“Bukan Main Hentam Keromo Tak Kira Hari!” Doktor Kongsi Tip Nak Hamil Mudah

Share

Rezeki dapat anak ini tak sama, mungkin ada yang mudah sangat nak hamil dan ada juga dah bertahun mencuba tetapi belum dikurniakan zuriat lagi.

Sebenarnya, banyak faktor yang memungkinkan kesukaran untuk hamil. Faktor-faktor ini melibatkan sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali.

Kalau sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengamalkan beberapa tip daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar

,  bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian anda boleh lekat atau bahasa mudah, hamil.

Tip Hamil Mudah

Bukan main hentam keromo aja ‘buat anak’ tak kira hari, tapi pelik kenapa tak pregnant lagi.

Tip ini terpakai kalau anda punyai kitaran haid yang teratur, maknanya dalam tempoh kitaran 26 – 32 hari cycle.

Bagi yang haid tunggang langgang, maaf, kena rujuk doktor anda untuk stabil kan dulu kitaran haid.

Tengok rajah yang aku lukis.
Hari pertama period, ialah hari pertama kitaran haid ( ambil 28 hari).

Average wanita period 5 – 7 hari.

OK, fitrah manusia, pada hari ke 14 dalam kitaran haid, akan berlaku proses OVULATION, iaitu proses telur ( OVUM) keluar.

Ovum ini lah yang di senyawakan oleh sperm suami anda.

Jadinya, kalau nak tinggi chances ovum di senyawakan, maka sperm perlu masuk berenang sekitar 1- 2 hari sebelum anda expect anda akan keluarkan telur, dan semestinya, pada hari ovulasi. Mudah cerita, macam ni la. Tingkatkan aktiviti ‘buat anak’ pada hari 12, 13 & 14 kitaran haid anda.

Jangan Lupa DOA!

Dan jangan la lupa berdoa sungguh sungguh…

“Ya Allah, jadikan lah kiraan ovulation aku ni tepat, dan moga melekatlah ia, dan jadi zuriat yang soleh / solehah”.

Ini usaha. Usaha berdasarkan ilmu Allah, yang Dia bagi ilham kat saintis.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia