Bukan Mudah Hidup Bersendirian, Terpaksa KUAT Untuk Diri Sendiri Demi Anak-Anak

Share

Memang bukan mudah hidup bersendirian, bergelar janda mahupun ibu tunggal. Perlu meneruskan kehidupan padanak.a masa yang sama menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak berseorangan.Cabarannya hebat, dugaan dan fitnah sering menjadi ujian. Nak tak nak memang terpaksa kuatkan diri sendiri demi anak-anak.

Baca Lagi Di Sini:
Makin Iri Hati Dan Dengki, Makin Allah Tarik Kau Punya Rezeki
Bila Rasa Kita Saja Yang BETUL, Itu Petanda Ada Masalah Hati

Baca perkongsian motivasi daripada Puan Rohana Saad ini, semoga menjadi inspirasi buat wanita yang hidup bersendirian.

BUKAN MUDAH HIDUP BERSENDIRIAN

Menjadi single parent tidak semudah yang di lihat. Apalagi jika sudah memiliki anak. Satu sisi dia harus kuat untuk dirinya sendiri, dan satu sisi dia pun harus berdiri untuk anaknya. Tentunya setiap perjalanan yang dilalui akan semakin penuh tentangan dan juga godaan. Lukanya memang dalam, bahkan mungkin hingga bernanah. Perpisahan memang berat, namun terpaksa kuat demi anak-anak bagi meneruskan kehidupan. Perlu menjadi pelita bagi penerang jalan bagi anak-anak untuk menapaki jalan yang terjal dan membentang di depan.

Wanita, sehebat mana pun dia, pasti akan terkesan apabila terpaksa menanggung segala beban dan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak secara berseorangan.

CABARAN DALAM HIDUP

Seseorang yang dipertanggungjawabkan membesarkan anak tanpa pasangan disisi pasti akan merasakan cabaran demi cabaran dalam hidup, terutamanya dalam hal membesarkan anak. Lagi payah bergelar janda, ke mana pun saja, orang curiga. Langit tidak selalu cerah, sama macam hidup kita. Kuatlah hati, ada bahagianya nanti.

Orang fitnah kau senyum je. Doakan semua fitnah tu berbalik pada dia. Doakan diri kau berjaya Dunia Akhirat. Doakan diri kau dipermudahkan urusan. Pedulikan orang lain. Diorang tak buat kau kaya. Diorang tak buat kau senang. Jadi single mom memang stress, penat, letih. Tapi berbaloi.

Untuk diri kau dan anak kau. Stay strong okay? Move forward. Tidak ada sesuatu yang terjadi di alam semesta ini tanpa izin dan kebijaksanaan ALLAH Swt. Percayalah hanya kepadaNya. Kembalikan gundah-gulana kita kepadaNya. Sesungguhnya kita semua adalah hamba-Nya yang lemah dan sentiasa di uji. Kuatlah hati. Nikmati ujian dengan sabar dan solat.

DUA KALI GANDA

Menjadi seorang single parent alias single mom itu tidak seperti menjadi ibu pada umumnya. Mereka harus bekerja 2 kali ganda lebih keras, harus 2 kali ganda lebih giat, 2 kali ganda mengalami stress, airmata 2 kali ganda mengalir.

Menjadi single mother perlu menjadi 2 kali ganda lebih kuat, 2 kali ganda lebih sabar. Bukan mudah untk menghadapi semua ini bersendirian, namun yakinlah dengan bantuan ALLAH. Pasti dan pasti, ALLAH melihat hambaNya dalam kesenangan mahupun kesusahan. ALLAH tidak akan terus menerus menempatkan kita dalam keadaan yang sulit, yakinlah disebalik tu ALLAH telah merangkai kebaikan.

Kasih sayang ALLAH kepada kita melebihi segala-galanya hatta lebih tinggi daripada nilai cinta kita kepada kekasih. Jika ada kesusahan atau kesempitan, merintihlah kepada ALLAH, Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kita sering merungut dengan ujian yang diberikan, tetapi ingatlah akan ujian orang lain yang pasti akan membuatkan kita lebih bersyukur. Prinsip hidup ini ialah biar kita sendiri yang merasai kesusahan, asalkan kita tidak menyusahkan orang lain.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dan secebis kekuatan buat wanita yang hidup bersendirian dalam membesarkan anak-anak.Semoga terus kuat dan cekal dalam meneruskan kehidupan. Bersabarlah.

Sumber: Rohana Saad

Published by
Suhaidah Abd Wahab