Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Sekali tengok macam kuih lapis.Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ni bukan kuih lapis.Ini puding tau.”
“Puding 3 bahan, nak buatnya pun mudah.Dah siap ni, kita potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan.Esok pagi sambung makan lagi.”
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.Toskan.
2.Masukkan semua bahan dalam blender, blender sampai halus.
3.Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Air asam kerisik kenduri kendara ini ‘special’ sebab resepi orang lama, air tangan Pak Long Samsuri. Hidangan sebegini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk kenduri kendara. Jika mak-mak mahu mencuba, boleh kurangkan sukatannya ikut kesesuaian.
Perkongsian resepi air asam kerisik oleh Mohd Hairulnizam Hj Johan ini semata-mata tak mahu tradisi makanan lama ini dilupakan oleh generasi baru.
“Alhamdulillah, hari ini belajar dengan orang lama. Cara untuk menyediakan air asam kerisik kenduri kendara super sedap. Cacapan bak kata orang Banjar.
“Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar. Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang Melayu zaman dahulu.
Dalam majlis kenduri kendara terutama bagi masyarakat kampung, menu air asam kerisik ini satu kemestian. “Kata orang kalau makan nasi kenduri tak ada air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri.
“Air asam ini sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. Sememangnya bila kenduri air asam kerisik ini jadi pemikat selera.”
“Terima kasih Pak Long Samsuri sebab sudi turunkan rahsia menyediakan air asam kerisik super mables.”
16 Bahan-bahan Dan Penyediaan Air Asam Kerisik Kenduri Kendara Sedap
Bawang besar 5 kg ( potong nipis dan tercerai satu-satu, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos ) Cili merah 2 kg ( potong nipis ) Kerisik 2 kg ( bergantung pada kesukaan ) Cili padi setengah kilo ( potong halus ) Tomato 3 kg( potong nipis ) Belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang. Asam jawa jenis yang kurang biji dalam 300 gram ( Ambil airnya dan hampas dan biji buang ) Sos tomato 1 botol. Sos cili sebotol setengah Kicap cair Susu cair 2 tin Tomato pure 1 tin Garam sesedap rasa. Gula ikut suka korang nak manis sikit atau kurang. Pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.
Penambahan – kalau ada perut lembu yang dah direbus potong halus lagi best masukan sekali.
Pisang goreng selain sesuai digoreng, boleh juga dimasak menggunakan air fryer. Hasilnya pisang goreng ranggup di luar, lembut, lemak manis di dalam. Air fryer memang memudahkan urusan di dapur.
Pisang goreng bertambah sedap bila makan sambil cicah sambal kicap. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti. Jika hanya menggunakan salutan tepung sahaja, pisang goreng tidak menjadi rangup.
Pisang Goreng Rangup, Lembut & Rasa Lemak Manis
RESIPI PISANG GORENG
Bahan-bahan:
Pisang (resipi ini menggunakan pisang abu atau nama lainnya pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)
Masak Guna Air Fryer
Cara membuat:
Kupas pisang yang ingin dimasak.
2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.
4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.
6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.
Mudah sangat jika nak buat Almond Crunchy Chocolate ini hanya guna dua bahan iaitu coklat dan badam. Tak perlu susah payah nak uli doh dan terap buat adunan. Kacau atas dapur, sejukkan dalam peti sejuk sekejap dah boleh siap.Sesuai juga buat yang suka kudapan jenis kekacang berbanding adunan tepung.
Menurut pemilik resipi Puan Farhan Hani, walaupun modalnya besar sikit dalam RM33 tapi sedap dan berbaloi serta sesuai untuk jamu keluarga.Boleh dapat dalam 110 biji ikut adunan ini.
Bahan-Bahan :
Badam 500gm (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
Coklat masakan Beryl’s 500gm
Cara Membuat :
1. Bakar badam tu dulu (utk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing2 ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk ckit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!
MW: Mudah sangat resipi ni. Sesuai buat mak-mak yang tak berapa pandai buat biskut yang kena uli doh tepung. Anak-anak pun boleh tolong sekali nanti.Yang pastinya gerenti sedap.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...