‘Bukan semua kerja rumah, perempuan kena buat.’ Bila semua bekerjasama, semua jadi mudah. Jika semua kerja rumah isteri atau ibu yang kena buat mestilah membebankan.
Sebaiknya, bekerjasamalah dalam melakukan kerja rumah. Tidak kiralah isteri berkerja atau suri rumah sepenuh masa, bantulah mereka ringankan beban.
Bersama tinggal sebumbung, bekerjasamalah lakukan kerja rumah. Bila masing-masing lakukan kerja rumah barulah isteri atai ibu bahagia dan tak stres.
Kongsi Puan Nurlia Mohd Noor, bahagia setiap orang tak sama. Bahagia cara kita bila ketua keluarga on washing machine di ruang atas dan isteri sama- sama bantu sidai pakaian di ampaian.
Kemudian bantu masakkan nasi untuk lunch nanti. Itu pun happy sangat dah. Terima kasih suami ku!
Selepas subuh tadi Mama on washing machine bawah, kemudian anak- anak sambung pula sidai di ampaian bawah. Setel breakfast sama-sama, dorang bantu cuci pinggan mangkuk. Terima kasih si kembar!
Artikel Berkaitan : Demi Mudahkan Menantu, Ibu Didik Anak Lelaki Mahir Buat Kerja Rumah
Bahagia itu kita yang cipta. Bila orang dalam rumah bekerjasama semua benda jadi mudah.
Orang nak kata apa biarlah. Rumah kita, undang-undang kita. Zaman sekarang bukan zaman semua kerja rumah orang perempuan kena buat.
Sorry.. Mungkin sebab sudah terbiasa tengok rutin Mak Abah masa dulu-dulu, jadi benda sama juga kita buat. Satu perkara saya belajar bila sama- sama bantu buat kerja rumah, isteri atau ibu jadi happy dan tidak stres. Selepas Mak meninggal Abah kata,
“Seumur hidup aku kahwin dengan Mak kamu sekalipun dia tak pernah marah dan meninggikan suara dekat aku. Apatah lagi nak melawan..”
Saya percaya antara puncanya perkara sebeginilah. Perempuan ni bukan serumit yang disangka. Bila dia tak penat, tak stres, happy saja, tak ada sebab pun dia nak marah tak tentu hala.
Memuliakan suami itu betul, tapi jangan sampai menidakkan peranan dan tanggungjawab dia juga. Mengasihi dan menyayangi anak itu mesti tapi jangan sampai mereka jadi anak- anak yang tidak berdisiplin, tidak pandai berdikari dan sentiasa mengharapkan kita.
Semua orang harus sama- sama berkorban dan ambil tanggungjawab untuk mencipta bahagia dalam sebuah rumah tangga..
Baca Di Sini : ‘Ada Beza Didik Anak Buat Kerja Rumah Dan Jadikan Hamba.’ Nak Melentur Ada Caranya
Mingguan Wanita : Dalam rumah tangga ini bukanlah bersandar kepada cinta semata-mata, saling membantu juga dapat membahagiakan hati pasangan.
Sumber : Nurlia Mohd Noor
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita