
Isi Kandungan
ToggleSewaktu bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebentar tadi di majlis pelancaran Beaukids, single terbaru dan video klip lagu kanak-kanak di Cyberjaya, penyanyi ini menerangkan tentang isu penyanyi Aishah menyekat akaun Instagramnya.
Seperti mana kenyataan yang diberikan oleh Aishah, yang tak sengaja menyekat akaun Instagram Siti, penyanyi tersohor ini juga menerangkan perkara sebegitu biasa terjadi.
“Bukan satu isu untuk diperbesarkan. Bagi saya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai,” jawabnya.
Siti Nurhaliza Tak Nak Perbesarkan Isu Ini
Seperti mana yang diperjelaskan secara ringkas sewaktu sidang media, dirinya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
“Saya sebenarnya tak nak besarkan perkara ini. Saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun Instagram disekat. Sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon.
“Kita Sendiri Pun Pernah Tidak Sengaja Sekat Akaun Instagram Orang Lain”
“Biasalah, kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun Instagram orang lain. Bagi saya itu perkara biasa. Mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.
“Apabila saya baca, baru saya tahu mengenai isu ini. Sebelum ini, saya cari Instagram Aishah pun tak jumpa,” ungkap Siti serba ringkas.
Baca Disini Juga:
“Syukur Allah Berikan Kesihatan, Kekuatan Sepanjang Hamil AnugerahNya Yang Kedua Ini” Siti Nurhaliza

Pengiktirafan Buat Siti Nurhaliza, Tahniah! Terpilih Untuk Diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
“Tiada Niat Berdiam Diri..” Siti Nurhaliza ‘Buka Mulut’ Hamil Anak Kedua
Sebelum ini kecoh di laman sosial apabila warganet mendakwa Aishah, menyekat akaun Instagram penyanyi nombor satu negara ini.
Sumber Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Jual Mahal, Orang Tak Beli”, Pesan Mak Jangan Lokek, Nanti Murah Rezeki Berniaga

Tak dinafikan, semua barang naik harga. Dek kerana inilah, penjual terpaksa jual mahal untuk dapatkan untung, sekurangnya dapatlah untung dari harga kos itu.
Namun, tak semua penjual yang nak jual mahal, ada juga yang tak sampai hati untuk letakkan harga yang tinggi. Maklum sajalah, tak semua orang berkemampuan.
Paling sedih, ada yang jual mahal tapi kurangkan kuantitinya. Rasa tak berbaloi dengan harga yang dijual. Mungkin paling terkesan buat peniaga makanan. Kebanyakan bahan mentah boleh tahan harganya dan bila naikkan sedikit, dapatlah untung yang tak seberapa.
Cuma, sebagai peniaga janganlah keterlaluan naikkan harga. Takutnya lari pelanggan yang setia selama ini. Jangan kedekut dan kekalkan rasa yang dibuat selama ini.
Antara perkongsian daripada Fuad Ismail Iskandar yang boleh dijadikan panduan untuk penjual-penjual terutamanya yang terlibat dalam industri pemakanan. Ingat pesan mak supaya jangan lokek dan bersedekah agar rezeki berniaga semakin bertambah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang, Tinggalkan Dunia Glamor Kini Jual Ayam Di Pasar
Sanggup Berhenti Tentera & Jual Kereta ‘Terpakai’, Kini Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia
Jual Mahal Biarlah Berbaloi
Bila mak kita datang melawat dapur bujang.
Mak: sedappppnye bau… semerbakk bau kek..
Fuad: Nak rasa tak mak? Cuba lahhh..
Mak: Tak hingin aku kek-kek orang zaman sekarang ni.
Fuad pun saja je hidang depan mata.. sambil dia berbual sambil dia makan
Ehhh diam-diam habis jugak.
Mak: Eh dah habis ke kek tadi? Tak ada lagi ke?
Fuad: aikk.. kata tak hinginnn..
Mak: Dah makan.. sedap pulak. Dah abis ke?
Fuad pun potong lagi kek dan letak depan dia..
Mak: Berapa ringgit ni ko jual?
Fuad: RM55 mak 8”. Bulan depan naik RM60, barang-barang banyak naik. Mahal.
Mak: Jangan jual mahal-mahal sangat. Nanti tak ada orang nak beli. Kasihan kat orang nak beli.
Fuad: Iya mak. Dah tak boleh nak adjust dah. Nanti kang tak boleh nak pusing modal. Pengsan pulak.
Mak : Dah buat macam ni.. jangan ko ubah2-ubah pulak bahan dia. Mana tau ko fikir nak untung je..
Fuad : Tak ada pun mak. Dari dulu benda yang sama je letak.. tak ada kurang-kurang. Kadang-kadang letak cheese lebih adalah.
Mak: hmm bagus laa.. jangan lokek-lokek.. biar pelanggan puas…pelanggan kena jaga, diorang lah yang Allah hantar bagi kau rezeki..

Jangan lupa sedekah bila ada lebih biar murah rezeki meniaga.
Sambil dia hulur pinggan kosong ..kek habis lagi..
Macam ni lah mak-mak kita kan.
Pesanan dia tu memang akan berulang-ulang sampai kita hadam. Pesanan yang ringkas tapi bermakna.
Moga ibu-ibu kita sentiasa sihat.
Mingguan Wanita : Setakat naik sedikit oklah. Prang pun tak kisah sebab dah taku keadaan sekarang ini. Tapi jangan keterlaluan. Takutnya orang beli sekali itu saja.
Sumber: Fuad Ismail Iskandar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Vaksin Covid-19 Sebabkan Hasil PCR Jadi Positif, Sebenarnya Ini Puncanya

Isi Kandungan
ToggleBenarkah vaksin covid-19 sebabkan hasil PCR jadi positif, sebenarnya perkara ini disebabkan beberapa punca.
Rata-rata ramai mulai bimbang apabila ada di kalangan penerima vaksin positif Covid-19 apabila menjalani PCR test. Sebenarnya bukan vaksin yang menjadi punca kepada hasil PCR positif.
Ikuti perkongsian Dr Arisman ini dan hadam baik-baik ya:
Vaksin Covid-19 Sebabkan Hasil PCR Jadi Positif
PCR jadi positif selepas vaksin?
“Doktor, selepas vaksin badan saya demam. Tiga hari selepas itu saya buat ujian swab PCR jadi positif. Adakah ini kerana suntikan virus pada vaksin tersebut?”
Sebenarnya Ini Puncanya
1. Jawapannya adalah bukan kerana vaksin. Vaksin tidak akan membuatkan ujian swab RTK Antigen atau Rt-PCR bertukar jadi positif. Kajian telah membuktikannya.
Kenapa?
“Getting vaccinated won’t make you show up as positive on PCR tests. That’s because these tests look for copies of the genetic material of the virus as an indication that you have been infected.
But vaccines only show a part of the coronavirus to our immune systems to trigger a reaction, and at most may only contain a very small part of the complete genetic material of the virus, and so won’t get detected by these tests.” (1)
“Moreover, the virus can only be present in a significant amount when it is a live virus that is able to replicate. Thus even though some vaccines are made with viral RNA or DNA, they won’t lead to a positive PCR test result. That’s because the small part of the pathogen’s genetic material contained within the vaccine cannot replicate and therefore cannot cause infection or trigger a positive PCR test result.” (1)

Positif Selepas Divaksin
2. Ujian apa yang akan positif selepas divaksin?
Ujian imunologi dan serologi boleh menjawab soalan ini. Iaitu Covid Neutralising Antibody Test untuk mengetahui peratus antibodi yang terbentuk dalam badan selepas divaksin. Ia akan menjadi positif jika bacaan antibodi lebih dari 30 peratus. Kosnya lebih mahal.
RTK Antibodi sesuai untuk menentukan wujudnya antibodi terhadap virus kerana jangkitan alami (natural infection) tetapi bukan antibodi kerana vaksin.
Dapat Jangkitan Covid-19 Tanpa Sedar
3. Jadi bagaimana dia boleh dijangkiti?
Kemungkinan…
– Dia dapat jangkitan Covid-19 tanpa sedar (secara sporadik) sebelum tarikh suntikan vaksin. (Lazimnya gejala dan tanda muncul selepas 5 hari terdedah kepada Covid-19. Jika varian Delta ianya lebih cepat seawal 3 hari).
*** Demam sejurus suntikan adalah kesan sampingan ringan daripada suntikan vaksin. Tidak dapat dibezakan dengan jangkitan alami Covid-19.
Atau
Jangkitan Berlaku Ketika Tarikh Vaksin
– Jangkitan berlaku semasa tarikh vaksin. Sepanjang perjalanan pergi dan balik atau semasa dalam PPV. Ini memang boleh berlaku jika pengamalan SOP adalah rendah. Bersesak. Tiada penjarakkan terutamanya di PPV yang kecil.
Terlupa mencuci tangan dengan kerap. Begitu juga semasa keluar dari rumah mungkin ada ke tempat-tempat lain yang boleh menjadi risiko penularan berlaku tanpa sedar.
Kes-kes sporadik penyumbang utama kepada penambahan kes baharu disebabkan oleh varian Delta paling tinggi. Varian Delta adalah virus paling dominan di seluruh dunia pada hari ini.
Kerana penukarannya lebih cepat berlaku terutama dalam ruangan tertutup dan ventilasi kurang baik.
Baca Juga Di Sini:
Kerajaan Pertimbangkan Kebenaran Merentas Negeri Bagi Individu Lengkap Dua Dos Vaksin
Dr Izzar Nasihat Ambillah Vaksin “Kita Melindungi Orang Lain Yang Tak Boleh Divaksin”
Dapatkan Dos Pertama Vaksin, Pesakit Mental Juga Perlukan Peneman
Vaksin Tidak Mencegah Jangkitan
Umumnya sudah faham bahawa vaksin tidak mencegah dari jangkitan Covid-19 tetapi mempunyai keberkesanan mencegah dari timbulnya gejala jika berlaku jangkitan, data sangat signifikan mampu elakkan kemasukkan ke hospital atau ICU dan juga mampu mengurangkan kadar kematian.
Rata-ratanya vaksin menghasilkan antibodi penuh atau perlindungan yang lengkap hanya selepas 2 minggu dari suntikan kedua diberikan.
Stay safe.
Pergi ke PPV dengan bawa hand sanitizer, amalkan cuci tangan setiap masa, pakai double mask sangat digalakkan, pakai face shield adalah lebih baik dan jaga jarak semasa bersembang dengan orang lain atau petugas di PPV.

Mingguan Wanita : Paling penting jangan menolak untuk menerima vaksin, sekurangnya lindungi diri dan juga ahli keluarga terdekat bagi mengurangkan gejala jika berlaku jangkitan kelak.
Sumber: Dr Arisman
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Meninggal Umpama Tengah Tidur, “Terima Kasih Menjadi Ibu Penyayang, Pemaaf & Ceria”

Isi Kandungan
ToggleSalam takziah diucapkan buat personaliti media sosial, pelakon dan juga salah seorang pengacara Sembang Wanita (Mingguan Wanita), Kak Girl di atas kehilangan ibu tercinta.

Menurut perkongsiannya, arwah ibunya, Rohaya binti Haji Bostam telah kembali ke ramahtullah 17 Januari yang lalu.

Al Fatihah Buat Mama, Mama Meninggal Dalam Keadaan Sangat Tenang
“Al fatihah buat ibundaku ROHAYA HJ BOSTAM. Mama, Along sayang mama. Along sedih mama dah takde ngan along and adik2. Along nak mama. KENAPA MA?” tulisnya.
Allah Permudahkan Urusan Jenazah
Walaupun berasa sangat sedih namun Kak Girl rasa bersyukur kerana Allah permudahkan semua urusan pengkebumian jenazah ibunya.
“Alhamdulillah ma. Allah permudahkan semua urusan dari mandikan mama buat kali terakhir,kafankan mama dan kebumikan mama.
“Mama meninggal dalam keadaan yang sangat tenang. umpama mama tengah tidur.
“Along syukur dapat jaga mama,dapat tengok mama sepanjang Along balik JB dduk dengan mama.
“Mama tak kasi along duduk KL balik sebab mama kata duduk je dengan mama. mama takde kawan. yelah adik2 semua ada kerjaya tetap lain yang memerlukan diorang duduk sendiri. takpelah Along faham. sape lagi kan nak ade ngan mama kalau2 ayah busy ade kerja.
“Along syukur dapat happykan mama. along tengok sebelum mama pergi,mama puas dapat jumpa adik beradik mama,kawan2 mama. mama belanja semua orang makan sempena birthday Along 9/1 hari tu.
“Walaupun kawan mama lagi ramai yang datang,kawan along tak ada, sampai along tanya,”mama, ni birthday sape sebenarnya?” luahnya.
Baca Disini Juga:
Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kuarantin & Beruntung Kakak Bantu Jaga Baby Gabriel
Kaum Isteri Hormati & Sanjungilah Mak Mentua Seperti Ibu Sendiri – Sembang Wanita
Terima Kasih Mama, Love You Mama
Kak Girl juga berterima kasih kepada arwah ibunya yang merupakan seorang ibu terbaik.

“Terima kasih ma kerana menjadi ibu yang sangat penyayang,ibu yang sering mendengar cerita anak2. ibu yang sentiasa menerima setiap kekurangan anak2 nya. ibu yg pemaaf dan ceria. ibu yang banyak mengajar along adik beradik erti kasih sayang dan kehidupn. love you ma.
“Kawan2 kitaorang semua kawan2 mama. sebab mama memang jenis ramah. sebab tu bila mama dah takde semua kawan2 along and adik2 pun sedih. ada yg ngis,ade yg mendoakan. tak kurang yg bagi kata2 semangat utk kitaorang teruskan hidup tanpa mama. terima kasih para sahabat semua.
“Doakan mama ya. ROHAYA BT HJ BOSTAM (29/12/65 – 17/1/2021)” akhiri Kak Girl.
Salam Takziah Dari Rakan Artis
Sumber Foto: Instagram Kak Girl Sebenar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI