Bukan Saja Abang Acap, Cik Mat Ini Pun Kena GAME Dengan Pemanggil Dari Jauh

Share

Kisah kehilangan runner Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih dikenali dengan nama Acap terus menjadi tanda tanya rakyat Malaysia. Semalam, abang Acap Mohd Zahiruddin, 35 (Denny Lang) memaklumkan akan terus mencari adiknya atas permintaan ibu mereka.

Sayu bila Denny Lang turut memuat naik kata-kata, ‘Balik cepat dik.. terlalu banyak fitnah atas kamu.’ Iya.. sememangnya bermacam spekulasi disebarkan netizen, namun hakikat kebenarannya tetap masih belum ditemui.

Dan dalam misi mencari Acap, abangnya ini juga sanggup menuruni gaung yang bahaya kerana mendapat satu panggilan jauh yang kononnya boleh melihat Acap di kawasan yang dimaksudkan. Malangnya usaha berbahaya itu sia-sia saja.

Ini pula kisah yang dikongsikan Tok Anjang tentang kawannya bernama Cik Mat, yang berazam mahu mencari Acap sampai jumpa. Malangnya, turut mengalami nasib yang sama seperti abang Acap. Semata-mata kerana satu panggilan dari jauh.

Tok Anjang dan isteri, Mak Anjang antara sukarelawan yang tak pernah jemu turun lokasi menjejak Acap.

 

Kisah Cik Mat Di Batu Puteh Dan Pemanggil Dari Jauh

Hari ini mak Anjang ke KL ada urusan. Tok kena masuk pejabat dah. Walau aktivis masyarakat sepenuh masa, kita pun ada routine yang perlu kita laksanakan. Bukan ada gaji tapi Alhamdulillah cukup.

Ramai yang minta Tok komen berkaitan video dalam gua Kandu tu.

Respons Tok, “Tok tak tau grup mana tu. Dan Tok tak berani nak komen apa yang berlaku tu sebab Tok tak berada di situ. So kena tanya pada tuan badan lah iaitu Grup itu sendiri. Jangan terus terus hukum.”

Nak share cerita kat Batu Putih.

Malam tadi Tok jemput saudara Jalil@Bah Kalok ayah kepada Adam yang pernah hilang 13 tahun dahulu di kampung Pintu Padang tu. Tapi tak cerita kali ini. Hari ni nak cerita pasal pencarian Cik Mat di Batu Putih.

Pada awal-awal kehilangan Acap di Batu Putih, Cik Mat dapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali mengatakan dia tahu di mana Acap berada.

Tetapi beliau tak dapat datang dan melalui firasatnya Cik Mat sesuai menjejak. Dan perlu naik ke puncak Batu Putih mencari mengikut arahan melalui telefon.

Maka Cik Mat yang ansom, gagah dan semangat waja pun menyahut cabaran terus siap dengan jam suunto sponsor dan kasut outdoor mahalnya berlari ke puncak bukit.

Acap perlu ditemui walau apa pun.

 

Lagi 3 Langkah Ke Kanan Tu Gaung..

Setiba di puncak selepas melepaskan lelah menelefon pemanggil tadi. Entah sapa ke nama pemanggil tu, macam nama panglima… Lupa dah.

Maka si pemanggil memberi arahan kepada Cik Mat mencari batu bentuk tertentu. Langkah kiri, ke depan, kemudian ke kanan. Setelah semua arahan diikuti, Cik Mat bagitau. “Maaf cik, tiada tanda-tanda langsung Ashraf tu di sini.”

Dijawab, “cuba langkah ke kanan dalam 3 langkah.”

Cik Mat terdiam. Apabila seakan perasan Cik Mat tiba-tiba diam. Pemanggil tu bertanya. “Kenapa Cik Mat.

Dengan keberatan Cik Mat Jawab, “lagi 3 langkah ke kanan tu gaung, kalau jatuh confirm saya mati.”

Maka tak jadi ke kanan. Cik Mat diminta pula ke satu batu tinggi dan pejam mata. Tafakur bagi mendapatkan petunjuk. Kemudian buka mata. “Ada nampak apa apa

.”

Jawab Cik Mat tiada apa-apa.

Proses berjalan beberapa kali dengan jawapan yang sama. Ketika itu seakan marah pemanggil bagitau…. “Ok cik Mat jangan bergerak dan pejam mata. Saya akan hantar halilintar kepada Cik Mat.”

Mata Cik Mat tiba-tiba terbeliak buka. Dalam hati cik Mat. HALILINTAR!! Kalau dia silap hantar HALILINTAR ni dan kena aku. Mau hangus badan aku… baik aku belah sebelum terbakor.

Dan Cik Mat dalam panas terik, baju basah dek peluh, turun bukit merungut-rungut.

Motif of the story. Bagi yang ada ilmu dan mahu membantu sila datang terus ke site. Baru jelas dan tepat.

Sumber/Foto : Tok Anjang

Makluman : Artikel ini disiarkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer