Fizikal dan rupa paras seseorang adalah kurniaan Allah SWT, begitu juga dengan tanda lahir.
Ada orang tanda lahirnya tersorok jadi tidak mendatangkan masalah, namun ada juga di kalangan kita tanda lahir di bahagian muka, terus nampak dan jelas pada pandangan mata orang.
Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita menyoal atau mengejek kurniaan Allah yang sudah tentu menyakiti hati orang lain.
Bagi Shaharizah ini bukan kali pertama jadi dia sudah lali, cuma sebagai ibu tidak sanggup anak pula diejek kerana wajah ibunya sebegini.
Bukan Kali Pertama Jadi Sudah Lali
“Muka itu kena sumpah ke?” antara komen yang dilontarkan seorang pelayar di aplikasi TikTok kepada Shaharizah Sahari yang memiliki tanda lahir di pipi kanannya.
Shaharizah, 35, kemudiannya memuat naik hantaran balas video dengan menyatakan tanda lahir yang dimilikinya itu tidak seharusnya dianggap sebagai ‘sumpahan’ tetapi kurniaan Tuhan kepadanya sejak lahir lagi.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet sehingga meraih jutaan tontonan di akaun TikTok miliknya.
Menurutnya, ia bukanlah kali pertama menerima ejekan kerana mempunyai kelainan pada rupa parasnya.
“Saya sebenarnya tidak termakan dengan komen sebegitu kerana sudah lali.
Ads
“Sejak kecil lagi saya terima banyak ejekan daripada rakan-rakan sekolah.
“Sampai ada satu hari, saya pernah berniat mahu membunuh diri dengan pisau ketika berusia 12 tahun, namun apabila meningkat dewasa saya menerimanya (tanda lahir) dengan reda,” katanya.
Cuma Sebagai Ibu Tidak Sanggup Anak Diejek
Menurutnya, dia juga tidak menyangka hantarannya di TikTok memperoleh jutaan tontonan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada warganet supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang komen di media sosial.
“Pada awalnya terasa juga, apabila baca komen warganet lain terus gembira dan seronok.
“Walaupun terima satu komen negatif tetapi ratusan yang membalasnya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya sekeluarga.
“Sekarang hanya fikirkan perasaan anak, saya tidak mahu dia menerima ejekan kerana wajah ibunya sebegini,” katanya.
Shaharizah berkata, pelbagai alternatif rawatan dibuat bagi memudarkan tanda lahir pada wajahnya termasuklah rawatan moden dan tradisional.
Ads
Menurutnya, dia pernah cuba buat melakukan rawatan memudarkan dan menghilangkan ketulan tanda lahir itu supaya kelihatan lebih cantik sebelum berkahwin dengan suaminya, Zaidi Daing Pasolong, 38, pada Jun 2018 tetapi ia kurang berkesan.
“Saya masih lagi berharap permohonan untuk melakukan rawatan laser di hospital kerajaan diterima kerana rawatan di klinik atau hospital swasta agak mahal.
“Ketumbuhan biji-biji pada wajah ini juga buat saya tidak selesa dan sering sakit kepala,” katanya.
Tanda Lahir Bukanlah Kecacatan
Menurutnya, dia tidak menganggap rupa parasnya sebagai kelemahan diri kerana tanda lahir itu bukanlah suatu kecacatan.
“Saya bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat, boleh bekerja dan mampu menyara keluarga,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Johor Bahru, Johor.
Dia juga bersyukur apabila Allah kurniakannya penghibur hati, Muhammad Aisy Ziqri Zaidi, anak lelaki yang baik dan sempurna berusia 18 bulan.
Terdahulu, perkongsian Shaharizah yang dimuat naik pada Oktober lalu tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan, 64,000 tanda suka dan 2,000 komen setakat ini.
MW: Sebelum mengejek atau mencerca kekurangan orang lain, cuba cermin diri sendiri dahulu. Wajah yang cantik atau tampan tidak menjamin bahawa anda seorang yang sempurna di sisi Allah SWT. Renung-renungkan.
Pada 2 April setiap tahun merupakan hari kesedaran Autisme sedunia. Mempunyai masalah Autisme bukanlah satu halangan untuk berjaya dalam hidup. Mak ayah yang dianugerahkan dengan anak-anak yang mempunyai autisme tak seharusnya memandang rendah keupayaan anak-anak ini untuk berjaya.
Meskipun laluan kehidupan mereka agak sukar dan penuh berliku, namun jika dibimbing dengan betul dan diberi sokongan sepenuhnya, mereka juga mampu cemerlang. Bahkan, silap-silap lebih hebat berbanding anak-anak biasa.
Siapa sangka, anak-anak autisme juga mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sungguh luar biasa hebatnya.
Pelajar Autisme Hafaz 30 Juzuk Al Quran
Pelajar sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith milik penyanyi rock negara, Amy Search,61 iaitu Iqbal Hakim Mohd. Isa,17 menjadi pelajar pertama menghafaz 30 juzuk al-Quran sekali gus menamatkan pengajian di sekolah berkenaan.
Berita gembira tersebut dikongsikan didalam instagramnya baru-baru ini. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian anak istimewa itu yang merupakan penghidap autisme dapat menghafaz Quran hanya dalam tempoh yang singkat, 3 tahun 1 bulan.
“Alhamdulillah. Sorang pelajar bernama Iqbal dapat kita hasilkan khatam 30 juz dalam tempoh 3 tahun 1 bulan”
“Sedikit perkongsian tentang Iqbal.Pernah didiagnose sebagai Severe ASD (Autism Spectrum Disorder) Speech delay. Mula bercakap umur 10 tahun.Banyak isu sensori seperti tak suka pakai baju berkolar, suka menjerit, tak boleh dengar bunyi bising & selalu hilang tengah ramai-ramai orang”
“Daftar Albayan (pusat Tahfiz) pada umur 13 tahun. Keluarganya nekad tinggalkan Iqbal di asrama. Bagi tau ustaz segala kekurangan Iqbal.Tapi itu semua bukan penghalang untuk Iqbal. Tidak pernah pernah memaksa dia menghafal Alquran. Cuma sekali sekala kami ingatkan jika nampak dia terleka”
“Alhamdulillah sekarang segala kekurangan yang ada dapat diatasi. Menghafal Alquran dalam masa 3 tahun 6 bulan adalah satu kejayaan besar untuk anak ASD seperti Iqbal. Alquran juga sebagai terapi untuk anak-anak istimewa seperti Iqbal. Terima kasih kepada semua para-para guru yang memikul tanggung jawab yang tak terhingga. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat dan memberi dukungan yang tak pernah putus dari awal hingga hari ini. Moga Allah limpahi rahmat dan di beri hidayah buat kita semua. AmeenYRA” ujar Amy.
Sementara itu didalam posting yang lain, Amy turut berkongsi bahawa adik Iqbal, Iqmal Harith Mohd Isa juga didiagnos mempunyai mild autisme (ASD) dan sudah menghafal 10 juzuk Al Quran.
Amy yang merupakan penyanyi kelahiran Johor Bahru menubuhkan Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz, Mohd. Bilal Mohd Sujak. Sejak dibuka, sekolah tahfiz itu yang mempunyai lebih 40 pelajar tahfiz itu mengikuti pengajian menghafaz al-Quran dan beberapa subjek akademik lain.
MW: Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan sumber inspirasi. Jadi buat mak ayah yang mempunyai anak-anak Autisme, jangan mudah mengalah. Jangan anngap ia sebagai satu penghalang, malah teruslah membimbing anak-anak ini, agar mampu berjaya juga.
Bekas isteri SM Faisal jalani hukuman 7hari. ‘Hati anak yang terluka, tergamak bapa penjarakan ibu’. Kes ini bukan hanya melibatkan bekas suami dan isteri saja sebaliknya turut memberi kesan kepada anak-anak yang tidak bersalah.
Bayangkan apa perasaan anak-anak, bila ibu yang mereka amat sayang terpaksa menjalani hukuman penjara dek kerana mereka. Kasihan sungguh!
Bekas Isteri SM Faisal
Kongsi Dr Karya Kayra, di sebalik kisah ini ada hati anak-anak yang sedang terluka.
Tergamak bapa mereka memenjarakan ibu mereka yang membesarkan tiga anak lelaki itu selama ini sedangkan si bapa juga melakukan kesalahan yang sama, bahkan berganda-ganda lebih banyak dari kesalahan si ibu.
Perasaan bersalah anak-anak akan kekal di dalam jiwa apabila anak-anak itu tahu, ibu kandung mereka ke penjara berpunca dari anak-anak lelaki yang semakin remaja itu yang tidak mahu lagi bertemu bapa kandung, namun ibu mereka yang dipenjarakan.
Jalani Hukuman 7Hari
Saya juga mempunyai tiga anak lelaki remaja. Saya tahu perasaan seorang ibu, apabila anak-anak meminta untuk tidak lagi bertemu dengan bapa kandung mereka. Anda sebagai ibu, rela dipersalahkan oleh orang sekeliling demi memenuhi permintaan anak-anak.
Bezanya adalah, saya tanpa mengira lelah mencari solusi dari kelemahan Undang-Undang Syariah Malaysia bagi membantu diri saya dan rakan-rakan yang perlukan bantuan.
Kadangkala lelaki ingat mereka menang apabila berjaya memburukkan, memfitnah, mengganggu dan mengaibkan ibu kandung anak-anak itu.
Lelaki lupa kebencian di hati anak-anak sudah mula membuak-buak.
Girls… Ingat!!!
Setiap kali bekas suami tukar tarikh lawatan anak, mohon ingkar Perintah Mahkamah ke atas bekas suami. It is between you or him will go to jail.
Ingat!!! Semua Hakim Mahkamah Syariah adalah lelaki. Kita mesti bertindak bijak dan bergerak dalam satu pasukan jika mahu menang.
To those yang tidak pernah merasai gangguan dari bekas-suami gila talak dengan kononnya si perempuan menyebut perkataan “aib perlu ditutup” dan si lelaki menyebut “jangan campur hal rumah tangga orang”.
Tunggu anak-anak perempuan anda menghadapi masalah yang sama diganggu oleh bekas-suami gila talak.
Saat itu baharu anda tahu betapa anda perlukan bantuan dari orang sekeliling untuk membelasah bekas suami gila talak itu.
Tergamak Bapa Penjarakan Ibu
Hidup kita ibarat roda. Hari ini anda memperlekehkan masalah orang lain. Allah SWT sentiasa ada cara untuk mencampakkan kembali masalah orang lain itu menjadi masalah keluarga anda pula di masa hadapan.
Berita Emilia Hanafi sudah masuk Media Antarabangsa. It is not good for Syariah Law in Malaysia. Ramai wanita-wanita yang pernah teraniaya di Mahkamah Syariah sudah mula dihubungi Media-Media Antarabangsa.
It is will never be good selagi tiada keadilan untuk wanita islam di Malaysia.
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan Allah SWT.
Salam penuh simpati dari kami di SISTERHOOD buat Emilia Hanafi. Keep Strong.
Sis Emilia..
You won already in front of your sons.
Kayra, Putrajaya. #sisterhood
Mingguan Wanita : Semoga kes ini diadili dengan sebaik-baiknya dan menjadi iktibar kepada semua wanita di luar sana apabila berdepan dengan isu sebegini supaya lebih alert agar tidak dipersalahkan.
Berkahwin sebenarnya bukanlah satu alam yang mudah untuk ditempuhi. Pelbagai dugaan yang akan melanda. Bak kata orang apabila suami senang, jangan pula isteri dilupakan. Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan.
Begitu juga dengan kehidupan mahligai pelakon dan pelawak terkenal Achey. Dia yang kini bahagia bersama isteri tercinta Nur Hasanah Yahaya atau Anne berasa cukup bertuah kerana dijodohkan dengan wanita yang kuat dan tabah ini.
Achey Akui Sejak Berkahwin Banyak Tempuhi Kesusahan Dengan Isteri
Sempena sambutan hari lahir isterinya, Achey meluahkan rasa bahagia kerana dikurniakan istei yang begitu cekal dan sentiasa setia disisi dirinya.
“Bismillah… isteriku ..NUR HASANAH BTE YAHAYA..setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya… sebab saya tahu tarikh 21 April ada tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya.
Pernah Jadi Cleaner & Jual Burger
“Susahnya dahulu kita mula-mula berkahwin, takkan saya lupa. Tapi awak tenang hadapi bersama. Jadi cleaner bank, jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas. Gadai gelang kawin, apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku? Semua yang halal awak buat janji lepass
Anne Percaya Dengan Bakat Saya
“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat. Dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuh dugaan…
“Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa..
“Soal anak? Dia senyumm.. @tiarazinnirah_official kan ada.
“Kepada @anne_achey, usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...