Cover lagu tema Doraemon yang tengah viral nyanyian seorang lelaki bernama Zwan Anbar, 30 ramai yang kagum. Ada juga yang hairan, ‘Betul ke suara dia? Ke lip Sync?’ Ha.. inilah jawapan sebenarnya.
“Ada beberapa penonton yang sukar percaya itu suara saya. Mereka sangkakan itu cuma lip sync. Percayalah itu suara saya.”
Video Smule itu juga bukan saja menghiburkan kanak-kanak. Mak-mak budak pun seronok sama. Sebabnya terimbas balik zaman kanak-kanak yang memang membesar dengan siri Doraemon.
“Untuk video Doraemon itu saya berlatih hanya dalam masa sehari saja. Dan kerap amalkan supaya suara lebih sama dengan watak-watak kartun yang saya tiru.
“Macam suara Suneo. Bila saya tengok episod-episod Doraemon, ada part yang kelakar. Saya cuba tiru bermula dengan satu perkataan. Kemudian, tambah lagi perkataan sampai jadi satu ayat.
“Bila duduk dengan kawan-kawan, saya cuba guna suara itu. Untuk dapatkan reaksi mereka. Bila kawan cakap ‘Eh! suara macam Suneo.” Bermakna saya berjayalah tiru suara Suneo.
Lepas itu, kawan-kawan mula minta saya tiru suara Doraemon, Nobita, Shizuka dan Giant pula. Saya cuba tapi kurang mirip. Cuba dan cuba sampai boleh.
Dalam pada itu, akuinya dia banyak menonton cerita Doraemon di Youtube setiap kali menjamah makanan.
Rupanya peniru suara kita ini bukan saja boleh buat suara watak-watak kartun Doraemon tapi lebih dari itu. Antaranya, watak dari movie Upin Ipin; Jarjit dan Abang Salleh.
Suara artis pun Zwan boleh tiru, misalnya Jamal Abdillah, Anuar Zain, Zamani (Slam), Imran Ajmain, Nassier Wahab, Ibnor Riza, Sudirman, artis Indonesia, artis Bollywood. Dan yang tengah viral juga suara Sajat.
Nama sebenar Zwan Anbar ini Mohamad Azwan Bin Mohd Anuar. Panggilan manja dalam keluarga awam mendungnya dan di kalangan kawan-kawan, Zwan Anbar.
“Anbar itu nama singkatan saya untuk ‘Anak Kembar’. Saya ini ada adik perempuan kembar. Kami dilahirkan pada 5 Ogos 1988. Abang-abang saya ada 4 orang.”
Ketika ini, Zwan menetap di Setapak, Kuala Lumpur dengan kawan-kawan sejak sekolah lagi. Akui anak kelahiran Taiping, Perak ini bukan satu perkara yang mudah untuknya meniru suara-suara kartun yang lebih kepada suara kanak-kanak.
“Lagi-lagi suara saya agak garau. Jadi saya cuba juga menghasilkan yang terbaik.” Zwan berharap agar video yang dihasilkan dalam menghiburkan kanak-kanak.
Ads
“Tapi tak sangka, orang dewasa pun suka. mereka kata video saya berjaya buatkan stress mereka hilang.”
Watak usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri pun dicubanya.
Ada rupa Bell Ngasri tak?
Dah 2 Tahun Layan Smule
Cerita Zwan lagi, sejak umur belasan tahun dia dah mula meniru suara kartun. Selepas habis belajar, dia semakin aktif.
“Sejak 2 tahun yang lalu, housemate perkenalkan aplikasi Smule tu. Sebab dia tahu saya gemar berkaraoke.
“Saya memang suka berkaraoke. Setakat ini jumlah rakaman di Smule ada 21.2k termasuk rakan-rakan yang join duet dengan saya.”
Apa pun video Doraemon inilah yang paling memberi impak kepadanya. “Ini kali pertama saya rakan video menyanyikan lagu tema Doraemon dan meniru semua watak dalam movie tu secara solo dengan dialogspontan.”
Ads
“Alhamdulillah syukur, saya tak sangka video tersebut boleh menarik perhatian penonton di Facebook, Instagram, We Chat dan Youtube. Kawan-kawan mula mendekati dan terhibur dengan bakat saya.”
Buat masa ini, Zwan bekerja sebagai performing artist (dancer) di Sunway Lagoon, Malaysia. Haa.. siapa yang nak jumpa Zwan bolehlah rajin-rajinkan diri ke tempat mandi manda tu ya.
Saya Tak Pakai Tudung Pun, Itu T-Shirt Kerja
Ada satu lagi video cover Zwan yang sama viral macam Doraemon. Bila mana dia meniru suara usahawan kosmetik, Sajat dan ‘sebijik’ sama. Dan mendapat respond dari penonton.
Ada yang mengecamnya kerana memakai tudung.
“Mereka sangka saya pakai tudung. Sebenarnya itu T-Shirt kerja saja. Nak bagi tutup rambut saya yang serabai. Lagi pula saya menyanyikan part Sajat.
“Jadi saya guna idea yang kreatif agar penonton terhibur.” Jelasnya mengakhiri temubual dengan Mingguan Wanita.
MUA Bellaz berkongsi bahagia dapat peti ais impian, LG Knock Knoc. Bahagia rasa hati sehingga semangat memenuhkan barang-barang makanan dalam peti sejuk impiannya itu.
Bersyukur dengan hadiah yang diterimanya, jurusolek terkenal Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini, berhasrat pula mahu menghadiahkan peti ais jenis standard. Kepada beberapa keluarga yang di rumahnya belum pernah ada peti ais.
Dapat Peti Ais ‘Dah Lama Tak Beli Barang-barang Macam Ni’
Menerusi perkongsiannya ini Bellaz mengungkapkan kesyukuran berpanjangan,
“Peti ais impian ni.. sajalah bellaz nak share dengan hampaa. Saya pon masih tak percaya lagi.. Alhamdulilah rezeki dapat present Peti ais LG knock knock ni. Semoga Hamba yang memberi ini dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah. Amin Aminn.
Syukur Alhamdulilah.. lepas tu dah lama saya tak beli barang-barang macam ni hari ni semangat p beli sebab peti ais baru. Sekali sekala tak salah reward kerja penat seharian.
Sangat-sangat cantik peti ais ni. MasyaAllah luar dalam. Tak leh move on lagi duk pandang ja sambil berfikir rezeki Allah tu sangat-sangat luas masyaAllah.
Lagi banyk kita memberi lagi berganda kita dapat, InsyaAllah Bellaz doakan yang nampak post ni insyaAllah rezeki kalian akan tiba sebesar nya mengalir umpama air zam-zam tanpa henti insyallah Aminnnnn.
Rezeki anak-anak ni mama abah tumpang saja.. masyaAllah.”
Hadiah Untuk Keluarga Belum Pernah Ada Peti Sejuk
Tidak lama selepas memuat naik perkongsian hadiah peti ais impiannya itu, Mua Bellaz berkongsi pula hasrat hatinya mahu menghadiahkan peti ais jenis standard kepada beberapa keluarga yang belum memiliki peti ais di rumah.
“Sapa di rumah dia tak dak peti ais lagi. Maksud Bellaz tak pernah ada cer komen. InsyaAllah jikalau saya ada rezeki lebih saya nak hadiahkan untuk beberapa keluarga insyaAllah. Kalau Bellaz nak beli bagi Bellaz beli yang standart peti ais tu, insyaAllah.”
Kemurahan hatinya itu mendapat respons yang positif daripada follower di laman facebook miliknya. Malah, mendoakan kebaikan untuk Bellaz yang berbagi rezeki dengan orang lain.
Macam-macam cara digunakan untuk menarik perhatian pelanggan supaya datang ke kedai.Seorang pemilik gerai makanan di Vietnam menjadi popular selepas sering mengenakan perhiasan barangan kemas seberat lima kilogram (kg) setiap hari, lapor laman Oddity Central, semalam.
Minat Barang Kemas Dari Kecil
Do Ngoc Thuan atau dikenali sebagai Seven Ball memberitahu dia sangat meminati barangan kemas sejak kecil dan mula mengumpulnya apabila meningkat dewasa.
Apabila orang memandang dan memerhatikan barangan kemas yang dipakainya, ia membuatkan Thuan lebih teruja untuk mengumpul lebih banyak koleksi.
Kini, apabila membuka gerai makanan, Thuan menggunakan barangan kemas yang dipakainya sebagai tarikan untuk pelanggan datang ke situ.
“Saya menggunakan perhatian yang diberikan kepada koleksi barangan kemas sebagai tarikan untuk pelanggan datang makan di kedai.
“Ada juga yang datang semata-mata mahu menumpang tuah daripada saya,” ujar Thuan.
Lelaki itu kini memakai 10 bentuk cincin, 30 utas gelang dan lebih 12 utas rantai emas setiap kali keluar bersiar-siar atau bekerja.
Saman Individu Dakwa Barang Kemas Palsu
Dalam pada itu, Thuan turut memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia memakai barangan kemas palsu tanpa sebarang bukti.
Jika tidak, individu itu akan disaman dengan bayaran AS$215 (RM944).
Thuan mendakwa bahawa sejak 2008, apabila dia mula memakai sejumlah besar barang kemas, dia hanya pernah berdepan cubaan merompak sebanyak dua kali.
Mingguan Wanita:Kalau dah minat, segalanya pun sanggup. Tak dapat bayangkan sungguh gigih pakai 5 kilogram emas setiap hari demi untuk menarik perhatian pelanggan.
Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing pastinya risau dengan tahap kesihatan si ‘anak bulus’ kesayangan. Ini kerana ada yang turut di lepas bebas ke luar rumah. Ia menjadi pertanyaan sama ada si comel kesayangan ini boleh dijangkiti mahupun menjadi penyebar bagi wabak ini.
Bukan Penyebar Virus COVID-19
Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini menjelaskan haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19.Sehubungan itu, masyarakat Malaysia tidak perlu khuatir, malah tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan mereka.
“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti COVID-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan itu.
“Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Kes Terpencil
Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, jangkitan COVID-19 pada manusia amat tinggi tetapi kes berkaitan haiwan kesayangan adalah terpencil kerana ia didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.
“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
“Sehubungan itu, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya berjangkit COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,” katanya.
Kenyataan Jangkitan COVID-19 Dua Ekor Anjing
Dalam kenyataan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut berkongsi petikan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang dikeluarkan April lalu iaitu mengenai jangkitan COVID-19 terhadap dua ekor anjing di China.
“Pihak Perkhidmatan Veterinar Hong Kong melaporkan kepada OIE berhubung penemuan dua ekor anjing yang dijangkiti COVID-19 ekoran pendedahan daripada pemiliknya yang sakit akibat virus itu dan ujian yang dilakukan menunjukkan wujud genetik virus berkenaan.
“Anjing berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit itu. Tiada bukti bahawa anjing berkenaan memainkan peranan dalam menyebarkan wabak ini dan kajian lanjut sedang dilakukan untuk memahamai jika dan bagaimana haiwan lain akan mendapat kesan jangkitan COVID-19,” katanya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pemilik binatang peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing tak perlu risau iya, jangkitan ini tidak berbahaya buat binatang.