Berita

Bukan Mudah Galas Tanggungjawab Pimpin Suami Mualaf, Lana Nordin Syukur Suami Rajin Solat

Share

Bukan mudah galas tanggungjawab pimpin suami mualaf. Lana Nordin bersyukur suami tunjuk perubahan sekarang semakin rajin tunaikan solat.

Mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan saudara baru bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh diambil ringan. Apatah lagi wanita berkahwin lelaki yang baru memeluk Islam. Sememangnya tugas sebagai hamba Allah sangatlah besar untuk membimbing dan mendidik Mualaf.

Ibu kepada dia cahaya mata, Lana Nodin memberitahu suaminya Mohd Daud McKienzie kini semakin rajin menunaikan solat  dan mendidik anak-anak dengan ilmu agama.

Untuk rekod Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9; dan William Daud Mckienzie, 6.

Bukan Mudah Galas Tanggungjawab

Perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menurut Lana bukan mudah untuk mendidik seorang mualaf. Namun dirinya sangat bersyukur dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Mohd Daud.

“Daud juga banyak bertanya mengenai ilmu agama pada saya tapi dia bukanlah ‘liberal’. Sekarang dia sudah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya kepadanya,” kongsi Lana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Undang Pasangan Ustaz dan Ustazah Ajar Ilmu Agama

Bagi memantapkan ajaran agama, Lana dan suami mengundang pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama.

“Ia satu cabaran buat saya untuk membimbing suami dan anak-anak kerana ada perkara berkaitan agama yang kita sendiri pun tidak tahu.

“Justeru, saya mengambil pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama kepada kami sekeluarga di rumah pada hujung minggu,” luah Lana.

Perubahan Drastik

Kongsi Lana lagi suaminya semakin hari semakin berubah dan rajin mendalami agama Islam.

“Alhamdulillah, saya nampak perubahan suami daripada susah nak solat, sekarang dia sudah rajin solat. Dia juga sangat menepati masa untuk tunaikan waktu solat Jumaat.

“Anak-anak pun sering bertanya padanya kalau dia tak solat. Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak suami sendiri yang jawab pada anak-anak,” sambung Lana Nordin.

Menarik Disini : Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka

Suami Punyai Ramai Kenalan Muslim Sebelum Peluk Islam

Lana juga menjelaskan sebelum memeluk Islam suaminya mempunyai ramai kenalan muslim oleh itu mudah untuk Mohd Daud mendalami ilmu Islam.

“Suami mempunyai ramai kenalan beragama Islam di sana dan bila memeluk Islam perjalanannya sangat mudah.

“Contohnya mengenai ibadah puasa, dia pernah berpuasa sebelum ini kerana dia atlet dan dia anggap berpuasa juga bagus untuk kesihatan,” kata Lana lagi.

 

Baca Disini : Lana Nordin Bertudung “Semoga Istiqamah Dan Sentiasa Dalam HidayahNya”  

Sumber : Harian Metro

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

IKLAN