Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing pastinya risau dengan tahap kesihatan si ‘anak bulus’ kesayangan. Ini kerana ada yang turut di lepas bebas ke luar rumah. Ia menjadi pertanyaan sama ada si comel kesayangan ini boleh dijangkiti mahupun menjadi penyebar bagi wabak ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini menjelaskan haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19.Sehubungan itu, masyarakat Malaysia tidak perlu khuatir, malah tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan mereka.
“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti COVID-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan itu.
“Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, jangkitan COVID-19 pada manusia amat tinggi tetapi kes berkaitan haiwan kesayangan adalah terpencil kerana ia didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.
“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
“Sehubungan itu, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya berjangkit COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,”
katanya.Dalam kenyataan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut berkongsi petikan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang dikeluarkan April lalu iaitu mengenai jangkitan COVID-19 terhadap dua ekor anjing di China.
“Pihak Perkhidmatan Veterinar Hong Kong melaporkan kepada OIE berhubung penemuan dua ekor anjing yang dijangkiti COVID-19 ekoran pendedahan daripada pemiliknya yang sakit akibat virus itu dan ujian yang dilakukan menunjukkan wujud genetik virus berkenaan.
“Anjing berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit itu. Tiada bukti bahawa anjing berkenaan memainkan peranan dalam menyebarkan wabak ini dan kajian lanjut sedang dilakukan untuk memahamai jika dan bagaimana haiwan lain akan mendapat kesan jangkitan COVID-19,”
katanya.MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pemilik binatang peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing tak perlu risau iya, jangkitan ini tidak berbahaya buat binatang.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing
Sumber: Bharian