Bukan Satu Tapi Dua Allah Uji, Ibu Redha Ujian Anak Meninggal Serentak

Share

Bukan satu tapi dua Allah uji, ibu redha ujian anak meninggal serentak. Tiada daya upaya seorang ibu apabila diuji kehilangan anak dikasihi. Bukan seorang tapi dua. Tapi inilah ujian dilalui seorang ibu bila mana dua anak meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika keluar membeli donut.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok @reen.133, ibu ini menyuarakan kesedihan hatinya dengan ujian menimpa.

Bukan Satu Tapi Dua Allah Uji

Bagi yang ternanti-nanti update daripada saya. Alhamdulillah, kedua-dua jenazah anak saya telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad tengah hari tadi, selepas zohor.

Mohon maaf kepada yang wasap, mesenger dan komen saya tak dapat jawab keseluruhannya. Terima kasih atas ucapan dari semua. Terima kasih kawan-kawan yang hadir bagi kekuatan kepada saya.

Terima kasih kepada adik-beradik, ipar duai, dan jiran tetangga. Doakan saya sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian ini…. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. 

@reen.l33 Bagi yang ternanti-nanti update daripada saya. Alhamdulillah… Kedua-dua jenazah anak saya telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad tengah hari tadi, selepas zohor.
Mohon maaf kepada yang wasap, mesenger dan komen saya tak dapat jawab keseluruhannya. Terima kasih atas ucapan dari semua. Terima kasih kawan-kawan yang hadir bagi kekuatan kepada saya.
Terima kasih kepada adik-beradik, ipar duai, dan jiran tetangga. Doakan saya sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian ini…. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. #eksidenjalangapam #duaberadik #kakakdanadik #meninggaldunia ♬ original sound – ReeN Agro

Memetik laporan Sinar Harian, hasrat seorang kakak yang mahu membelikan adik lelakinya donat tidak kesampaian apabila kedua-dua maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa Fatihah Ramli, 21, dan adiknya Hijjaz Kasturi Ramli,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Ayah Jaga Diri, Yusuf Bawa Mak Sekali..” Kata Yusuf Sebelum Kemalangan Maut 4 Beranak

Hilang 3 Beradik Sekelip Mata Kemalangan Maut, Pelajar Tahfiz Pelik Adik Beradik Tak Muncul

4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

Tragis Kemalangan Maut “Pergi Bukan Satu Tapi Empat…Saya Hilang Kata-Kata”

Fatihah Ramli, 21, dan adiknya Hijjaz Kasturi Ramli,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ibu Redha Ujian Anak Meninggal Serentak

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzil Othman berkata, dua beradik yang merupakan pekerja swasta itu dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh dipercayai ingin membeli donat di sebuah stesen minyak di kawasan itu.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok hingga mengakibatkan penunggang terpelanting ke dalam longkang berdekatan.

Pembonceng iaitu kakak tercampak di tengah jalan dan menemui ajal di lokasi kejadian.

“Ada saksi yang mendakwa sebuah motosikal lain gagal mengelak dan telah melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Pembonceng yang tercampak di tengah jalan disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.

Tambah beliau, mayat dua beradik yang beralamat di Felda Kemendor itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

Published by
Almaswa Haji Che Ros