Sempena sambutan ulangtahunnya yang pertama, ZAYAN, jenama destinasi gaya hidup Muslim moden #IndahDiHati, berkongsi pencapaian yang telah diraih dan juga tawaran seleksi kandungan yang lebih mampan merentasi platform radio, dalam talian dan acara lapangan agar dapat terus menepati citarasa para peminatnya.
Usaha ini mencerminkan strategi semasa ZAYAN untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pelbagai platform di Malaysia.
Istimewanya ZAYAN!
• Pemacu utama di sebalik #setahunZAYAN telah disumbangkan oleh seleksi kandungan berinformasi dan kisah-kisah yang mempunyai nilai pengajaran mendalam seperti Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme dari Zarina Zainuddin (jumlah tontontan mencecah 2.3 juta) Kisah Penghijrahan Damian Mikail (jumlah tontonan mencecah 1.1 juta), dan Kisah Inspirasi – Catriona Ross (jumlah tontonan mencecah 1.1 juta).
• Ini sekaligus merakamkan jumlah tontonan di media sosial Facebook ZAYAN sebanyak 27 juta bagi tontonan video dan 17.7 juta bagi tontonan video berdurasi pendek, masing-masing menampakkan kenaikan sebanyak 1,308% dan 481% dalam masa kurang dari setahun.
• Selain itu, kekukuhan ZAYAN di arena dalam talian dapat dilihat melalui kemenangannya di The Spark Awards for Media Excellence 2018 Southeast Asia yang telah berlangsung pada Ogos 2018, dimana ZAYAN membawa pulang anugerah bagi kategori Aplikasi/Laman Sesawang/Portal Terbaik (Silver Award) dan kategori Tawaran Penambahbaikan Terbaik (Bronze Award) untuk tawaran aplikasi peranti mudah alih ZAYAN.
• ZAYAN turut membawakan segmen-segmen on-air yang cukup popular seperti ‘Mawi Jawi bersama Salam Bros’ dan ‘Tanya Abang Jay’, sehingga menarik perbualan hangat di kalangan warga media sosial.
Segmen-segmen ini kemudiannya menginspirasikan kempen-kempen besar ZAYAN seperti video eksperimen sosial Mawi Jawi (jumlah tontonan video mencecah 24,700) dan juga ZAYAN C.U.D.I.P.T (jumlah kehadiran mencecah lebih 1,000 penuntut dan orang ramai yang hadir) di KUIS dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mana acara ‘Tanya Abang Jay’ meraih sambutan hebat dari kalangan penuntut-penuntut yang hadir pada acara tersebut.
• Tidak melupakan juga sokongan padu dari peminat-peminat jenama ZAYAN yang mencecah lebih 830k di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter secara mingguan.
• Sambutan ulangtahun #setahunZAYAN telah diadakan di Café Nu-In di Bandar Baru Bangi bersama anak-anak yatim serta rakan-rakan selebriti ZAYAN. Majlis ulangtahun ZAYAN juga telah ditaja oleh Kumpulan Megaklinik Zahran.
Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata:
“Megimbas kembali satu tahun keberadaan ZAYAN dalam industri hiburan, pelbagai pencapaian telah kami kecapi dan ini amat membanggakan bagi kami. Namun, perjalanan ZAYAN hanya baharu sahaja bermula dan masih panjang bagi kami.
Jadi, ZAYAN ingin memanfaatkan kecanggihan media ini untuk terus menghiburkan peminat-peminat kami dengan menawarkan kandungan interaktif, berinformasi dan relevan agar menepati gaya hidup dan citarasa mereka.”
Tentang Zayan
Sebenarnya ZAYAN adalah jenama radio yang mengetengahkan kandungan kontemporari dan terkini tentang fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup berlandaskan kehidupan komuniti Muslim moden sambil berpegang teguh pada kepercayaan iman sejati.
Setakat ini, jenama radio ZAYAN telah mencapai 830K pengikut di media sosial secara mingguan, dengan jumlah tontonan sebanyak 16.8 juta sejak dilancarkan pada Oktober 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari https://zayan.my/ atau ikuti ZAYAN di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ZAYAN, serta frekuensi:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI