Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.

Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.

Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;

“Sekali tengok macam kuih lapis.Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ni bukan kuih lapis.Ini puding tau.”

“Puding 3 bahan, nak buatnya pun mudah.Dah siap ni, kita potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan.Esok pagi sambung makan lagi.”

Bahan-Bahan:

24 keping biskut krim kraker
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
Pewarna

IKLAN

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!

Cara Membuat:

1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.Toskan.
2.Masukkan semua bahan dalam blender, blender sampai halus.
3.Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!4.Tuang warna pertama, kukus 5 minit.

IKLAN

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!5.Lapiskan lagi sampai habis.

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!6.Yang last kukus lagi 10 minit.

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!

IKLAN

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Disini; Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!

MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.

Sumber:Siti Aishah Hussin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI