Bukan Inti Biasa-Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Popiah Carbonara Tersedap! Tip Nak Goreng Pun Diberikan

Share

Kebiasaanya popiah yang selalu kita makan, intinya adalah sayur-sayuran seperti sengkuang, lobak merah dan taugeh.Mencabarnya bila buat popiah ni adalah ketika waktu menggorengnya.Jika salah teknik, popiah boleh ‘bocor’ dan jadi hangus akibat terlampau garing. Istimewanya resipi popiah yang dikongsikan oleh Noor Liyana ini, menggunakan inti sos Carbonara yang dibuat sendiri.Tip menggoreng Popiah Carbonara ini turut diberikan agar hasil gorengan popiah ini cantik keemasan dan minyak pun tak kotor.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Disebabkan malam tadi dah gigih buat inti.jadi pagi ni awal kita breakfast. Popiah Carbonara.Jemput sarapan.Resipi saya ade share sebelum ni.Disebabkan ada request, saya up lagi sekali resipi ye.”

Bahan Untuk Inti:

Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus)
minyak sedikit
mentega

Isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
Crab stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang)
Capsicum(dipotong dadu kecil)
Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. Boleh guna ikut suka.
Lada hitam
Tepung gandum
Susu (saya pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
Cheese slice 3 keping (tak kisah ape brand. nak lebih rase cheese boleh juga potong & letak masa kita gulung. lagi sedap)
stok ayam
garam & perasa jika perlu

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sikit sebab takut butter hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung gandum dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Setelah itu, masukkan pula susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap, letak lada hitam, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru saya masukkan crab stick, tujuan masukkan lambat sebab tak nak dia hancur sebab lama masak.

Akhir sekali gulung dengan kulit popia macam biasa.

Tip Masa Goreng:

Api jangan kecil sangat sebab kalau goreng lama dia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.

Selamat Mencuba!

Sumber: Noor liyana via masak apa hari ni

Published by
Suhaidah Abd Wahab