Bila cerita pasal menantu perempuan, banyak senarai buruk yang mentua keluarkan tentang sikap menantu sendiri. Itu jadinya bila mentua dah tak sebulu dengan menantu sendiri.
Tetapi pernah tak tengok masalah menantu lelaki yang kadang orang langsung tak nampak, contoh mudah menantu lelaki yang asyik tidur bila balik rumah mentua. Langsung tak bergaul dengan keluarga yang lain.
Hah, agak-agak adil ke asyik nak tunding jari silap menantu perempuan? Nah, sebelum gigih mencari silap menantu perempuan je, jemput baca perkongsian padu daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Sama Je Menantu Perempuan Atau Menantu Lelaki
“Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua… kena ambil hati mertua. Kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri…”
Ads
Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?
Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat… satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.
Ads
Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?
Sebenarnya tak… bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahu pun si perempuan, jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.
Ads
Berapa banyak suami yang selalu telefon ibubapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dr rumah ibu bapanya sendiri?
Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah… tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.
Menantu Lelaki Pun Kena Ubah Sikap!
Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN… MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.
Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila mak mentua pilih kasih, menantu perempuan makan hati, selalu rasa tersisih. Dalam kehidupan berkeluarga, hubungan antara menantu dan mertua sering kali menjadi topik yang sensitif.
Salah satu isu yang kerap dibincangkan ialah apabila mak mentua dilihat bersikap pilih kasih terhadap anak-anak atau menantu-menantu mereka.
Bila Mak Mentua Pilih Kasih, Menantu Perempuan Makan Hati, Selalu Rasa Tersisih
Perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa, kecewa, dan mungkin juga kemarahan dalam kalangan yang terlibat. Namun, adalah penting untuk menangani situasi ini dengan bijaksana bagi menjaga keharmonian keluarga.
1. Fahami Punca Pilih Kasih
Pertama sekali, cuba fahami punca di sebalik sikap pilih kasih mak mentua. Adakah dia lebih rapat dengan anak atau menantu tertentu kerana faktor sejarah atau hubungan yang telah terjalin lama? Atau mungkin dia merasakan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan seseorang berbanding yang lain? Memahami punca ini boleh membantu mengurangkan perasaan negatif dan memberi perspektif yang lebih jelas tentang situasi.
2. Bersikap Terbuka dan Komunikasi yang Jujur
Jika anda merasa dipinggirkan atau tidak dilayan dengan adil, penting untuk berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu. Kongsikan perasaan anda dengan cara yang jujur dan terbuka tanpa menuduh. Pasangan anda mungkin dapat memberikan pandangan yang lebih objektif atau membantu meredakan ketegangan dengan cara yang lebih berkesan.
3. Elakkan Sikap Dendam atau Rasa Tidak Puas Hati
Perasaan dendam atau rasa tidak puas hati hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cuba elakkan daripada membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain atau berasa rendah diri. Fokus kepada hubungan anda dengan pasangan dan anak-anak anda sendiri. Kebahagiaan keluarga anda adalah keutamaan.
4. Tingkatkan Hubungan dengan Mak Mentua
Salah satu cara untuk menangani pilih kasih ialah dengan cuba mendekati mak mentua anda. Luangkan masa bersama, cuba fahami minat dan kesukaannya, serta tunjukkan penghargaan terhadap usahanya. Walaupun mungkin sukar pada mulanya, usaha ini mungkin dapat membantu mengubah pandangan dan sikap mak mentua terhadap anda.
5. Sabar dan Bertolak Ansur
Dalam sesetengah situasi, bersabar dan bertolak ansur adalah kunci utama. Tidak semua perkara dapat diubah dengan segera. Bersikap positif dan sentiasa cuba mencari kebaikan dalam apa jua keadaan. Ingat bahawa membina hubungan yang baik memerlukan masa dan usaha yang berterusan.
6. Cari Sokongan Emosi
Jika situasi menjadi terlalu sukar untuk ditangani sendiri, carilah sokongan daripada orang yang dipercayai, seperti pasangan, sahabat, atau ahli keluarga yang lain. Kadang-kadang, berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh memahami boleh memberi kelegaan dan perspektif yang berbeza.
7. Utamakan Kebahagiaan Keluarga
Akhir sekali, sentiasa ingatkan diri anda bahawa kebahagiaan keluarga adalah matlamat utama. Jika hubungan dengan mak mentua menjadi terlalu tegang, fokus kepada kebahagiaan anda, pasangan, dan anak-anak. Dalam jangka panjang, kebahagiaan keluarga anda lebih penting daripada sebarang ketidakadilan yang dirasakan.
Pilih kasih daripada mak mentua memang boleh menjadi isu yang mencabar dalam sesebuah keluarga. Namun, dengan sikap yang bijaksana, kesabaran, dan komunikasi yang baik, situasi ini boleh ditangani dengan cara yang positif. Yang penting, sentiasa utamakan keharmonian dan kebahagiaan keluarga dalam segala tindakan yang diambil.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini, anak-anak kecil pun dah pandai tengok youtube, tiktok dan media sosial yang lain. Kadang-kadang, anak lebih arif daripada mak-mak. Semua channel dia tahu. Itulah yang ditengoknya dari pagi sampai malam.
Mak-mak pula sogokkan anak dengan tablet atau handphone nak bagi anak senyap. Tengoklah apa yang boleh menarik perhatian anak dan buat dia diam. Biasanya, mak-mak bagi anak tengok cerita karton yang buat mereka ralit.
Sedar tak sedar, ada juga kandungan youtube yang boleh merosakkan perkembangan anak. Timbullah aksi-aksi yang menjadi ikutan. Daripada nak bagi mereka diam, terus memberontak.
Kali ini, ibu muda kongsikan salah satu platform yang boleh membantu perkembangan anak-anak. Banyak episod dan pilihan untuk mak-mak.
Saya selalu share tentang platform patuh syariah yang anak-anak saya sendiri guna sebagai pengganti YouTube, platform terbuka yang berbahaya.
Namanya Durioo+.
Aspirasi Durioo adalah nak jadi The Disney and Netflix for Muslim Children!
Konten bersih dari soft porn, pergaulan bebas, violence content, dan elemen LG*TQ
Pengasasnya orang Muslim dari Malaysia.
Tuan Sinan Ismail, founder Omar Hana dan Didi and Friends.
Beliau pernah viral tahun lepas melalui sharing beliau tentang bagaimana beliau memulakan Omar Hana dan Didi and Friends.
Sekarang beliau sedang fokuskan Durioo+ yang merupakan streaming service yang akan boleh ditonton di telefon bimbit, tab, Smart TV, Android Box dan sebagainya.
Ditapis oleh konsultan syariah dan dr pakar perkembangan kanak-kanak.
Jadi, saya nak rekemen ibu ayah subscribe Durioo sebagai platform screen time yang lebih selamat dan ada islamic essence untuk anak-anak. Bertukarlah ke platform yang lebih selamat sekarang.
Biar anak-anak kita semua terjaga pandangan, jauh dari pornografi dan mantap fikrahnya serta fitrahnya bersama lalu membentuk masyarakat yang baik untuk hidup di dalamnya.
Guna Durioo, tak risau dah tentang konten yang tak baik.
Buat masa sekarang antara peranti yang boleh isntall ialah:
Android tv
Apple tv
Smart tv ( ada built in google play )
Android box ( tv box )
Tablet
Telefon
Web browser ( pc & laptop )
Dan yang bestnya dengan 1 akaun durio+ kita boleh guna pada 3 peranti serentak. Boleh buka di tv, telefon dan tablet serentak.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak boleh search yer platform ini, kenalkan pada anak-anak. Mesti seronok ni.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Gembiranya hati bila dapat pulang beraya bersama orang tua tersayang di kampung. Itu raya yang sebelum ini. Tapi, sedihnya bila kali ini tidak mampu berbuat demikian. Hanya kiriman doa dan kemaafan melalui telefon sahaja.
Sebelum ini, bukan sahaja kita dan keluar dapat berkumpul, bertabah meriah dengan masing-asing bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah raya bersama adik beradik.
Ini antara perkongsian daripada Effy Sueffy tentang bagaimana kebahagian seorang anak dalam menyambut hari raya di perantauan dan menggembirakan orang tua dari jauh.
Gembirakan Mereka
Kebahagiaan seorang anak di rantauan adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapanya walaupun dari jauh. Sekalipun tidak dapat pulang beraya, masih ada beberapa cara untuk gembirakan ibu bapa di kampung.
1.Kerap menelefon (atau video call jika ibu bapa pun guna smartphone) untuk bertanya khabar mereka. Layan bercerita dalam 15 – 30 minit pun dah cukup membahagiakan.
2.Sesekali tempahkan juadah berbuka untuk ibu bapa. Boleh buat melalui aplikasi foodpanda, grabfood atau mana-mana penjual yang ada buat servis penghantaran.
3.Kirimkan kuih raya 1-2 jenis. Dapatlah mak berehat, tak perlu buat kuih raya banyak-banyak. Macam-macam pilihan kuih raya yang ada. Boleh pilih nak pos atau dihantar terus ke pagar rumah ibu bapa kita. Kirim kerepek, kekacang pun okay juga. Buat kudap-kudapan di hari raya nanti.
4.Belikan baju raya untuk ibu bapa. Ramai yang jual baju dah siap jahit. Sedondon pula. Mesti seronok mereka terima kiriman baju raya dari anak tercinta.
5.Kirimkan doa banyak-banyak untuk kesejahteraan mereka. Mintalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik, hati yang bahagia serta ketenangan berpanjangan buat ibu bapa kita yang tersayang.
Ibu bapa kita, mereka jarang meminta. Selagi boleh mereka akan cuba untuk tidak ‘susahkan’ anak-anak.
Jadi sebagai anak, kita usahalah untuk memberi walau mereka tak pernah minta. Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kan?
Cubalah, insya-Allah kita juga akan rasa sangat bahagia mendengar betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari jauh.
MW: Di mana saja anak-anak berada, sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.