Pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel yang baru saja mengikat tali pertunangan baru-baru ini bersyukur kerana peminat tidak putus-putus mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka.
Menurut Ernie seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus berkata dia dan Syamel hanya berkongsi sesuatu yang sudah pasti.
“Memang ada peminat yang sudah jangka mengenai hubungan saya dengan Syamel sebelum ini, jadi bila kami sudah rasmi bertunang, ramai yang tumpang gembira dan mengirimkan doa.
Artikel Berkaitan: Syamel Punya Ciri-Ciri Suami Idaman, Hormat Ibu Bapa – Ernie Zakri
“Ada juga yang beranggapan saya seperti main tarik tali dengan hubungan kami sebelum ini, tapi hakikatnya baik saya mahupun Syamel kurang selesa berkongsi sesuatu yang belum pasti.
“Ketika itu kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi, Sebab itulah kami tidak kongsi apa-apa.
“Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” ungkap Ernie.
Tidak Tolak Jadi Ada Yang Mahu Menaja Perkahwinan
Ernie Zakri juga tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinannya bersama Syamel yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.
“Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Buat masa ini kami masih buat pertimbangan dan tengok mana yang bersesuaian.
“Sehingga kini kami sebenarnya belum membuat sebarang persiapan kerana banyak perkara yang masih dalam perbincangan lagi termasuk tarikh dan lokasi majlis.
“Tentang tema dan konsep perkahwinan pun saya dan Syamel belum muktamatkan lagi dan masih dalam perancangan.
“Begitu juga soal jemputan kerana kita perlu ambil kira soal SOP dan sebagainya. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti,” sambungnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Ernie Zakri
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/