Pernah kan dengar kata-kata ‘keramat’ segelintir suami di media sosial ‘beras kita beli’. Sebagai perumpamaan, mengapa para suami perlu rasa gentar dengan isteri. Sedangkan beras dalam rumah pun mereka yang beli.
Boleh jadi perumpamaan itu juga sebagai gurauan antara para suami sebagai perlambangan ego para suami yang sukar untuk dicabar. Lagi-lagi dalam menentukan keputusan dalam rumah tangga. Namun, percayalah suami yang prihatin lagi baik, akan menyambung dengan kata-kata ‘beras kita beli, kita juga yang masak’.
Bukan sebab untuk menjatuhkan maruah diri. Tapi, suami jenis ini faham akan tanggungjawabnya dalam rumah tangga.
Apa yang perlu di dahulukan,
Dan apa pula yang perlu dilunakkan egoisnya demi kebahagiaan seorang isteri.
Fahamilah wahai suami, bahawa isteri itu magnet rezeki.
Suami yang baik dia takkan berkira untuk membantu isterinya di mana saja. Baik di dapur, mahupun ketika isteri sedang stress ‘berperang’ dengan kerja rumah dan anak-anak.
Suami rela turun padang,
Sama-sama singsing lengan.
Kalau pun kekok di dapur, dia akan melegakan isteri dengan tolong jaga anak-anak.
Lengkapkan keperluan anak-anak, agar isteri sama-sama lapang dada.
Lagi-lagi bab kewangan.
Ketahuilah juga wahai suami, walau apa onar pun yang kau pernah selitkan dalam hati seorang isteri. Isteri yang setia dan penuh rasa cinta, tak pernah sekali lupa untuk mendoakan suaminya.
Baik ketika memasak di dapur, ketika melipat baju, menyuap makanan anak-anaknya, hatinya akan sentiasa mendoakan rezeki berpanjangan untuk suaminya.
Doakan agar suaminya dimudahkan urusan kerjayanya dan urusan kehidupannya. Kerana, dia tahu kesenangan suami, akan kembali menjadi kesenangannya dan anak-anak.
Bahagia hati isteri, semakin ikhlas lah hatinya. Jadi, wahai suami, belajarlah untuk turunkan egois diri untuk lihat kembali apa sebenarnya keperluan isteri mu itu.
Ada masa suami diuji dengan kewangan yang mendesak. Waktu inilah, isteri rela hati serahkan apa aset yang dia miliki untuk bantu mudahkan suami.
Pernah nampak kan isteri rela gadai barang kemas, demi nak bantu suami.
Beri juga pinjam duit agar suami dapat langsaikan hutang-hutangnya yang mendesak.
Tak pula isteri, canang pada satu dunia akan hutang piutang suami padanya. Kerana dia tau, tuhan akan menggandakan sedekah yang dia berikan pada suaminya. Kefahaman inilah yang buatkan isteri redha.
Namun, jangan sesekali suami khianati kepercayaan isteri. Nanti, kau taulah ‘beras yang kau beli’ itu kau dapat makan makan ke tak.
Tanpa telefon suami isteri tetap boleh kekal berhubung, ustazah kongsi caranya.
MW : Kerjasama itulah kata kuncinya.