tudung

Cuba tengok diri sendiri, betul ke cara pakai tudung sekarang. Kalau nak dibiar makin menjadi-jadi, tetapi ini satu tanggung jawab juga. Ustaz Farid Rashidi ini tegur dengan cara baik, nak ubah ke tidak cara pemakaian tudung itu terpulang.

Cara Pakai Tudung Dan Shawl

Trend anak gadis dan mak gadis pakai tudung atau shawl sekarang. Mereka selempang ala kadar ke bahu. Hanya sekadar lilit tengkuk. Singkat pula.

Kemudian dibiar saja lepas. Angin datang menghembus, lalu terserlahlah tengkuk. Dada terdedah. Terkadang bukan sebab angin pun memang sengaja diselak.

Ya, sebab ada model dan instafamous yang ajar cara pakai sebegitu. Lalu cepat disebarluaskan.

Pastikan Tutup Aurat

Wahai Hawa, Islam tak pernah pun larang nak pakai shawlke, shellke, tudung bawalke, siakapke, ikan buntalke, anak itik tok wi mandi dalam kolamke. Terpulanglah. Asalkan menutup aurat, labuh menutup dada.

Sedar tak, inilah permainan Iblis laknatullah. Liciknya Iblis Syaitan (termasuk orang kafir), akan sentiasa cari jalan bagaimana mahu sesatkan anak Adam. Tak kaum Adam, ditujunya pula kepada kaum Hawa. Plan A tak menjadi, diganti Plan B dan begitulah seterusnya.

Lihat dalam masalah aurat, tak pernah habis isunya. Bila syariat melarang jangan berpakaian begini, dia buat pula begitu.

Firman Allah SWT:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Ads

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya.

[Surah an-Nur: 31]

Menurut Tafsir Ibnu Kasir, Al-khumur (خُمُرِ) adalah bentuk jamak dari khimar, ertinya kain tudung yang dipakai untuk menutupi kepala (Apa jua alat alat yang boleh dipakai untuk menutup kepala, dan sebaik-baiknya ialah kain). Atau dikenali dengan sebutan muqani’ (مقنع), iaitu apa yang menutup kepala wanita.

Sa’id Ibnu Jubair telah mengatakan berkenaan dengan makna firman Allah SWT di atas, maknanya menutupi bahagian leher dan dadanya. Maka tidak boleh ada sesuatu pun dari bahagian tersebut yang nampak.

Ads

Kalimah Juyub (جُيُوبِ) pula bermaksud belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.

Nah, al-Quran dan al-Hadis dah sebut lama benda ni. Malah ulama’ juga menerangkan dengan jelas daripada dalil qat’ei di atas betapa wajib seorang wanita muslim menutup tengkuk, belahan dada, dan dadanya juga menggunakan kain tudung.

Jangan bagi alasan kain tak cukup tau. Haa, gedung yang menjual kain serta pakaian wanitalah yang paling banyak dalam dunia ini. Malah kuasa membeli wanita lebih tinggi terutamanya dalam industri pakaian. Lihatlah statistik ini.

Fashionunited melaporkan global fashion industry dimonopoli pakaian wanita:

Ads

• Value of of the menswear industry: 402 billion dollars
• Value of the womenswear industry: 621 billion dollars

Tak nak pakai kain tudung tutup dada konon nak hipster? Tutup guna guni bawang kedai runcit. Siap pakej bau bawang lagi.

Jadi, bermula hari ini tukarlah cara pakai supaya lebih selari dengan syariat. Kita tak mahu ibu, isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan, mak cik termasuk dalam golongan ahli neraka sebagaimana Rasulullah SAW sebutkan ini:

عن ابن عباس وعمران بن الحصين عن النبي ﷺ قال: اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها النساء

riwayat Muslim, no.2737]

Allahhu Rabbi, takutkan? Semoga terjauhlah daripada golongan ahli neraka. Jauh sejauhnya.

Ini sebuah pesan, bukan kecaman. Tolong share pesan ini kepada semua kaum hawa yang boleh baca tulisan ni. Tolong ya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI